Para pengunjung

Tuesday, December 27, 2011

For you. Yes you 2011 :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

27/12/2011      04:25 AM

This one for you.

2011 almost complete. check ur wishlist for 2011, make sure its almost complete. for me? only half fulfilled. Huhu

it's time to revisit your memory of 2011, before the diary seal and turn a new leaf for 2012. :)

It's such another tough year, for me. On the other side, 2011 also my best year. Why so? 

Cause of them:

Frisbee, when i was part of them :)

Such a happy face :)

Abg yo. I wont forget how he comfort me in the jungle. sobs

meaningfull :)

Gonna lost her next year :(

Secret recipe waitress! banyak sgt pengalaman dikutip mse nie :)

sisterhood. :)

Graduan aspire. :)
And much more :)

For 2011, i got best gift for my birthday. Love. Him. 


:)

So welcome 2012. Wish you full with new spirit, hope, friendship and love. :D


For you who call me miss peace, i'm sorry for what happen in 2011. Truly.

P/S: Don't dwell in the past, let it go. Cause everything happen for it reasons :)

"Maybe God has a bigger plan for me than i had for myself-Jamie Sullivan" 
A walk to remember, 2002

"Sedangkan langit yang besar pun Allah jaga, tak kan kamu yang kecil nie Allah nak biarkan"
Kak sunah, 2011

" tak semua benda yang kita nak dalam dunia nie, kita dapat"
Kak Atul, 2011

Sunday, December 18, 2011

Kelangsungan hidup. | Kagum

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Kami berdua produk keluaran 1992. Punya pertalian yang rapat. Punya kisah zaman kanak-kanak yang hampir senada. Cuma kisah hidupnya lebih pilu.

Mama dan papanya sering bercerai-rujuk-bercerai-rujuk umpama salin baju. Diam-diam aku salahkan sang papa. Bukan prejudis, cuma aku tak suka lelaki tamak.

Setelah tidak lagi boleh rujuk, dah capai talak maksimum, papanya berkahwin lain lagi. Dan bercerai lagi. Dasar.

Pastinya bukan aku, bukan juga dia.
Dan kini, terdengar lagi berita, sang papa bakal berkahwin lagi. Isteri yang ketiga lah nampak gayanya. Aku yang mendengar saja cukup sedih, apatah lagi kalau aku ditempat dia.

Pada aku,

Dah lah mama dan papa bercerai, papa pula nak kahwin lagi di usia pertengahan 40-an. Kalau aku, betapalah aku sedih.

Dan kagumnya aku apabila dia masih begitu. senyum yang tetap begitu.

Be strong, mate. I'm with you :)

P/S: I hope fate fares you better in future. Gambatte! :)

Saturday, December 17, 2011

SSE | second year, 4th semester :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Subjek umtuk sem depan:



Ahaha cuak aku tengok maths method III tu.

Utk koku pulak, harap-harap dapat la treking. Senang gila dapat A. Amin :)

P/S: Esok 18 hb kan? :)

Wednesday, December 14, 2011

Love | Miss you Ayah! :(

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hujan.

Tapi anak kecil perempuan itu terus bermain-main di kawasan rumah.

Ayahnya berkata :

Jangan main hujan, nanti demam. Cepat masuk rumah..

Anak itu akur. Dan tidak lagi bermain hujan selepas itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Beberapa purnama selepas itu,

Hujan. Sang anak menemani ayahnya memandu dikawasan kampung. Sambil becok bertanya itu ini. Ternampak lembu-lembu di padang hijau. 

Sang anak bertanya,

Ayah, lembu tu kena hujan dia tak demam ke ayah? Kenapa ayah lembu tu tak suruh anak dia berteduh?

Balas si ayah sambil tergelak:


Sebab ayah lembu tu tak sayang anak dia macam ayah sayang anak ayah nie. :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

A girl's may not be Queen's in someone heart's someday, But she will always be a princess in her Dad's heart forever :)

Ayah, Mira rindu. huhu -.-

Wednesday, November 30, 2011

4# Wordless Wednesday | Flying Money~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


RM 210. Pfffffft!

P/S: Kesabaran semakin menipis diuji dengan kereta, seiring dengan kenipisan wallet dan akaun bank . :(

Tuesday, November 22, 2011

Realiti hidup | Semangat tu penting! :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Weekend lepas aku pergi ke XPDC Berakit Sg Lipis, anjuran SRM-SRC. Yg dimana aku telah diassign jadi pengarah program, dibantu Shahidan bg pihak src. Syukur semuanya lancar :)



Tapi untuk entry nie aku bukan nak bercerita ttg XPDC yg serius terbaik tu, sebab gambar2 masih tiada, tak best ea nak cerita kan? Tapi aku nak cerita tentang kisah seorang sahabat aku nie :)


Kami geng gunung. Memang sekepala. Sama-sama pencinta alam. Cuma dia lagi hebat, sanggup save duit, keje part time semata-mata nak join pelbagai xpdc, aku cuma guna duit mana yang ada. Kalau tak de duit, tak pergi lah. huhu

Hijau :)
Sekian lama lost contact, kami bersua lagi di XPDC Berakit weekend lepas.Saling bertukar berita. Aku baru tau yang dia dah pun pindah ipt. Dari penang kini ke pahang. Dari Diploma Electrical Engineering, kini ke Diploma Kejuruteraan awam. Aku pelik sekejap.

Kenapa perlu amik banyak-banyak diploma? Kenapa tak sambung degree?

Dia senyum. Dan berkata:

Result aku utk EE dulu teruk sangat. Aku buat lah second diploma.

Terdiam sekejap aku kat tepi sungai lipis tu.Betapalah beliau tabah. Beliau merupakan seorang sahabat yang ceria. Cukup ceria. Suka membantu. Selalu jadi hero bila saat genting waktu pendakian. Aku tak sangka, besar juga dugaan buat dia. Umur dia pun dah banyak, layak dipanggil abang.

Bila dia tengok aku terdiam, dia pun kata:

Semua pun ada hikmah tersendiri. Cuma jangan pernah putus asa dalam hidup. Ok?

Ape lagi boleh aku kata? senyum je la dan teruskan makan ayam BBQ tu.


Satu hari nanti kita semua akan mati. Itu pasti. Tapi selagi kita hidup,sekiranya kita tak dapat mencipta sesuatu seperti bom atom pun, sekurang-kurangnya ciptalah kebahagiaan buat diri sendiri dan buat insan-insan tersayang.

Kerana hidup itu jadi lebih gembira dan bahagia, bila bersama insan-insan tersayang. Setuju?

Buat antara kawan terbaik aku, Dear Farah Izzati, come on weh. Aku seru kau bangkit, betul-betul move on. Let go, dan teruskan hidup. Hidup mesti kedepan, bukan ke belakang. Yang da lepas, yang da pergi, biarkan ia berlalu.Create new memories, yang dah lepas tu biarkan jadi kenangan. Simpan kemas-kemas dalam hati. Ok? :)

Have you heard this before?

When you think you're not happy with your LIFE,always think that someone is happy simply because you EXIST! :D

There's always silver line beares's, remember? :)

P/S:Nak kenal dengan Timbalan Presiden Aktiviti Sekretariat Rakan Muda UTMJB bagi 2011/2012?


Muka mintak penampar kan? kih kih kih :D

Saturday, November 12, 2011

SPM | All the best adik-adik :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

SPM
Sijil Pelajaran Malaysia

Bermula 14 November, iaitu isnin depan, maka dengan rasminya bermulalah SPM bagi calon-calon 2011.

Paper first?

Confirm ea BM. tak yah tgk jadual pun aku leh teke. kih3

"Spm start minggu depan, kau pedulik hape? bukan kau amik pun?" 

Soalan sinis tu. haha come on la, bile kite da lepas satu fasa hidup tu, mesti lah kita terkenang kan? sebab tu lah ade word "kenangan" :)

Carik aku yang mane. carik carik. :D

Tetibe teringat kat mereka2 nie, insan2 yang pernah bertungkus-lumus bersama nak mengadap spm 2 tahun lepas. senyum. 

Btw, aku perasan something. aku tak tau la korang setuju ke tak.

" Mase kite nak amik satu exam tu, rase cam susah sgt exam tu..
Abis exam, rase senang pulak. "

Tak faham? maksud aku cam nie:

2004 mase Drjh 6, aku rase UPSR tu susah sgt!

2007, aku rase heh senang sgt UPSR tuuu, PMR plak susah!

2009, alamak senangnye PMR dulu, susahnye spm nie!!

2010, senangnye SPM nie, payahnye forecast nie -.-

masuk degree, apehal senang sgt calculus forecast dulu, payahnye calculus degree nie....

And it will always happen. :)
Jadi , kepada para lepasan spm sekalian, bagilah sokongan kat adik2 kita nun. Janganlah pulak asik dok repeat ayat cam nie:

" senang sangat SPM tu, bodoh sangatlah kalau tak straight A's!"

Bukan takat dorang, aku pun rase turut tersirap darah mendengarnye. grrr

So for all SPM candidate's!



Just do the best. Jangan pernah give up sebelum berusaha. Have faith. Best of luck, May Allah bless :)

P/S: Rindu pulak nak pakai uniform biru, tudung sekolah. Rindu nak kena marah dengan warden. Rindu nak pergi perhimpunan. Rindu nak beratur kat DS. Rindu nak beratur masuk lab fizik. 

:)

Sunday, November 6, 2011

Nenen | Selamat Hari Raya Korban :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Aidiladha nie, ade rezeki lebih sikit bak kata ayah aku, so family kami wat korban. selamat dah pun tumbang lembu tu siang tadi.

Nama lembu nie nenen. kalau orang jawe mesti tau ape maksud nenen tu. hihi.


Tapi bukanjawe nie pun tau jugak. bagus bagus :)
++Sebelum++


++Semasa++




++Selepas++



Gambar2 Rare yang sempat di snap!

Otak lembu

Mata lembu
Ade sape2 teringin nak makan otak lembu? #gulp gulp


Nak tgk gamba si pengelat?


Sepupu aku. Orang len sibuk lapah lembu, dia leh lepak je men angry birds. 
ish3 :D

Selamat hari raya semua :)

P/S: Truths revealed. keliru O.0

Wednesday, November 2, 2011

Bad Day :(

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Dah beberapa hari aku rse lain bawak kete nie. cam de something tak kena. Kemuncaknya tadi, waktu hantar member g seri puteri, brek da semacam. Dan aku sememangnye jahil pasal kete. Mujur dipanjangkan umur. Mujur Dayad sudi tolong. Mujur semuanya selamat. Dan selamat lah jugak duit aku :(

Balik bilik, ade plak khabar tak best. Monyet pecah masuk bilik aku ikut tingkap. Habis mug garfield kesayangan aku retak. Habis Pencil case aku diperkotak-katikkan. Habis peniti aku ditaburkan. Alahai monyet, nasiblah kau haiwan tak de akal.

Malam test mngejut gak lah, serius tak study ape2. Mujur lagi, soalan masih boleh dijawap guna logik akal. Harap2 skor lah.

Tengah test, baru perasan monyet da bawak lari pemadam. Terkial-kial smbil test nak cari pemadam. Baru perasan jugak keychain siput kesayangan kat pencil case dah ilang kene kebas monyet. keychain tu rare kot. mane nak carik lagi :(

Worst, brooch hat brown pun nak hilang jugak. Alahai nasib.

Very bad day :(

P/S: Cepatlah balik. cepatlah jumaat. tak sanggup nak menangis sorang-sorang. kat umah ade ayah. :(

Friday, October 21, 2011

Aku cuma nak cerita walaupun korang tak faham.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Situasi normal kat kelas aku:


Tertarik dengan ayat fara nabila petang tadi mase modelling maths:

"Kenapa lah suka nak bagi kita method yang susah pas tu cakap,
this is easier way!"

Ayat Farah Izzati pulak mase kelas discrete maths:

"nie kelas maths ke kelas bahasa sanskrit?"

Dan maths memang tak semudah ini:


Modelling maths: kelas yang memang aku tak faham ape yg prof tu ajar, datang kelas sekadar utk salin nota, balik bilik kena study sendiri. 

Discrete Maths: Kelas yang penuh dengan segala macam proving maths dan notation, yang wat kitaorg rase macam tengah blaja bahasa sanskrit, tak pun korea.

Dan ape motif aku cerita semua nie? saje. suka suka. rase macam nak bercerita.meluahkan. walaupun aku tau korang tak faham. :)

Minggu depan dua test menakutkan menunggu. cepatlah mid sem. sumpah rindu gila kat ayah, mak, kak long, zizi.

P/S: Murah rezeki dua tiga hari nie, Alhamdulillah. :D

Sunday, October 16, 2011

Sepi :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
 Biar ia sepi sepertiku

-Khalil Gibran-

P/S: Teruskan menari dan ketawa, kerana dunia masih belum berakhir. :)

Friday, October 7, 2011

Cermin Ajaib! :D

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Sape sape yang kenal aku, memang tau aku dengan cermin memang tak boleh dipisahkan. ala, aku rase semua perempuan pun macam tu kan? ke tak? -.-

Function cermin?

Memastikan tahap keteguhan tudung! :D


Or kalau yang free hair, utk pastikan rambut maintain. :)

Aku ade satu cermin nie, pemberian akak aku dari vietnam. Cermin nie la yang aku usung ke hulu ke hilir. 

Dan tadi mase modelling maths, mungkin kerana terlampau bosan, classmate aku pinjam cermin tuuu.

SEBELUM

SELEPAS
Korang nampak tak ape yang dorang tampal tu? Dorang tulis,

"JGN TGK CERMIN NIE... Jika ingkar akan bertukar menjadi katak betina yang hodoh. huhuhu"

Haha sumpah sengal -.- 

P/S: Then tadi mase pilih warna baju utk buat jersey kelas, macam macam warna lah keluar. Merah, biru, kuning, transparent pun ade! haha :D 
 
Tapi paling best bile tibe tibe sorang clasmate aku cakap,

"Aku nak warna cam jerawat mike!"

Mike tu aku lah. Double sengal. Nasib tak de orang kene hempuk dengan cermin tadi. haha


Saturday, October 1, 2011

Sepi 2008. :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Amaran!
Ini entry yang agak geli-geli.
Segala isi adalah pendapat aku semata-mata, tiada kene-mengena  dgn pak abu, kak senah, kak bedah atau sape2 lah :D

Aku bukanlah penggemar filem tempatan, korea , amerika latin mahupun sinetron dari seberang. Tapi bila aku cuba layan filem sepi arahan Khabir Bhatia nie, aku rase cerita ini sangat menarik, baik dari plot, cara penyampaian dan latar belakang. serius menarik. 
Walaupun agak loser lah aku sebab filem nie keluar tahun 2008, tapi aku tengok tahun 2011, aku tetap teruja tengok filem nie :)

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

(TRANSLATION more or less)

I whisper to the moon
Return my love to me
My heart, My heaven

I am left in the silent night
Without you my love
Loneliness clouds over me

Do not allow the day looses its light
As i am left alone

-Khalil Gibran-


Dari 3 cerita dalam SEPI nie, aku tertarik dengan kisah sufi, yang kehilangan isteri dalam satu kemalangan tragis.Dan kemudiannya jatuh cinta dengan marya, isteri orang yang hidupnya sepi tanpa anak.


Aku cuma agak pelik, betapa lah mula-mula tengok sufi nie menderita habis sebab kematian isteri, then bila recover sibuk pulak nak kejar isteri orang. Eh? senang betul nak jatuh cinta? lupa terus ke dengan arwah isteri tu? ape adekah kubur itu dapat membataskan antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati?


"Cinta datang sekali dalam hidup, tapi saya dianugerahkan dengan cinta kedua"- sufi (min 0.55)

Pendapat aku, cinta tu macam pokok. Once bila suatu pokok tu dah melabuhkan akarnya, adalah amat sukar sekali untuk mencabutnya. Kalaupun pokok itu dicabut , tetap akan ada akar-akar yang tertinggal. Betapalah setianya pokok tu :)

Masa depan memang tak dapat nak dijangka, namun pertahankanlah ape yang kita ade sekarang dengan sehabis daya. :)

++++++++++++++++++++

Tetiba aku teringat quote nie,

"Semua orang akan mati, namun tak akan ada cinta yang mati. Kerana tiada kubur yang dapat membataskan antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup" - unknown.


P/S : Walaupun aku suka tengok cita nie, tak bermakna aku sepi. Selagi bersama insan-insan tersayang, pasti gembira. Lumrah alam kan? :)

Thursday, September 22, 2011

Kelas Discrete Maths | Proof by Contradiction! :D

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..

Di petang khamis yang berbahagia nie, aku nye tutorial class utk subjek modelling maths telah dibatalkan. Yang bermakna, aku tak de kelas langsung di petang khamis nie. SO dapatlah aku mengimarahkan bilik aku nie. hoho jgn jeles! :D

Mathematical structures!

Cite nie berlaku tengahari tadi, mase kelas discrete maths pukul 12 - 1 ptg. masa yang memang sume orang dah tersengguk-sengguk dan perut masing-masing da tukar tempo dari dondang sayang ke hard rock. LOL :D

Kelas discrete maths nie banyak wat proving maths formula. Then tadi mase kelas lagi 5 min nak abis, lect aku keluarkan soalan baru :

Give a proof by contradiction for the following statements:

"There is no integer that is both even and odd"



Tu dia. then kami pun try la nak prove statement tu. Kedudukan meja kami mase tu macam nie:


Then ida tanye aku , 

Eh mike, betul tak prove cm nie?

Maka kami pun sok sek sok sek brbincang. Then mase aku ngah pikir tu, ida terpandang lect, Dr Normah. Terus Dr Normah keluarkan ayat veto :

Haa Kamu yang dok tengah-tengah tu, sila provekan kat depan!

Ida dah menggelabah puyuh. Sambil la dia sibuk mengeluarkan alasan utk tak nak buat kat depan tu, Dr Normah pun berjalan dgn penuh anggun ke arah kitaorg. Ida pulak sibuk berkata2:

Saya tak pasti la Dr, Tak sedia, Tak yakin,

Serta "Tak" yang lain, Dr Normah pun berjalan melepasi kami sambil berkata,

Haa sape name kamu? sila buat di depan. boleh?

Kate Dr Normah kepada Jolyn! Diulang, kepada Jolyn! Serentak, aku, ida, fara, farah, asnor, shida dan Farah gelak besar! Sampai tak keluar suara aku gelakkan ida! hahahahaha yang ida da sibuk keluarkan ayat mengugut,

Gelak la gelak la nanti kau mike!

Haha memang la aku gelak besar. lawak gila kot. :D

Tapi yang paling tak leh blah skali, pas tu Asnor tanye,sbb pelik tgk cara ktorang gelak,

korang gelak pasal ape?

EH?? bukan Asnor pun gelak sebab ida wat lawak ke? aku pun confius. Rupe-rupenye,

Shida pun perasan gak macam Ida! hehe

Maka sambil jolyn buat proving tu kat depan, kami berenam pun gelak la tertahan-tahan, takut kene marah. hehe

Then abis kelas, shahrill pulak tanye aku, 

Eh mike kau perasan Dr Normah tanye kau eh tadi?

Teruslah aku sambung gelak. haha hilang terus sakit kepala aku gelak sakan tadi. :D

P/S: Kejap lagi ida dgn shida bace, memang lah kene cubit. haha :D

btw, some of my buddy adress me as mike :)


Saturday, September 17, 2011

A moment to remember :)

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani..

Amaran!
Ini entri geli-geli. Tak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur,
juga oleh Keroro, Uzairsuhud, Farah izzati kerana dikhuatiri akan muntah hijau. keh3


Lokasi : Jusco taman u, mase nak turun escalator.

Situasi : Kedai kasut belah kiri, kedai handphone belah kanan.

Aku tengok kiri, dia tengok kanan. serentak kami berkata,

Mahalnye!

Mahal aku merujuk kepada harga kasut, mahal dia merujuk pada harga handphone. :)

Terasa sweet je leh kata serentak, walaupun merujuk pada dua perkara yang berbeza. Kegemaran kami mungkin berbeza, namun masih ada perkara lain yang sama.

Hehe, Selamat Hari Malaysia! :D

P/S : Ade 4 hari lagi nak lengkapkan puasa enam.huhu :)

Monday, September 12, 2011

UTM | First Day of Third Sem :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari nie, hari pertama bagi sem ketiga aku kat utm nie. 3 tahun lagi disini. InsyaAllah :)

Reunited balik dengan budak2 forecast kdse yang dah macam family sendiri kat sini, selepas hampir 5 bulan tak berjumpa, memang macam2 cerita lah.

Perempuan. Bergosip tu biasalah kan? ;)

Dinner, Restoran Pinang kat Taman U :)
Dah lah kami semua kena duduk bilik single sem nie, sebab semua bilik kat KDSE kolej 13 nie telah ditukar jd bilik single . Memang agak seram lah nak tido malam-malam tu. kesianlah kat orang tu kena call kan. :)

Bilik single KDSE. Sumpah luas gilerrr! :D



Sekarang aku dah bergelar pelajar tahun 2 fakulti sains. Terasa lawak pulak tengok dak2 first year kat fakulti tadi. 

Bak kata Dayad,

Nak carik yg first year senang je, seluar slack tali kad matrik kuning! LOL

Pas tu tergerak plak dalam hati aku mase gelak-gelak tu,

Agaknya senior aku dulu kutuk mcm mane pulak kan -.-

Ala, junior first year nie same umur k. kami 19 tahun! ngehehehe :D

Subjek2 yang aku amik sem nie, dengar nama pun dah agak seram..

Discrete Mathematics
Vector Calculus
Mathematical Statistics
Permodelan Matematik
Numerical Methods
Institusi-institusi Islam (subjek universiti)

Total sume 17 jam kredit. memang terbaik dari ladang. Kalau-kalau ade mane2 senior yg terbaca entry nie, boleh2 la pas nota ye. hehe ape kata Sis Acha, Abg Azrin, Bro khud? :)

Azam baru, semangat baru, kawan baru, bilik baru, segalanya serba baru.

Moga Dipermudahkan-Nya

Amin 

:)

P/S : Suke gambar nie------->


Sebab satu : suka orangnya :)
Sebab dua : aku yang snap. sumpah aku noob gile pasal camera. huhu

Sunday, September 4, 2011

Long journey | Senyumlah setiap kali :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari nie dah hari raya yg ke-6, masih belum terlambat kot nak cakap,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Ye la, aku nie kadang-kadang kalau wat silap tu tak perasan, so maafkan aku ye. klw rase nk aku mintak maaf secara personal, bolehlah pm aku or emel aku, nanti aku mintak maaf k. well, maaf aku tak lah mahal mane :)

Setelah sekian lama aku biarkan blog nie bersawang dan biarkan tikus-tikus riang berkejar-kejaran bersama lipas-lipas *LOL bahasa aku -.-*, akhirnya aku rasa nak menaip pagi nie. hehe

++++..Iklan kejap..++++

Kalau blogwalking, lawatlah blog-blog mereka nie, Uzair, Kero, Syaimzhebats, Farah..
*blogger best, segan dgn mereka. hehe*

Blog yang amat menarik bagi aku:
They're great :)

++++..Abis Iklan..++++

Its sunday, dan masih dalam bulan syawal. yang masih belum bangun macam syaimzhebat tuu, bawak bawaklah bangun! segan dekat ayam tu dah puas berkokok smpai serak-serak suara dy, tak nak bangun jugak -.-

Habiskan masa anda bersama keluarga tersayang! :D

Mulakan hari dengan senyuman. Walaupun cuti raya dah abis, dah nak masuk u balik, atau  tak dapat duit raya tahun nie *aku dapat banyak, LOL* senyum itu perlu! Teruskan tersenyum, kerana mungkin tanpa kamu ketahui, senyuman kamu itu menjadi inspirasi bagi seseorang. sape tau? :)

..Smile is the best Make-up a girl could wear..

So keep smiling! :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++




Harus cari pasal bersungguh-sungguh dgn budak nie hari nie, sebab dia nak balik
sekolah dah. Nanti rindu. huhu

P/S : Cuti dah habis bro-Malik. -.-


Wednesday, August 24, 2011

Pelita | Zaman kanak-kanak :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari Raya Aidilfitri ialah hari meraikan kemenangan umat islam, selepas sebulan berpuasa. Memang best gila lah smbut hari raya nie, tapi siapa yang paling gembira sambut hari raya?

Mestilah kanak-kanak!

Anak2 sedara kesayangan aku. Aiman, adam, amin. Suka ketuk aku. -.-


Aku mase zaman kanak2 dulu pun, serius suka gila hari raya nie. berkonvoi ramai2 naik basikal, senyum kat pak cik mak cik yg ada semata-mata nak duit raya. hehe semua pun sama cam tu aku rasa. :)

Tapi sebelum raya, akan ade satu minggu terakhir yg meriah, iaitu:

Malam Tujuh Likur!

Seminggu terakhir di bulan ramadhan, di mana kat kampung kampung 
akan mula pasang pelita n mercun2 akan mula kedengaran. :)

 Dulu-dulu mase kecik, aku sempat berada di tahun-tahun yang mercun belum diharamkan, meriah memang x hengat la mase tu.:)

Aku la insan yang paling eksited bab nak pasang pelita kat umah nie, dulu-dulu nak pasang pelita kena carik kayu pelita, x de dah pelita cam zaman sekarang yang tinggal cacak je RM2.50 sebatang tuuuuuu..

Pelita zaman dulu-dulu *comot sikit, hehe*

Tapi bab nak cari kayu tu yang payah tu T________T

Serius, mmg payah nak cari kayu pelita dulu-dulu. nak guna rotan, hutan mane plak yg nak diredah? maka ape kami buat?

Curik kayu. Hehe 

Aku zaman kecik-kecik dulu agak nakal.Dan mungkin faktor persekitaran kot, sebab mase tu jiran-jiran aku semuanya lelaki, so tu yg nakal tu. poning pale mak aku. hehe

Sekeliling umah aku banyak kebun bunga, or nursery kate orang puteh. tempat bunga-bunga disemai sebelum dijual .

nurseryyyyyyyy~

 Name pun tempat semai bunga, confirm la banyak kayu kayu yg digunakan untuk menegakkan pokok pokok yang ada. So, kayu kayu tu lah yg kami rembat. hehe


Tapi ade satu tahun tu kami dapat pengajaran yg sangat best. Padan Muka kami!

Mase tu, kami dalam perjalanan nak merembat kayu tu. name je puasa, tp mencurik. haish budak budak. stok capacity otak pun ala ala ikan emas je. mane aku paham sgt dosa pahala mase tu. hehe


Mase kami dok mengendap nak usha kayu mane paling sesuai nak dirembat, (mase tu ktorg ade la dlm 8 orang, aku ngn akak aku je prmpuan -.-), bos nursery tu perasan, lalu dia hambat kami dengan anjing dia!


Memang lari tak cukup tanah la kitaorang mase tu kena kejar dgn anjing. Nasib baik terlepas. Phewww~

Tapi kami tak mudah putus asa, hehe

Selepas duduk menyorok selama aku rase sejam lebih lah, kami rembat jugak kayu kayu tu. memang nakal kan? T________T

Dalam kegembiraan kami kerana dapat merembat kayu-kayu tu, kami pun plan nak balik ikut jalan dalam. maknanye redah kebun kelapa sawitlah. aku yg baru bape tahun mase tu, ikut je lah mereka2 tuuuu~

Then mase balik tu, tibe-tibe je jiran aku, abg iwan cakap,

Weh mira, ape tepi kau tu, tali ke?

Aku pun toleh ketepi aku, tapi aku tak nampak ape ape. aku tanye balik.

Mane? tak de pun!!!!

Sekali benda yang macam tali tu menjalar, hambik kau ular tedung! 


Dekat gila ular tu dgn aku mase tu. memang muka aku kalau kena toreh masa tu memang confirm tak berdarah lah. Pucat habis.

Nasib baik mase tu kami berlapan, dan jiran jiran lelaki aku tu berani orangnya. Aku jangan cakaplah, kaki memang dah lembik dah mase tu.

Ular tu berjaya kami bunuh, dengan kayu kayu yang kami rembat tu.

Ye! dengan kayu kayu tu!

Lepas tu kami linttang pukang lari.Habis kayu kayu semua tertinggal kat situ. Habis baju muka sume kena libas duri, tapi aku tak kesah dah. Janji tak kena kejar ngan geng-geng ular tadi.

Sampai umah, kena bebel dengan mak sebab comot sangat dan muka berdarah sikit kena libas duri. huhu

Dan tahun tu, kami semua tak pasang pelita. hehe

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila dah besar panjang nie, aku jumpa balik tokeh nursery yang hambat aku
kecik-kecik dulu, sambil senyum-senyum mintak maaf.

Dia pun tergelak bila ingat balik, dan tak sangka aku yg sekarang nie lah budak
nakal yang dia hambat dulu. hehe

Mak ayah aku tak pernah tau cite nie. Jangan kantoikan. hehe

P/S:

Terima kasih kawan. Doakan kami. :)

Monday, August 22, 2011

Love :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..




after a years. thanks. forecast 15. :)

P/S : I love you? hihi :)

Friday, August 12, 2011

Berakhir sudah | selamat tinggal Secret Recipe! :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Semalam, 11 ogos 2011, merupakan hari terakhir aku bergelar Waitress Secret Recipe! :)

Selepas 2 bulan, ternyata macam2 aku dapat daripada kerja nie. Mcm yg kat entry2 aku sebelum nie yang kat sini, sini, sinun, dan sana!.

weekend bg akulah. haha


So hari nie, dengan masih brpijama tidur pada jam kol 12 tengah hari buta nie, aku nak update entry last pasal keje aku sbgai waitress secret recipe neh! :)

Aku mula bekerja 8 jun 2011. N antara ayat2 yang paling x leh blah yg aku dpt dari kwn2 sekerja aku:

"amira, you kat rumah x pernah menyapu ye? kenapa nmpak pelik sgt pegang penyapu tu?" 
- Ng Pei Xin

"Mira, len kali sapu tu bersih sikit ye" - Zaim 

"Haish! Bak sini lah mop tu, terkial-kial dari td" - Ain

"Mira nie anak manja ea? kena marah sikit pn cm nak menangis dah" - Zul

"kau keje ok. laju. tp satu aku perasan, kau memang x leh berenggang dengan
cermin ea? cukup2 lah tu tgk cermin!" - zaim 

"amoi! you x payah asyik nak betulkan tudung you je lah! " - Kak Fanny

Ade plak member2 yg buat lawak klakar dgn aku, dok dtg melawat aku keje. Cam ashman,picca, aidi, omar, abg long ijat, spark dll.

suatu petang di SR. hehe
Banyak mende yg aku belajar waktu aku keje nie. antaranya:

#Belajar menjaga waktu solat.

Heh, klw kat umah, dok postpone je waktu solat tu. tp klw time keje, hanya diberi masa 10 minit utk solat. Surau kat tgkat 11, SR tu kat tingkat 1 bangunan hotel tu. Dgn nak tggu lif lagi. haish. mmg mncabar lah!

#Belajar menghormati orang lain.

Jadi waitress kat SR, SR nie plak dlm bngunan hotel, yg datang mestilah yg kaya-raya atau yg buat2 kaya. keh3

Mcm2 jenis cutomer aku dapat. Yg spesies bile aku nak amik order tengok aku atas-bawah-atas-bawah sambil wat muka kerek akukayakautucumawaitresspicisanjek pon ade.

Yg wat muka kerek smbil tanya aku 

"awak nie tak nak sambung blaja lagi ke?"

Macam dy einstein pon ade. macam2. Tp paling best dari sorg cina nie. Dy hina+puji dlm masa yg sama. Pakej!

"You cantik2 nie keje kat sini je ke? "

Abis tu nak suruh aku keje mane? Bongok! kata aku dlm hati smbil terperasan cantik kejap. HAHA

#Belajar menepati masa

sepanjang waktu keje, aku cukup benci menatang nie:

Punch card!

Semedang hari2 aku berlari2 kejar nak punch card nie. haram tol. yelah, dah spesies suka bgn lambat, bile kena bgn awal payah lah kan. tu la pasal hari2 pun card aku merah. T_____________T

Hasil aku bekerja:

# Confirm la gaji kan. haa ipod harus kurembat! hehe

# Kulit tangan aku yg mengalami gatal-gatal yg serius, hasil drpd alahan sabun. Bila aku tunjuk pada boss aku, dy keluarkan ayat pedas,

"You kat umah tak de basuh2 pinggan ke? kulit you tu sensitive sgt."

T___________________T

# Macam2 pengalaman berharga, yg aku da bentang kat entry sebelum nie. Tentang erti kehidupan sebenar. aku rase cam matang sikit lepas bekerja nie. ceewah! :D

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ramai tanye, aku nak wat pe lepas bernti nie? naik belajar lagi sebulan.

Aku nak g salun. Ape, igt orang pakai tudung x leh g salun ke? pffft

Ajak ayah pegi semua bazar ramadhan yang ade. hehe

Duduk berehat2 kat umah! 
(Heh berehat lah sgt. dah lah jadi anak tunggal kat umah nie. Langsir raya sape nak pasang?
Umah sape nak kemas? Kayu pelita sape nak cacak? Duhhhhhh)

Tolong wat kuih raya? kot. hehe

P/S :Terima kasih buat dia yg selalu sabar dengar aku merungut sepanjang aku bekerja nie. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...