Para pengunjung

Saturday, October 30, 2010

Rukun Iman Ke 6....:)

Sedari kecil..
kita diajar tentang rukun iman dan rukun islam
nie la bnda paling basic yg kita tau
Rukun iman ke 6,
Beriman kepada Qada n Qadar
Percaya pada takdir..
Dalam islam, x de istilah kebetulan...
Everything hppens for it's own reason..
:)

Ak nk kongsi sebuah cite pagi2 bute nie..
Stlh penat balik meeting sekretariat rakan muda utm td..
3 jam beb! :)

Ok, cite 2 begini....

Seorg gdis, kita nmekan si A. A nie x pernah merasa erti kegagalan sebenar dlm idup. dy punye keluarga yg ckup harmoni, shabat2 n org sekeliling yg sgt baik. hidupnya riang, gembira...sepnjang persekolahan, sentiasa duduk carta atas dlm rnking pelajar. paling teruk dpt num 6 dlm kls. semasa di mrsm, selama 4 sem, dy x prnah dpt pointer bwh 3.5.. dan puncak kegemilangannye apabila dy dpt twrn SPC(skim pelajar cemerlang) bg pelajar2 mrsm melalui result trial spm. Beliau menyambung pljrnnya ke UTM skudai, wat fast track dgn tajaan mara. x cuti pn after spm, trus smbung blaja.... 

Disana, beliau mula lalai... blaja pn lebih kurang je.. ble kluar result fast track nye bln 5, beliau trduduk. k.e.c.e.w.a. trlampau teruk. dan yang menambah kekecewaan A apabla beliau x dpt course yg diidamknnye, dan dpt course maths pure.sedangkan A lebih suke Kimia. beliau cuba sedaya upaya nk tukar course, mlngnye en DEAN kte, X BOLEH! trus la ngn maths pure...
Test 1, maha karya teruk. sangat2... malu. sbb classmate A sume hebat2. A mule pening kpale.. bkn takat menangis,, mse 2 rse nk packing brg2 quit blaja trus. Dlm sedih 2, bkk video LA TAHZAN kt you tube... dgr lagu maher zain~ InsyaAllah... "DONT DESPAIR, AND NEVER LOSS HOPE"...

Si A mule bljr.. wat sgale macam tutorial.. blaja.. blaja..blaja... Test 2 pn dtg.... blaja3... jwp test.. dpt markah.. Alhamdulillah..wlwpn x full,, x jauh la...:)

mse 2 mule la si A 2 pk,, btul la,,

Allah s.w.t tak beri ape yg kita minta, tp dy beri ape yg kita perlukan. kdg2 kita sedih, kecewa, merana, tp jauh atas segalanya, Dia sedang mencipta yg terbaik buat kita...:)

Everythg happen for it reason.. klw dy msuk course yg dy nak 2.. mgkin dy x perform... skrg A sdg brjuang utk final.. Moga si A nie terus berjaya...:)

Kisah di atas ialah kisah benar.. siapakah A? Agak2 la sendiri...

Jutaan terima kasih buat  semua yg terus menyokong A...:)

Ingatlah kepada rukun iman..
apabila mula terasa jiwa itu kosong..
sesungguhnya,, setiap yg berlaku itu punya hikmahnya...

"Cukuplah Allah menjadi pelindung kami, dan Allah S.W.T adalah sebaik-baik
pelindung " (Ali'imran:173)


Monday, October 25, 2010

Ultimate frisbee UTM....:)

Alkisah sabtu lepas
23rd Oct 2010..
ak g uitm shah alam..
atas jemputan dinie...
mule2 ak igtkan ak dtg melancong je..
just tgk2 format game nie..
ye ar ak da 2 taun kot tggl frisbee nie..
skali pegi2 jek kene main seh!
Nsib bek fitness x truk sgt..
klw x, bru men 2 saat da kluar nafas kuda..
keh3..
ye ar,, penat gler kot game nie..
haish~
Btw, UTM team,,
WE WIN IT!
wlwpun x dpt emas..
dpt perak kre ok la 2....:)
n wlwpun ak mmg pnt gle la blik 2...
n muke pun burn abis~
tp ak x kisah..
sbb ak rse berbaloi...
slain dpt men,, dpt tmbah kwn..
yg senget benget...:)
guys, u r great!
diba.juwie,nana,k zureen,jen...
dinie, a hery.yop,qayyum,amir,vincent,ary.balan n etc..
see u all next game! 
:)
UTM Team

merenung mse depan~

6 org je...:)
Playing back this game remind me of someone..
kolej mara banting
2008..
in memory...
:)

Friday, October 22, 2010

Jusco Member Card Day! :)

SALE! :)
Ok.. Post kali nie nak cite kisah shoping! haha
20.10.2010
Jusco Tebrau mengadakan Jusco Member Card Day!
which means mmg discount gler2 satu jusco tebrau 2!
rate2 bg 70% DISCOUNT!
hwa2!!!!!
Body Shop bg murah!
Tp Levi's bg 10% je ea..
kdekut sket..
hehe

Btw, abis kelas je kol 11 2..
kami dak2 maths pure menyahut seruan jusco tebrau...
huhu...
shoping2~
Esprit! :)

CK!

Clinique!

Estee Lauder!

Dior! :)
haha.. x de ea ak beli sume nie
nie tahap akk ak leh la..haha
tp memang best la tgk org shoping..
rmynye manusia x leh nk ckp ape ea..
huu..
RM10 je tue! :)

ngeee...:)

70%! 50% 90% haha
shoping2 segala..
ksian paan n avo..
kwn2 lame kami
pening kpale tgk kami shoping...haha
tp paan sempat gak sambar bju Padini 1!
da abis shoping baik utm..
lalu FAB...
TIBE-TIBE.....
kereta TERBATUK2..
lalu BERHENTI DI TGH JALAN!
ABIS MINYAK!!!!!!
hahaha
lawak gler!
lampu kecemasan~
nasib bek ade am yg sudi belikan minyak..
time kasih kawan! :)

Time kasih kpd Avo n Paan yg penat tgk ktorg shoping..
n belanja tgk wayang...:)
kpd miss driver, fara! :)
ida,farah n dija...:)))
n time kasih gak kat am..
sbb sudi jd penyelamat...
:)

JUSCO MEMBER DAY!

Friday, October 15, 2010

Ayah, Waktu hujan manusia x masuk neraka ke?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..



Terima kasih untuk anda kerana membaca kisah ini.
Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja.
Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.


Sila kongsi kisah menarik ini.

Tuesday, October 12, 2010

Idea keji di petang isnin..hehe...:)

Ok... setiap ari isnin rsenye sume org rse mnde yg sme.. bak kate org jawe,"monday blues"..haha slps sronok brcuti weekend,,kne p kls + bgn awl... mmg la mls~ huu..

Bile msuk dgree nie,, kelas 2 jam ialah kls membunuh~ hwaa bsn gler~ huhu.. mlshnya bg kls sy, ari isnin la byk kls 2 jam.. calculus,,, statistic..mmg terbaek la! ;D

Kisah ptg td :
kami msuk kelas lmbt..
kls statistik..
msuk2 da lewat 20 minit...
Dr da cerita pnjg lebar psl simple regression..
urm..erk..urk..errr...
haha...blaja ptg2 nie mantul je ilmu 2..
mengantuk!
Tgk kiri, kanan , dpn n belakang..
Maka timbullah idea keji dlm kepala..
keh3...
Rmy sungguh yg syahid kls ptg2 nie..
Maka sy pn snap3... hehe..(gelak keji) ;)
mangsa pertama..am! ;)
lentok am..lentok! haha
keh3..tdo~ haha
da kantoi tdo, nk wt muke cute plak! haha
Jolyn tdo cover baek punye! ;)

Ida, (dlm bulatan)..tdo x agak! haha

ish3..ape bergosip nie.haha;)
jason yg cute! ;)

mereka yg brjasa mnolong proses snap3...;)

blaja statictic nun! ;)
Ble tbe2 Dr perasan yg sume da mula ilang tumpuan..
Shahrill pn da mule kuarkn kuaci dy..
rmy da syhid...
sy pn da berangan smpy ke azerbaijan~
then Dr pn kuarkan ayat yg maha menakutkan~

"Dont expect only calculation in ur final ye,,
There will be thinking question"

Erk?? haaa bru sume kelam kabut..
study2!
haha
:)


mari stdy statistik! (;
 Jom stdy! ;)



Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Hari nie.. 
ak bgn pagi.. terkebil2..
lapa....
nak SECRET RECIPE!!!
haaa tbe2 je ak rse nk mkn indulgence..
tp x leh kuar
esok ade test..
huu..
 spe nk belikn? 
nasib bek de senior brjasa...
Hanafi Aidil
 anda mmg yg terbaek! (;

..indulgence..
Time kasih!
;)

Saturday, October 9, 2010

Impian or mimpi? :)

ok.. lme rsenye da x update blog nie.. oleh sbb mlm nie mlm weekend, mmg mls gler la nk wt tutorial or study..huhu..so today,, nk citer psl "dream"....:)

Ok now,, lets define dreams.. what is dream? de 2 definisi utk prkataan dream 2.. mimpi and impian. then ape beza mimpi and impian? banyak sgt. huhu... Depends on how u take it actually.A dream,boleh jadi it's something yg kita nak tp x kan tercapai...suatu mimpi, ilusi or,,,,suatu impian yg kita nk fulfill,come hell or high water. yang boleh jd realiti....

Dalam fmily, sy mmg sgt trkenal sbagai seorg 'amira' yg kuat berangan! haha.. jd sy mmg byk sgt impian. tp ble tgk definisi td,, rsenye leh la tgk mne yg mimpi n mne satu impian.:)

!) nak jd seorang puteri.....;)
puteri kayangan eit? ;)
ok, this one rsenye x yah tgk pnjg lebar da tau either mimpi or impian. haha...sy nk sgt jd puteri,, idup senang tnpa rse sedih. huhu.. ble sy ckp ngn ayah nk jd puteri, ayh ckp, "mira mmg puteri ayah pun".. huu.. mksud name sy pn "cahaya puteri".. jd sy berpuas ati la dgn jd puteri kpd mak n ayah sy....;)

2)Nak 1 superbike! ;)
superbike yamaha R1
This one rsenye kt tgh2, either mimpi or impian. dri kecik g sy mengidam nk superbike nie. smart gler ea.. sedang akk n adik sy sibuk berangan nk beli skyline la, ape la,, sy sorg je yg sibuk ngn superbike nie. cun kot! (;... suke!

3)wat resort....:)
contoh la...:)
Yg nie pun da lme berangan. sy ske bisness,, n sy ske berangan nk wat satu resort. sbb sy sgt suka pd laut... cntik! pd sy, laut 2 menenangkan. maka sy nk wt resort. doakan sy k...:)

4)wanita solehah...;)
wanita solehah
This one in the making... nie impian, bukan mmpi... sedang berusaha ke arah itu....;)

5)Eternal happiness

stairway to heaven?

This one pretty personal utk diulas. huu... sy tau, bkn senang nk dpt eternal happiness.. moga dipermudahkan segala urusan.. amin...;)

Act, byk g impian sy.. dulu kcik2 nk jd inspector gadget laa, popeye la.. haha.. ngarut2... huu...

Rasulullah bersabda,yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
"Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga Firdaus, sebab ia adalah syurga yang paling tinggi"
Jelas, dlm islam sndiri pn kita digalakkn utk brcita2 tinggi...;)

Teringat pd ayat dak2 kls sy,5 zamrud,mrsm muar 08/09
"we must aim for the moon, so that if we fall, we will fall among the stars"..
Bercita2 tggilah...;)

"ingatlah sahabat,impian adalah titik mula gerak langkah kita,kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya"

so, lets define our dream....;)


Sunday, October 3, 2010

Jangan Ada Benci

Andainya ada diantara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji 
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam
Saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal menghadapi kemungkinan yg tiba
Kadang kala yang berlaku 
Di luar kemahuan kau dan aku

Casey-jangan ada benci

Dalam bersahabat, kadang kala pasti akan berlaku pertelagahan apabila bab nk buat sesuatu pilihan. alangkan lidah pun tergigit. dan pastinya akan ada terkeluar kata-kata yang menyakitkan. malah mungkin boleh membawa kepada putusnya tali silaturrahim. penawar bagi ini? kemaafan... ;) alangkan Nabi yang mulia pun ampunkan umatnya, apatah lagi kita selaku hambaNya ini.. bermaafanlah...lagikan ayah sy mendidik sy untuk tidak berdendam.. maka maafkanlah.. sesungguhnya kemaafan itu besar ertinya,, n jangan sesekali ada benci.. maka kita akan hidup tenang.....;)

Di jalan Allah,persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikm, persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia...Kerna Dia lah aku mengenalimu dan kerna Dia lah juga telah menetapkan kita mengukir seribu kenangan bersama. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNya semata.. moga kekal hingga ke Jannahnya...;)
Dan jika luka itu terlalu dalam utk sembuh? maka ingatlah..

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" (Ali'imran:173)

Moga diberkatiNya... amin... ;)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...