Para pengunjung

Wednesday, August 15, 2012

Tanah perkuburan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Petang tadi, mak aku request minta belikan popia goreng. So aku ronda satu pekan Bakri ni sume gerai tak jual dah kuih muih utk berbuka.

Mungkin semua sibuk kemas umah nak beraya

pusing punya pusing, rezeki mak aku ada gerai jual kuih. Gerai tu pulak lokasinya sebelah kubur. Maka sambil aku tunggu mak cik tu bungkus kuih aku beli, aku terbaca papan tanda kubur tu.

"Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6"

Membuat aku teringat kenangan seorang amira yang berusia 10 tahun, dan seorang Ahzani.

Ihsan Google

Kami kawan rapat. Ibunya dah meninggal dunia, waktu dia 8 tahun. Ayahnya kahwin lagi, dan memberi dia ramai adik tiri.

aku teringat satu perbualan dulu dengan dia. katanya,

Ibu aku dikebumi kat kubur bakri tu. masa tu, adik aku marah aku kenapa
biarkan ibu ditanam orang. adik aku menangis-nangis tanya aku, 
"kenapa biarkan ibu tidur dalam tanah?"

Ibu tirinya menepati ibu tiri cerita-cerita melayu lama.Garang, pilih kasih, etc etc. Sahabat aku sorang ni, pergi kelas bajunya kuning kusam, tak sebersih baju kami. 

Malah dia selalu tak makan tengah hari. Bila ditanya, katanya ibunya tak bagi makan. Tapi katanya, 

"aku lelaki, aku tak boleh menangis"

Macam-macam lagi ceritanya dgn ibu tirinya, yang aku rasa tak patut ditulis kat sini.

Anak semuda ini, sepatutnya dicurah sepenuh kasih sayang.


Kami terpisah selepas ke secondary school. aku ke girls school, dia ke sekolah harian.Dan terus terputus hubungan sampai sekarang. 

Tapi pada aku, aku tak lupa seorang ahzani yang berbaju kusam, kurus tapi punya senyum yg manis, berkata,

"terima kasih"

setiap kali aku hulur padanya pisang goreng waktu rehat. 

P/S: Kisah ni 10 tahun lepas. apa yg berlaku selepas tu, aku pun tak tahu. Family dia selalu pindah randah. Mungkin dia seorang anak yg kurang kasih sayang, tp pada aku, dia seorang sahabat yang baik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...