Para pengunjung

Monday, January 28, 2013

Membajak di Tran cameron ^^ Part 2

Sambungan dari part 1:

Day 4 : 24 Jan 2012 , Gunung Brinchang - Irau

Seawal pukul 6 pagi ayam dah berkicau. sebab plan pukul 9 pg nak gerak. Dalam hati aku, " bagus dak2 ni, punctual". kalau dak2 srm, hmm kelaut nk bgun pagi masing2. da la sejuk. aku pun tarik g sleepg bag, da bgun tp still nk brmalas malas. pukul 6.30 baru aku betul betul bangun.

After stretching, n khairin baca doa , maka mulalah jalan kaki dari forest camp nk ke starting point brinchang. sempat la singgah kedai runcit jap beli apaper yg patut. kali ni aku bawak 3.5 liter air dlm beg yg berat tu. perghh. kalau ngn dak srm mmg aku main ngelat je selalu, rembat air abg yo. ni g ngn team lain cm segan lak tak bwk air. maka aku hangkut la jugak 3.5 air. tanker cm si nazrin ujang qah har bwk sampai 6 liter setiap sorg. ala dorg lelaki, boleh ahh (ayat ngelat) ^^

Beg baru woiiiiiii hahaha XD

Presiden ATeam, mrangkap pngarah program, Nazrin. :)
View otw puncak brinchang


Dalam line up, aku first man msa ni. blkg abg alen. jalan punya jalan, pacak n pacak. nk naik brinchang ni, dari starting point dia pacak, then landai sikit, then pacak lagi. lepas pacak, pacak lagi. heh. sampai da dekat nk puncak tu main akar kayu pulak. panjat la guna gaya apa pun. haha. masa ni da mula membajak. tp belum hazab sangat. tungguuuuuuu~

Syahir ^^

Perhatikan seluar aku. hahaha


Ktorg berenti lunch kat puncak brinchang. ada menara pandang kat sini tp aku lupa nk g naik. -.-. masa ni pun aku da comot dah. well, si comot kan. haha. masa dari starting point nk smpai puncak area 3 jam.

After lunch, area 2.30 ktorg mula gerak nk ke Gunung Irau pulak.masa ni aku jadi sweeper temankn abg yo sbb rasa nk bermalas malas. nk masuk irau ni memula ada tangga kayu. khelasss kau jah!. trek main sempadan perak pahang. sepanjang panjang jalan la jumpa batu sempadan tu. dalam 5-10 min main tangga kayu, pastu jumpa la trek hutan. yeay membajak!!

Starting point Irau


Gila bapak selut n lumpur irau ni, serupa kerbau dah aku. kerbau kalau tgk aku dari jauh dah tau dah ni kembar dia.punyalah comot  -_________________- . Ja'a la top scorer membajak masa ni. dia je yg termasuk selut parat paha. kakaka. ktorg pun syok gelakkan ja'a, tp pastu memasing dapat habuan.aku sendiri bape kali termasuk lumpur.  memang trek utk berkubang la org kata. hewhew.

Abg alen n geng geng org depan da sampai puncak irau area pukul 6.30. 4 jam dari starting point. aku plak oleh sebab sweeper, pukul 6.30 tu baru sampai anak irau. teruskan membajak, jangan mudah putus asa kengkawan! bajak punya bajak, layan trek kayu panjat sana sini,jumpa puncak tipu satu,  sampai la puncak irau pukul 7.30. yeay tak OT! tahniah tahniah semua :D

malam nya aku tido awal. penat membajak la katakan. pas tukar baju kering, makan sume tido lah. malas nk layan sembang dah. penat. haha

Day 5 : 25 Jan 2013, Turun Irau- Brinchang, balik woiiiiiii! XD

Selamat pagi Irau ^^


macam bese, pukul 6 dak2 ni da mula berkokok kejut subuh. pastu kua layan view. SubhanAllah lawa gila. nampak la yong belar, charlie n tiga negeri. n nmpak gak la sayuppp puncak yong yap. terimbau kenangan kejap. hihi.




Gambar feveret aku. ATeam + SRM. Thanks guys :)

Tudia abg alen. haha


after makan bergmbar streatching n baca doa, maka brlepas la kami sume nk turun irau. beg guwa da ringan masa ni. air da takde, ration pn tinggal apa je. kalau semalam naik irau 4 jam, turun ni aku rasa 2 jam pun tak sampai. memasing xcited nk balik kot. area kol 12 tu memasing da sampai puncak brinchang. layan megi n air panas seround dua, then terus gerak turun brinchang. sejuk tak yah cakap lah. dah la hujan time tu. turun memasing berjoging aku rasa. laju gila. aku pun sempat wat slide 3-4 kali. kekeke.

time nk smpai si pika lak jatuh n trseliuh. adoi aku da cuak. nasib dia leh jln lagi. si ujang memang lawak ah time ni. turun pakai kain pelikat. terbaikkk. haha.

ujang stylee. hahaha


selamat turun semua, then lepak forest camp mndi manda tukar baju solat semua, pkul 6 gerak balik dari cameron. syukur selamat semua. 5 puncak dah berjaya ditawan. mission accomplished! :D

++++++++++++++++++++++++++++

Pada aku, trans cameron ni berjalan dengan jayanya. Adatlah wt prgram ada sikit isu sana sini. Tp overall, aku enjoy gila join xpdc ni. Dengan dak2 ATeam yg memasing masuk air, seronok gila. enjoy la membajak ramai ramai. haha. semoga kita bertemu lagi next trip. terima kasih semua sebab bg aku join trip korang ni hehe :)

Trek irau berembun ni sederhana hakko la kot. selut n lumpur tu yg melecehkan sebenarnya. tp on the other side, lumpur n selut tu yg wt makin enjoy. hehe. tp kalau org ajak repeat irau brinchang ni aku malas ah. malas nk jadi kerbau lagi. nak gak jadi puteri pulak. kakaka tak masal. ^^

Info Tambahan :
  • Kesemua 5 gunung ni ada line tepon. 3G lagi uolssss. khelasssss gittuwww
  • kesemua 5 gunung tak de waterpoint. kena hangkut dari bawah. utk irau brinchang, klw nk tdo kt puncak, memang kena angkut sesiap.
  • sejukkkkkk. sumpah sejukkkkkkkk. memang la puncak gunung sejuk kan tp aku rasa ni brganda ganda sejuk. phewwww
  • trek irau brinchang mmg sgt brlumpur n brselut. mgkin wktu aku g tu hujan. tp esoknya tak hujan pn brselut gak. elok set mental elok2 la
Aku minat betul bunga warna kuning. lawa betul. time ni baru turun perdah jasar. tak comot g. bru first day. haha


P/S: aku kan tak kenal sesapa dlm Ateam ni kcuali kak long n mel. Then mula knl dorg time xpdc, kenal dengan nama ayam la, ujang la, ja'a la, tua la. haha. bila blik xpdc n mula add kt fb, bru knl nama betul memasing. sedap kot nama memasing. culture shock kejap aku dibuatnya. haha

aku teringin nk mnggapai bintang kat trans bintang. n p stong baha ayam. 2 trans ni, trans idaman. jom g! ^^

Membajak di Trans Cameron ^^ Part 1

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Acaner nak mula ek. *garu garu kepala*

ok, Trans Cameron ni ialah xpdc menawan 5 puncak gunung kat cameron, iaitu Gunung perdah, Gunung jasar, Gunung berembun, Gunung Irau n Gunung brinchang. Xpdc ni sebenarnya anjuran ATeam UTM (KTC)  n aku sibuk menyelit join sebab bosan cuti, n nak rasmikan beg deuter act lite 50 + 10 baru aku (time kasih wak tolong belikan ^^).  hehe semata kan.

Tarikh : 20-25 Jan 2012
Guider : Abg Jalil (renjer) , Abg Alen, Abg Yoyo
Line Up :
Ikhwan, Qah har, Ayam, Khairin, Syahir, Ujang, Jerin, Ustaz, Amran, Nazrin, Hairul, Ja'a , Lo @ Rosli, 
Helmi @ Tua , Syafinas , Kak long, Mel, Pika, Lin, Syira, Ila, Ain, n Aku ^^    

Day 1 : 20 hb Jan 2012

Pukul 3 petang gerak dari UTM. masa ni aku tak kenal sesapa g dlam team ni. ye ar g men redah je kan. yang aku kenal cume mel, kak long n nazrin. Oh ye, aku join ni pun atas bantuan wana, anak sedara kesayangan aku tu. hehe. 

Pukul 8 la lebih kurang sampai kat KL sentral. Tiket Train nk g ipoh pukul 11 malam. maka aku pun call la kembar trsayang, lidya utk meet up kejap. klw tak bila lagi kan. Takut tak sempat jmpe sblm dia balik tasmania je. lepak nye lepak. dah pun pukul 11. maka kami pun naik train ke ipoh ^^

ipoh mali ^^


Area pukul 2 pagi sampai la kat ipoh. memang kau tunggu la sampai pagi sbb bas nk ke cameron tu pukul 8 pagi. time ni la baru aku repacking beg aku. sempat la mmbantai tido seround kat surau. hha. 

Day 2 : 21 hb Jan 2012 ( Gunung Perdah & Gunung Jasar )

Sampai je kat cameron area pukul 10 pagi, menapak g check in kat kem sg pauh. wohooo rindu gila sg pauh. then patutnya ikut tentatif hari ni g Irau Brinchang dulu, tp atas sebab trtentu naik Perdah Jasar dulu. ok tibai la cemana pun, aku tak kisah. hha

starting point perdah ^^


Maka dalam pukul 11 lebih tu kami pun mula menapak utk ke starting point Gunung Perdah. Daypack je. Haversack sume tggal kat forest camp. Lalu kwasan pembangunan, etc etc bla bla bla smpai la kat starting point tu. masa ni aku belakang ujang. start je dah pacak. Dalam hati aku da kata "ai lain macam salam prkenalan gunung ni" . layan pacak dalam 15 min, nafas kuda pun dah keluar, tetibe dah sampai. EHHHHHHHHH! sampai dah? haha. aku rasa lagi layak dibagi nama Bukit Perdah kot. bukan Gunung Perdah. view boleh tahan kat sini.

Puncak Perdah 


lepas take 10 la lebih kurang, n semua dah sampai, maka mula la turun gunung perdah utk ke gunung jasar pulak. lalu cawangan TNB dan mula la mendaki ke Jasar. utk sampai ke puncak Jasar pulak dalam 40 min la lebih kurang. Masa ni aku n helmi org first yg smpai puncak jasar ni. sampai je sibuk amik gmba. tak tau kisah org blkg. rupanya si pika time ni kne gastrik + low blood pressure, pengsan tiga kali. phewww. then da bwk naik atas, pun pengsan lagi sekali. sume da cuak cemana nk wat. huu

Puncak Jasar


Solat solat hoi ^^

Qah har, ikhwan n helmi :)


Oleh sebab takut proses nk turun gunung jasar yg sepatutnya hanya 30 min jd brganda gnda (sebab kes injured tu), so ktorg siap2 solat makan sume kat pncak jasar tu. n nasib baik masa turun tu tak jadi apa apa. syukran.

Petang tu aku buat lawak sesat dari tanah rata nak balik forest camp. cite hantu sume ade. ape pun sume selamat sampai kat forest camp area 7.30 malam. sorry korang salah rikki jalan. hehe. rasa bersalah sampai hari ni! wuuuu

malam wat post mortem sikit, lepak lepak then pukul 1 aku tido. ^^

Day 3 : 22 Jan 2012 ( Gunung Berembun)

Gunung berembun ni, bak kata uncle ayieen carlos, gunung lompat lompat. starting trek kat forest camp tu. dari forest camp nk ke puncak berembun area 3 jam.Time ni aku bwk haversack baru aku wuuu sbbb nk rasmikan. haha. Masa ni dlm line up aku,qah har,helmi n ikhwan kat depan. then tukar tukar la position ktorg brempat ni. Gunung berembun ni trek dia biasa je la kot. Cuma nk sampai puncak tu cam bese la msti pacak, kalau tak pacak bukan puncak namanya ye dok. Trek banyak main akar kayu. Silap landing trsadunglah kau. haha

Take 5. mintak nyawa jap. haha


Area pukul 1 cam tu sampailah kami ke puncak berembun. aku group ngn lin, syahir, ayam n khairin. satu mnde aku suka nk masak atas gunung ni ialah boleh alter menu sesuka tekak. masa ni ktorg wat sayur campur dengan kuah vono n lada hitam. kekeke. syahir wat lawak api time masak bila api dari stove menyambar kat sleeping mat tmpt dia duduk n bakar bulu kaki dia, jadi bulu bakar. kakakaka

Beberapa minit sebelum kejadian bulu bakar. haha
Puncak Berembun. ^^

Time turun, aku jadi sweeper sbb rasa nk brmalas malas. Time tu pakai beg syahir, camel active tuu. best gila beg dia ni. n tukar beg ngn ja'a yg bak kata ja'a ringan tp aku rasa berat gak. -.- well aku prmpuan kot. bese la lembik sikit. kuikui.

Da sampai forest camp balik malas plak nk mandi. lek lek lepak ngn ujang n nazrin. pastu abg yo n abg alen pun sampai. dorg akan guide ktorg utk ke irau-brinchang esoknya.

Malam, sesi taaruf n briefing brsama abg yo n abg alen.


++++++++ Bersambung ++++++++

P/S : Kalau ikutkan memanglah perdah jasar berembun ni treknya kelas 'santai wong' , tapi janganlah anda mudah tertipu ngn santai tu. santai lah sangat. tp syok gak lah brjoging recce trek ngn helmi masa kt brembun. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...