Para pengunjung

Friday, October 11, 2013

XPDC Bukit Kutu ATeam : Nurturing The Soul

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Sepatutnya aku buat nota topology sekarang tapi hmmm malas. Hahaha

Bukit kutu 2.0


Hari tu aku pegi join event dak dak ATeam ni. Act event ni untuk dak2 baru diorang. Pelapis baru utk ATeam la kiranya. Nama program pun ATeam Trial. Kira aku pegi sebagai senior la kengkononnya. Padahal aku pun Ateam celup. Haha


Tarikh : 20-22 Sept 2013
Tempat : Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu
Line up : Total peserta 79. Termasuk sorg guider sorg sweeper. nak suruh aku 
tulis nama sensorang? memang tak ahhhhhh.

Gerak dari utm sepatutnya pukul 3 petang. 2 bas tuu. Sedikit kekecohan berlaku menyebabkan 4 org daripada kami, termasuklah aku terpaksa naik kereta. Kecoh punya kecoh, bas gerak area pukul 4 petang gak la. Ktorg plak gerak hampir pukul 5 petang. Gitu gini singgah RnR situ sini, pukul 12 gak la sampai starting point Kg Pertak tu. Ktorg yang berkereta sempat la solat kat Masjid besar KKB. Oh hai memori nya masjid nie~ 

Nak cari tempat buat 81 org tido tu tak la senang sgt kan, jd kitorang treking masuk dalam (aku drive kete hehe) n jumpa satu tempat lapang sikit, so kira orait la ni. Siap parking kete dan bentang ground sume, dah pukul 1. Fly tak yah la pasang, langit terang benderang Alhamdulillah. Dak2 ni pukul 1 sibuk lagi nak masak bagai, aku dah siap2 amik seliping bag dan parking kt dalam kete. haha syok woo tido dalam kete. yang kt luar sibuk berperang dgn nyamuk gua steady je dalam kete. kehkehkeh

Selamat pagi Kg Pertak!

Selamat pagi semuaaaa! Ya lawa sungguh sungai tempat kitaorg parking tido tu. Syahdu sangat pagi tu pukul 5.30 pagi lebih kurang aku terjaga sebab terdengar alunan Azan subuh oleh khairin. Fuh syahdu lak. Lepas subuh bantai g tido seround hekhekehk. 

Lepas breakfast yang diselang selikan dengan sesi-campak-org-dalam-sungai, dorang sume mulakan sesi ice breaking dulu sebelum treking. Aku, Jaa, kak long, emi dan hairul amik kesempatan pegi bandar kkb, hantar nama ke balai polis. Yang hantar nama sorang je, yang lain sume ikut sebab nak cari toilet yang bertamadun. haha

Sesi pecahkan ais!
Selesai sesi pecahkan ais, maka sesi panaskan badan pun dimulakan dengan diketuai oleh abam ikhwan kita yang gagah perkasa.

Panaih!

Maka pukul 12.30, sesi treking pun bermula dengan diketuai oleh Jaa. Dalam xpdc kali ni yg pernah pergi ialah aku, jaa dan emi. Aku tak bape yakin nak duk depan sbb takut lupa jalan. So Jaa depan, emi tengah dan aku belakang. Heh aku belakang, memang betul2 belakang la. Haha

Yang jadi sweep dari mula sampai akhir ialah aku, khairin dan syahier. Tahap sweep memang lenggang kangkung suara org depan tak dengar langsung dah. Lepas cross sungai ketiga, kitaorg off track kejap pastu ingat nak lepak lepak dulu kat sungai tu sambil wonder org depan dah jauh ke. Sekali tetiba Jaa jerit, "Mira!". hahaha rupanya dorang sesat. Jadi ada 78 orang kat belakang kitaorg masa tu. haha nasib bek ktorg lepak2 kat sungai tu. Kalau tak yg belakang pulak jadi depan.

Bila dah bagi laluan kat yg lain kedepan, line up da betul, so ktorg mula balik treking. Yang belakang ni kenmain suka ria ha, si khairin siap sempat berkebun, pastu jumpa nazrin yg brmuka mental dan radzi. Maka kami berlima pun jalan belakang, sangatlah relax nya ha treking. Seingat aku nak sampi ke puncak ni ada 9 check point. Tp tak jumpa dah papan tanda check point tu ha.

Dah la jalan rilek rilek, sampai kat check point 5, iaitu last water point yang sangat awesome tu, kitaorg lepak 40 minit. Solat jamak takdim kat situ, minum2 bagai. Hampir nk bukak dapur haram tp malas nk bukak beg. Haha. Kenapa aku kata check point ni awesome? sebab airnya mengalir kat bawah gua. lawa baq ang!

Water point dalam gua!

Pastu ktorang sambung lagi perjalanan rilek rilek ktorg, sampai dekat check point batu besar gila tu, lepak lagi 40 minit. haha tak pernah treking sesantai ni aku rasa. Terjumpa group KRPHS (Kelab Rekreasi Pelancongan Hulu Selangor) masa ni, pastu sembang pasal Lata Medang yang awesome tu panjang lebar dan plan utk next trip. pun boleh. haha.


Puncak Bukit Kutu

Jam 6.20 petang lebih kurang, kami berlima yang juga last men ni, sampai puncak. Heh org depan 3.30 da sampai puncak kot. Punya la santai jalan 6 jam kot ktorg treking. Haha. Tapi eloklah jugak sampai lambat. Dorang da siap pasang kondo dah. Pastu kat puncak yg paling tinggi, kapasiti org leh duduk kat batu tu max aku rasa 4 orang je. Jadi waktu ktorg sampai, ngam ngam nak sunset dan batu dah clear tak de orang. yeay!

We're waiting for the sunset
Matahari terbenam. Mix feeling..
Because it's there. Segalanya bermula dan berakhir di puncak ni.

Entah. Sayu. Sbb dah keluar team. Betul2 sehari sebelum naik ni. Tapi malas nak kenang.

Malamnya, ktorg buat sesi story mory bawah fly cam bese. tapi since ramai sangat, dan ramai da penat, ramai gak yg tertidur awal. Tapi memacam cerita lawak gak ade masa ni haha

Sunrise~

Selamat pagi bukit kutu! Sekali lagi dikejutkan dengan laungan azan dan dikejutkan subuh dgn suara khairin. Pas breakfast sume aku, syahier, qah har, kak long n etc naik tengok sunrise. Ek eleh tak bape nak sunrise la. Dah pukul bape dah time tu. haha.

Kerana kain batik itu lambang gadis melayu sejati. leulz

Selepas amik gambar dan sesi kantoi mengkantoi, pukul 11.30 ktorg mula gerak turun. Kali ni aku tak sanggup dok belakang, tukar tempat ngn Jaa. Aku ngn emi lak guide depan, Jaa sweep. Punyalah berlari turun, pukul 1 sampai bawah dah. Aku dah tak leh tahan tgk godaan air sungai, tiruk laluh. Lapar tak lapar belakang cite la haha.

Gay gay dalam air. hahaha
Since bas utm akan amik pukul 6 petang, maka kami ada masa sampai pukul 5 petang utk melakukan aksi aksi tiruk terjun. haha. 4 jam bhai! memang burn muka aku. hahaha. Terjumpa pulak junior2 kak lin, dak dak KRESMA (Kelab Rekreasi UiTM Malaysia). Pastu dorang promote event rock climb mggu depan. Ha bg sesiapa yang berminat leh la join. Leh view SINI

Balik tu, yang naik kete bertukar org. Memula pegi aku, hairul, nazrin dan ujang. Balik, aku pinat, radzi dan amran pulak. Sampai UTM pukul 2 pagi. Aaaaa ngantuk baq ang. Nasib la esoknya kelas pukul 10. haha

Event ni pada aku sangatlah berjaya, happening dan meriah! Kalau aku jadi bebudak baru tu pun aku akan happy dgn trip ni, sebab para senior sume masuk air. haha. Not typical orientation trip la pada aku. Oh aku tak bagi lagi gambar full kan, ni diaaaa

Meriah kan? :)

Dan brtambah meriah lagi sebab qah har baru je angkat Go Pro, so gambar gambar memang superb ah! haha. Nak tengok gambar gambar lain boleh tengok SINI dan SINIIIIIIIIIII.

Dan yang best, video utk event ni gak dah disiapkan oleh qah har. Leh view dekat SANAAAAA

Tengok video tu dan korang akan dapat rasa betapa happeningnya event ni :)

Cerita balik cerita :

  • Cukup 8 hari lepas balik bukit kutu ni, aku kena demam panas yang panas sungguh. Aku memang sangat cuak takut kencing tikus je masa tu, sekali rupanya demam campak. Syukur Alhamdulillah bukan kencing tikus. Cuak sekejap aku haha
  • Scene paling lawak jadi masa de 8 org dak yg dah smpai ke puncak kena troll ngn ktorg berlima kengkonon khairin injured, padahal saja je. Tp Troll ni sangat menjadi, dan bagus sgt dak2 tu sbb volunteer nak tolong. Nampak dah semangat berpasukan dan bantu membantu tu :)
  • Line telefon ada je sepanjang trek. tp internet edge je lah. (aku pengguna celcom)
  • Thanks dak2 Ateam sebab jemput aku join event korang nie! :D
  • Tahniah pada pinat selaku pengarah program :)

P/S : It's almost november, and i really wish i could sing november rain song at the peak of Mt. Tok Nenek.

Friday, October 4, 2013

Merdeka-Raya di Bah Gading bersama OGKL

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Dah lama niat nak wat log bah gading ni sebenarnya, tapi masuk final year ni hampeh betul tak leh nak melagha sangat. ha ni dah dapat mc panjang ni, eloklah. leh la rehat rehat sket. haha

Log ni pun berdasarkan pengalaman aku je, tak exact sgt aku rasa sbb ikut pace aku sendiri. haha. nasib ah. tu pun byk gak yg aku ingat ingat lupa je. nasib ahhhhhh haha

Masa pengakhiran intern aku kat UTP ritu, uncle kata OGKL wt bah gading dan dia bawak. so ape lagi, angkat sauh ah follow. haha. Dengar pulak abg alen abg yo cite cambest je, le ah try kan.

Tarikh :  30 Ogos - 1 Okt 2013
Tempat : Bidor
Guider : Uncle Ayieen, Abg yo, Abg alen
Line up : Ramai ngat. klw yg dari utp, 6 org. Aku, Ajie, Catok, Bubull, Didi & Niga


Malam tu kami yang gerak dari utp ni gerak dalam pukul 1. cam bese, aku yg pesen clumsy ni haruslah campak je barang yg patut masuk beg. esok baru pack. haha. So bergeraklah kami 2 hilux, 1 pajero dan 1 kenari menuju ke Bidor. Aku nek kenari catok. haha

Sampai ke Kedai Mamak Kari Kepala Ikan Salim pukul 3 pagi. Yang nak tengok bola 2-3 kerat je, habis semua kena heret tgk skali haha. aku sambung je tido dalam kete. ngantok baq ang!

Pukul 6, baru sampai ke masjid Bidor. Solat, packing, tukar baju treking sume area pukul 7 stgh keluar dari Masjid dan cari kedai utk sarap dulu, sebelum layan powil utk ke Pos Gedong. Selesai semua, jam 9 pagi lebih kurang kami pun memulakan perjalanan untuk ke Pos Gedong. Ggliao!

Masa tu kami berenam naik pajero yang abang alen bawak. untung gak sebenarnya nek pajero, selesa de kusyen. hekhek. Jalan dia, ya Rabb. Memang memasing kepala berzikir ah. kiri karan kiri kanan. ahahaha . Bak kata abang alen, nak nyampaikan ke pos gedong tu, tiang letrik akan sampai num 300++. mak datuk jenuh.

POS GEDONG!

Selepas sejam layan powil, sampai la ke Pos Gedong. Packing2, panaskan badan, sesi kenal kenal barang seround dua, maka bermulalah perjalanan kami meredah hutan belantara demi menakluk Gunung Bah Gading :D

Bersama karrimor sabre bull. peh sumpah best beg ni!

Hekeleh

Untuk xpdc kali ni, aku duk depan ngn abg alen. lama tak lepak jalan skali ngn abg alen. Starting gunung ni cm yong yap. Jenuh aaa nak redah sume sungai sungai tu. Jenuh baq hang. Time ni, pakai la kasut jenama apa pun, yang paling unggul skali tetap kasut getah. yang len, sume licin. haha.
Tu belum lagi pacat dia. ahhh rimas. pacat hijau lak tu. mengada sampai ke leher aku dia nak mentekedarah darah aku. ahhh dasar pacat!


Aku jalan depan sampai last sungai nak lintas je. pastu uncle suruh jalan belakang atas sebab tertentu. Lol

Take fiveeeeeee!

Take five kat last water point. waktu ni kami memang habis belakang dah. Yg jalan skali waktu ni aku, ajie, uncle ayieen, catok, bull, abam jay ngn ajip. Tp abam jay n ajip penat gaknye ktorg jalan slow ngat, dorg lepak kat last water point lama gila baq ang sampai ktorg panggil x nyahut nyahut. uncle nye ayat, "dorang bukak campsite haram kot". haha

Pukul 7 malam sampailah kami ke kemsite orkid. abang alen n org2 depan sampai jam 5++. 8 jam gak ah treking isk. Sampai campsite ngam ngam hujan turun selebat lebat hujan. bergulung lah kami 10 org bwh satu fly kesejukan. Dapat pulak nescafe panas abg alen masak. peh paduuuu!

Malamnya dak2 OGKL bakar mercun bagai fuh meriah gila. haha. Da rupa malam raya. hiks.

Sejukkk tak nak bangunnnnn ngantukkkkk nak tido jekkkkkkkkkk!

Selamat pagi kem orkid! heh ajie wat lawak tgh malam kejut 2 kali p teman p toilet. dah lah ktorg tido tengah, jenuh nak langkah 5-6 pasang kaki yg panjang2 tu nk kluar. haha. pagi sumpah malas gila nak bangun. tak yah g puncak leh tak uncle? saya jaga kemsite je malas ni haaaaaa haha



Sebenarnya kem site di diberi nama kem orkid kerana sepatutnya tempat ni penuh orkid liar. tapi yang aku nampak cuma satu je orkid. sebab resam naik tinggi sangat. gunung org jarang masuk kan. apa boleh buat.

Muka uncle sumpah x leh blah. bhahahaha

Kami mula treking ke puncak dalam pukul 9 pagi. Memula uncle ajie catok jalan dulu. aku bull didi dan niga mula lambat. pastu ikutkan si bull niga laju gila treking , smpai juga ke uncle. pastu jalan lek lek je. "jalan dulu, jalan dulu". Haih licin betul gunung ni. bawah licin batu sungai. atas ni tanah licin gak. layannnn

Masa nak sampaikan ke puncak tipu aku mental. aku senyap sebab layan mental. dalam hati aku time ni, peh rasa malas dah nak sampaikan ke puncak. masa ni uncle kat belakang dah. pastu cekalkan hati sampai gak puncak tipu. masa ni paling best bull kena tipu dengan uncle. Bull dengan niga dah jauh ke depan. sampai puncak dah pun. bese le pesen shooter. pastu uncle ckp ngn bull guna walkie talkie

"Bull bawak turun wet tissue. Beyen nk membuang"

Yang lawaknya bull boleh percaya dan dengn setianya bawak turun wet tisue utk uncle. Bhahahahahaha baik gila. Dah la penat, pastu kena gelak lagi. hahahahahha nasib ah bull!

Sepatutnya dari kem orkid ke puncak 2-3 jam. tp kami 4 jam. ala bese la pelan pelan kayuhh. pukul 1 lebih kurang kami sampai. pehhh panas baq ang!

MERDEKAAAA

Geng geng OGKL bawak lemang kuih raya rendang tembikai n memacam lagi ke puncak. Open house bhai! haha oooh jgn lupa, mercun juga! haha



XPDC kali ni sangat unik sbb 3 bangsa semua ada. Betul2 satu malaysia gittuwww

At the beirut

1 Malaysia Ggliao!

Yaa yg paling kiri tu uncle wee. Uncle wee and kawan kawan dari V2 Kembara ni sangat best dan sporting. Dan rupanya kitorang pernah selisih dalam hutan masa aku otw bubu masa trans YYBTN Nov tahun lepas haha. Uncle wee amik gmbar ktorg sambil suruh ktorg ketawa sebab katanya senyum saja tak cukup utk org muda. Lalu kami pun ketawaaa ketawaaaa ketawaaaa betul2 ketawaa besar. haha gamat gamat




Such a great expression right? :D 

The whole crew. ketawaaa ketawaaaaa haha

Gambaq aku takde sbb aku le tukang amik gamba. haha

Didi bajet cute lettew

:')

Aku suka gila gamba ni. haha

Selesai bergambar semua, kami pun turun semua ke kem orkid. Jam 3 lebih kurang, semua mula bertolak dari kem orkid utk keluar ke pos gedong. Kami berlima, aku catok bull niga dan didi selamat keluar hutan jam 7.30 malam. Last men keluar jam 9 malam. Syukur Alhamdulillah semua selamat :D

Layan powil sejam. klua lagu best best pulak radio. Karok all the way. haha. Pukul 10 lebih sampai masjid semula. Kunci le pulak. Gedebak gedebuk pukul 11 gak la baru siap sume dan makan malam kat kedai tomyam dekat dengan masjid tu. laparrr.

Balik tu, aku kena drive hilux putih uncle. Mata da la rabak. serius rabak. Pukul 3 gak la selamat sampai bilik. Abang alen bagi beras bukit yang dia beli dari orang asli tu sebagai hadiah nk balik umah habis intern dah kengkononnya. haha. Thanks abg alen. sedap baq ang wt nasi lemak beras tu. haha

XPDC ni sumpah best gila. First time act aku join OGKL ni. best la. gegila. pastu dorg persoalkan nape aku panggil uncle ayieen, uncle? haha entah. sbb senior aku panggil dia uncle kot. so ktorg decide nnt umur dia dah cecah 5 series, nak panggil dia Pak Ayieen. cam pak kasim gituw. hahaha

Cerita balik cerita :

  • Gunung ni pada aku rare gak. seteghes pada licinnya. dari bawah sampai atas sume licin. bull bape kali tergolek. haha
  • Line telefon ada sikit kat puncak. thanks kat brader yg bg aku pnjm phone tu. lupa sapa nama dia hehe.
  • Dari puncak bah gading ni nampak puncak batu putih. Puncak yang amat bermakna buat aku. lol ayat.
  • Sebenarnya ada satu air terjun lawa gila diberi nama air terjun tigok dlm bah gading ni. tapi kami tak berkesempatan nak g sebab kekangan masa. ni yg kena repeat ni!
  • Org depan masa otw nk ke puncak dengar cite terserempak dengan sunbear. beruang la beruang. Nasib aku blkg. haha

P/S : Aaaaa patutnya skg ni kat kem permatang 7E tgh layan sejuk. uuuu kitten pox. Doakan saya cepat sembuh ye! :D

Nak sangat ke titiwangsa november ni :/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...