Para pengunjung

Sunday, November 25, 2012

XPDC Yong Yap Bubu & Tok Nenek

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Cuti midsem ari tu, aku join event SRM, xpdc menawan 3 puncak gunung seven eleven, iaitu Yong yap, bubu n tok nenek. Antara 3 ni, Gunung Yong yap tu gunung G7, iaitu antara 7 puncak tertinggi kat banjaran titiwangsa.

Penat, sangat penat. tapi sangat sangat amat seronok. sbb aku memang suka kot hiking ni. haha. ktorg gerak 9hb nov malam. then 10 hb petang tu, ari sabtu baru gerak ke cameron. Lepas solat jamak zuhur-asar kat masjid Kg Raja, then area pkul 6 tu gerak masuk Hutan Simpan Kekal Lojing dengan naik 4wd. Masa ni, aku rasa excited sbb nak brtemu hutan balik.

Dah la masuk hutan dengan bawak hati lara kan. hihi.

Malam tu ktorg dah tdo kat kaki gunung dah. Area pukul 9 la baru bentang fly ground semua. 

Esoknya, kami semua mulakan misi kami untuk menawan Gunung tok nenek. Tok nenek ni view dia lawa sangat. naik gunung tok nenek dulu sbb kalau naik gunung yong yap dulu, takut terlepas view canyik kat tok nenek tu. :)

Nak panjat tok nenek ni. pergh. Tuhan je yang tahu. mental kena kuat, hati kena tabah. memang membina kesabaran. haha

simpang tok nenek

otw ke puncak

ni mknn group acap. bukan group aku. group aku sedap lagi. haha

nak naik puncak tok nenek banyak main batu. masa ni la aku paling byk calar balar kat tangan sbb semangat sangat nak panjat batu. tak dilupakan juga, seluar aku yg koyak teruk sbb kena batu haha

abg alen. guider yg byk sabar layan kerenah aku haha
First seven yaw! including abg alen as photographer :)


kami bermalam kat puncak gunung bubu. sejuk dia tak leh nak cerita. sejuk sangat sangat aku tak lepas dari menggigil. Dasar anak jawa tak tahan sejuk haha. sepanjang malam aku tidur menggigil kot. huu







senior gunung :)

Dah tawan dua puncak, puncak terakhir ialah Gunung yong yap. haa yg ni tak leh wat main. terbaik trek dia, tough n kering. Dan masa ni aku lapar gila. aku mike n acap kat belakang masa ni, kongsi snickers makan sbb lapar. huu




Gunung Berhid.



Hiking ni pada aku, sangat membantu dalam nak menguatkan semangat, membina kesabaran n membina kesepakatan. Kalau nak kenal someone tu betul betul, g la hiking dgn dia. kenal la cara dia, setia ke tak, kuat ke tak, beragama ke tidak.

Dalam hutan, masa utk dekat dengan Tuhan. pada aku la. waktu tu kau memang berserah padaNya.Tawakal. dan brdoa banyak bnyak selamat dari apa apa malapetaka.

Kekuatan solat dan doa, amat amat aku rasa waktu ni

the three musketeer ;)

bertapa sebentar bersama chupa chup hehe

ngan abang yo :)
banyak jugak yg brlaku sebenarnya waktu xpdc ni. ada peserta yg injured sampai koyak tisu kaki, yg terseliuh tu tak yah cakap la. aku nye bahagian pulak kena sengat. baiknye port. kena kat bibir bawah. memang dah tak rupa org dah haha.

Tangan dah calar balar, kaki berparut sana sini, otot kaki tak elok lagi, bibir brparut sikit, tapi tu semua tak membataskan aku untuk rasa seronok sepanjang xpdc ni. Seronok sangat sangat. Terima kasih pada Abg alen abg yo mike acap n semua team sbb bersama sama menjayakan xpdc ni. :)

N aku tak kan lupakan pillow talk yg satu malam tu. haha . 

Gunung mengentalkan semangat, mengusir kekecewaan. Bagi aku. Percayalah. :)

P/S : Ayat yang bermain kat kepala aku waktu nak keluar hutan n masih ragu-ragu nak hadap dunia luar, "Yong yap yg tough ni kau dah brjaya harungi, tak kan hal hati perasaan macam tu kau nak kalah?". Renung renungkan. :)

Tuesday, November 6, 2012

Melancholy

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Its tuesday, beautiful tuesday. Too beautiful, some melancholy rhythm keep playing in my head.

A lot of things happen recently, part of my head keep saying,

" Give up. Give up. You should give up!"

While my heart, who never betrays me, ask me to keep moving. keep running. keep going.
.
.
.
.
.
.

Its beautiful, how you learn to keep standing, while your leg not able to.

Its beautiful, how you learn to keep smiling, while your lips not able to.

Its beautiful, how you learn to keep fighting, while you not able to.


Roses are red,
Violets are blue,
Sugar is sweet,
and so are you 

p/s : you know you are strong, one heartbroken not enough to let you down.

Wednesday, August 15, 2012

Tanah perkuburan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Petang tadi, mak aku request minta belikan popia goreng. So aku ronda satu pekan Bakri ni sume gerai tak jual dah kuih muih utk berbuka.

Mungkin semua sibuk kemas umah nak beraya

pusing punya pusing, rezeki mak aku ada gerai jual kuih. Gerai tu pulak lokasinya sebelah kubur. Maka sambil aku tunggu mak cik tu bungkus kuih aku beli, aku terbaca papan tanda kubur tu.

"Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6"

Membuat aku teringat kenangan seorang amira yang berusia 10 tahun, dan seorang Ahzani.

Ihsan Google

Kami kawan rapat. Ibunya dah meninggal dunia, waktu dia 8 tahun. Ayahnya kahwin lagi, dan memberi dia ramai adik tiri.

aku teringat satu perbualan dulu dengan dia. katanya,

Ibu aku dikebumi kat kubur bakri tu. masa tu, adik aku marah aku kenapa
biarkan ibu ditanam orang. adik aku menangis-nangis tanya aku, 
"kenapa biarkan ibu tidur dalam tanah?"

Ibu tirinya menepati ibu tiri cerita-cerita melayu lama.Garang, pilih kasih, etc etc. Sahabat aku sorang ni, pergi kelas bajunya kuning kusam, tak sebersih baju kami. 

Malah dia selalu tak makan tengah hari. Bila ditanya, katanya ibunya tak bagi makan. Tapi katanya, 

"aku lelaki, aku tak boleh menangis"

Macam-macam lagi ceritanya dgn ibu tirinya, yang aku rasa tak patut ditulis kat sini.

Anak semuda ini, sepatutnya dicurah sepenuh kasih sayang.


Kami terpisah selepas ke secondary school. aku ke girls school, dia ke sekolah harian.Dan terus terputus hubungan sampai sekarang. 

Tapi pada aku, aku tak lupa seorang ahzani yang berbaju kusam, kurus tapi punya senyum yg manis, berkata,

"terima kasih"

setiap kali aku hulur padanya pisang goreng waktu rehat. 

P/S: Kisah ni 10 tahun lepas. apa yg berlaku selepas tu, aku pun tak tahu. Family dia selalu pindah randah. Mungkin dia seorang anak yg kurang kasih sayang, tp pada aku, dia seorang sahabat yang baik.



Friday, June 29, 2012

Lupa

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Lupa. semenjak dua tiga menjak nie aku lupa bagaimana rasanya jadi pelajar cemerlang.

Learn the rules


  
Dulu kat mrsm, memang tak pernah merasa 4 Flat, tapi sekurang-kurangnya tak pernah satu sem pun bawah png bawah 3.50. 

Sekarang? 

Dean list tu sekali pun tak dapat lagi nak digapai

Tak. aku bukan merungut. cuma sekadar lupa. aku sedar hidup macam roda.

mungkin roda aku kat bawah sekarang

Quote's by Cecelia Ahern

 Tak thrill la hidup kalau asyik kat atas kan?

dan mungkin nikmat-Nya di tempat lain :)

P/S : sem lepas paling banyak dugaan. Tapi tak pe, ade lagi 4 sem kat utm. Bulan 9 ni aku dah tahun 3 dah. Dah senior. :)



Sunday, May 13, 2012

Rangga | Perempuan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Dari seorang Rangga, buat Cinta nya.

Perempuan Datang Atas Nama Cinta
Bonda Pergi Karena Cinta
Digenangi Air Racun Jingga Adalah Wajahmu
Seperti Bulan Lelap Tidur Di Hatimu
Yang Berdinding Kelam Dan Kedinginan..

Ada Apa Dengannya ?

Meninggalkan Hati Untuk Dicaci
Lalu Sekali Ini Aku Lihat Karya Surga
Dari Mata Seorang Hawa..

Ada Apa Dengan Cinta ?
Tapi Aku Pasti Akan Kembali Dalam Satu Purnama
Untuk Mempertanyakan Kembali Cintanya
Bukan Untuknya

 Bukan Untuk Siapa
Tapi Untukku...
Karena Aku Ingin Kamu


-Ada Apa Dengan Cinta-

P/S : Rentak hidup aku dah berubah 160 degree. almost totally change, yet still some remains.

Thursday, April 12, 2012

Be considerate. :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Some stories open the door for something more. And then there are fairytale endings where the girl gets her prince. And endings that turn you introspective about your own life and your place in the world. And then there's the ending that you saw coming a mile away, and yet somehow still takes you by surprise. 

-Gossip Girl , Season five- 


I wish, i can be a white rose, pure, beautiful in silent

I made a mistake. once. So i learn.

I've been teach that sacrifice are made, to make one's happy. yourself, and everybody else.

Dont be selfish. it wont make you happy.

Be considerate. :)

P/S: I love you :)

Wednesday, March 21, 2012

That night was epic! :D

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Malam kelmarin, meeting habis lambat. Sampai bilik hampir jam satu pagi. Maka aku mandi, kemas2 meja sikit.Then solat Isya'


Lepas solat, Bace surah Al-Mulk seround. Aku pernah terbaca kat mana tah, kalau baca Al-Mulk nie nanti, dipermudahkan sakaratul maut. Allahualam.

Then maybe aku penat sangat kot, aku terlelap atas sejadah. dengan masih bertelekung. sampai ke pagi. Nasib al-Quran tu sempat diletak atas meja.

Subhanallah! kalau ditakdirkan nyawa aku ditarik masa tu, indahnya. kan? huhu

P/S : Sem nie rasanya busy melampau. waktu tidur tunggang terbalik. makan pun sama. ish3

Tuesday, March 6, 2012

Depressed

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


I'm depressed. i'm sad. i'm totally out of mood. i'm giving up.

Pasrah.

Just may hope that there's no tears out, cause my tears are just too precious.

P/S: sometimes we have to look back to the past, and try to learn something there, so that we're not going to make the same mistakes, again and again.

Friday, February 17, 2012

This one for you, Lidya Azrina Haris :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

This one for you, Lidya :D

She lived like she knew nothing lasts
Didn't care to look like anyone else
And she was beautiful, so beautiful
I still hear her laugh like she's here

Shower it down on all the young

It isn't so wrong to have such fun

Forever angel, I hope they love you like we do

Forever angel, I'll be proud to be like you
Be like you

Does the sun shine up at you when you're looking down?

Do you get along with the others around?

It's got to be better than before

You don't need to worry now you're gone

And when I go to sleep at night
I'll thank you for each blessed thing surrounding me
For every fall I'll ever break
Each moment's breath I want to taste
Confidence and conscience, decadent extravagance
Never ending providence, for loving when I had the chance

Angel, I hope they love you like we do

Forever angel, I'll be proud to be like you
Forever angel, I'll be proud to be like you
Be like you
I'll be proud to be like you
 
 
For my precious Lidya,
Take care there!
Keep in touch. 
Have faith
Will miss you, twins! :D


Cik Lidya Azrina kita bakal berlepas ke Tasmania utk study sana 18hb, esok pkul 10 malam dan aku tidak dapat hantar beliau di KLIA. sobs. sobs.Aku doakan dari jauh je la ye lidya. Jaga diri lek lok. jgn lupa cite2 kat aku nanti! :D

P/S: Lidya nie, lahir sama hari dgn aku. 18 hb Ogos 1992. Jd kami byk prsamaan. Kembar la kununnye. hik2. sekarang dia nak g aussie. sedih. sobs. jaga diri lidya! *kesat-kesat mata*

Sunday, February 5, 2012

Memories

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Salam Maulidur Rasul


Peace be upon him, Ya Rasulullah

Ye aku sedar, nie first entry aku untuk tahun 2012 nie..

++++++++++++++

krik krik krik krik krik krik krik 

#bunyi cengkerik#

+++++++++++++++

Tadi balik kampung jap. setelkan itu ini sebelum pergi khamis nie. then sempat singgah rumah Wak yah, akak kepada mak aku. 

Agak lama jugak lah aku tak g rumah nie. last raya hari tu kot. Then aku saja-saja merayap naik bahagian atas rumah.Rasa cam kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Kat rumah nie dulu de banyak komik Gila-Gila. aku suka baca komik tu kat tepi tangga rumah nie. 


Part umah nie yang paling aku suka. Kalau zaman kecik-kecik dulu, nie la port best men kejar2. luas. :D

And kalau korang perasan kat gambar atas td, ade satu cermin besar kan? haa cermin tu dari aku kenit dulu dah ada dah. tapi makin lama makin seram pulak cermin nie aku rasa.
aku tak pasti dalam gambar nie either cermin nie yang seram or aku memang menyeramkan, tp yang penting gambar nie seram lah. haha

Aku rasa aku dah lost track of time. diam tak diam, ikin jiran aku tu dah tingkatan 3. aku ingat baru darjah 5. Adik aku tu dah tingkatan 4. aku ingat kecik lagi budak tu.

aku nie pun dah 20 tahun. rasa cam baru semalam aku melompat2 girang SPM da habis

Well, bese lah tu. makin lama makin tua. moga-moga makin cerdik. :D

# Aku orang jawa. sebab tu panggil mak cik pak cik as wak. kalau panggil Lek pun boleh. misalnya Lek Man ke, Lek Tuban ke. Lek nie mksudnya pakcik. Sebut lek dengan sebutan e untuk rilek. yo yo rilek ea. ha cam tu!

#Rumah kayu limas johor selalunya ade rumah bawah. dan rumah bawah tu rumah batu. orang2 selalu hidup kat rumah batu tu je. umah kayu yang atas tu tak guna sangat.

P/S: Cuti ade lagi lebih kurang 2 minggu. Tinggal 2 minggu. Tinggal. saya ulang lagi TINGGAL. -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...