Para pengunjung

Sunday, February 5, 2012

Memories

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Salam Maulidur Rasul


Peace be upon him, Ya Rasulullah

Ye aku sedar, nie first entry aku untuk tahun 2012 nie..

++++++++++++++

krik krik krik krik krik krik krik 

#bunyi cengkerik#

+++++++++++++++

Tadi balik kampung jap. setelkan itu ini sebelum pergi khamis nie. then sempat singgah rumah Wak yah, akak kepada mak aku. 

Agak lama jugak lah aku tak g rumah nie. last raya hari tu kot. Then aku saja-saja merayap naik bahagian atas rumah.Rasa cam kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Kat rumah nie dulu de banyak komik Gila-Gila. aku suka baca komik tu kat tepi tangga rumah nie. 


Part umah nie yang paling aku suka. Kalau zaman kecik-kecik dulu, nie la port best men kejar2. luas. :D

And kalau korang perasan kat gambar atas td, ade satu cermin besar kan? haa cermin tu dari aku kenit dulu dah ada dah. tapi makin lama makin seram pulak cermin nie aku rasa.
aku tak pasti dalam gambar nie either cermin nie yang seram or aku memang menyeramkan, tp yang penting gambar nie seram lah. haha

Aku rasa aku dah lost track of time. diam tak diam, ikin jiran aku tu dah tingkatan 3. aku ingat baru darjah 5. Adik aku tu dah tingkatan 4. aku ingat kecik lagi budak tu.

aku nie pun dah 20 tahun. rasa cam baru semalam aku melompat2 girang SPM da habis

Well, bese lah tu. makin lama makin tua. moga-moga makin cerdik. :D

# Aku orang jawa. sebab tu panggil mak cik pak cik as wak. kalau panggil Lek pun boleh. misalnya Lek Man ke, Lek Tuban ke. Lek nie mksudnya pakcik. Sebut lek dengan sebutan e untuk rilek. yo yo rilek ea. ha cam tu!

#Rumah kayu limas johor selalunya ade rumah bawah. dan rumah bawah tu rumah batu. orang2 selalu hidup kat rumah batu tu je. umah kayu yang atas tu tak guna sangat.

P/S: Cuti ade lagi lebih kurang 2 minggu. Tinggal 2 minggu. Tinggal. saya ulang lagi TINGGAL. -.-

3 comments:

emy|farid said...

cantik rumah ni....... msti sejuk time malam...

and cermin tu memang menyeramkan..

hafizudin said...

dulu gua kalau lari-lari kat rumah belah atas gini.
tak kena gaya.
mesti kena maki.

Atiah Zainal said...

rumah kayu best. Sejuk je. Teringat dekat kg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...