Para pengunjung

Thursday, September 22, 2011

Kelas Discrete Maths | Proof by Contradiction! :D

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..

Di petang khamis yang berbahagia nie, aku nye tutorial class utk subjek modelling maths telah dibatalkan. Yang bermakna, aku tak de kelas langsung di petang khamis nie. SO dapatlah aku mengimarahkan bilik aku nie. hoho jgn jeles! :D

Mathematical structures!

Cite nie berlaku tengahari tadi, mase kelas discrete maths pukul 12 - 1 ptg. masa yang memang sume orang dah tersengguk-sengguk dan perut masing-masing da tukar tempo dari dondang sayang ke hard rock. LOL :D

Kelas discrete maths nie banyak wat proving maths formula. Then tadi mase kelas lagi 5 min nak abis, lect aku keluarkan soalan baru :

Give a proof by contradiction for the following statements:

"There is no integer that is both even and odd"



Tu dia. then kami pun try la nak prove statement tu. Kedudukan meja kami mase tu macam nie:


Then ida tanye aku , 

Eh mike, betul tak prove cm nie?

Maka kami pun sok sek sok sek brbincang. Then mase aku ngah pikir tu, ida terpandang lect, Dr Normah. Terus Dr Normah keluarkan ayat veto :

Haa Kamu yang dok tengah-tengah tu, sila provekan kat depan!

Ida dah menggelabah puyuh. Sambil la dia sibuk mengeluarkan alasan utk tak nak buat kat depan tu, Dr Normah pun berjalan dgn penuh anggun ke arah kitaorg. Ida pulak sibuk berkata2:

Saya tak pasti la Dr, Tak sedia, Tak yakin,

Serta "Tak" yang lain, Dr Normah pun berjalan melepasi kami sambil berkata,

Haa sape name kamu? sila buat di depan. boleh?

Kate Dr Normah kepada Jolyn! Diulang, kepada Jolyn! Serentak, aku, ida, fara, farah, asnor, shida dan Farah gelak besar! Sampai tak keluar suara aku gelakkan ida! hahahahaha yang ida da sibuk keluarkan ayat mengugut,

Gelak la gelak la nanti kau mike!

Haha memang la aku gelak besar. lawak gila kot. :D

Tapi yang paling tak leh blah skali, pas tu Asnor tanye,sbb pelik tgk cara ktorang gelak,

korang gelak pasal ape?

EH?? bukan Asnor pun gelak sebab ida wat lawak ke? aku pun confius. Rupe-rupenye,

Shida pun perasan gak macam Ida! hehe

Maka sambil jolyn buat proving tu kat depan, kami berenam pun gelak la tertahan-tahan, takut kene marah. hehe

Then abis kelas, shahrill pulak tanye aku, 

Eh mike kau perasan Dr Normah tanye kau eh tadi?

Teruslah aku sambung gelak. haha hilang terus sakit kepala aku gelak sakan tadi. :D

P/S: Kejap lagi ida dgn shida bace, memang lah kene cubit. haha :D

btw, some of my buddy adress me as mike :)


Saturday, September 17, 2011

A moment to remember :)

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani..

Amaran!
Ini entri geli-geli. Tak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur,
juga oleh Keroro, Uzairsuhud, Farah izzati kerana dikhuatiri akan muntah hijau. keh3


Lokasi : Jusco taman u, mase nak turun escalator.

Situasi : Kedai kasut belah kiri, kedai handphone belah kanan.

Aku tengok kiri, dia tengok kanan. serentak kami berkata,

Mahalnye!

Mahal aku merujuk kepada harga kasut, mahal dia merujuk pada harga handphone. :)

Terasa sweet je leh kata serentak, walaupun merujuk pada dua perkara yang berbeza. Kegemaran kami mungkin berbeza, namun masih ada perkara lain yang sama.

Hehe, Selamat Hari Malaysia! :D

P/S : Ade 4 hari lagi nak lengkapkan puasa enam.huhu :)

Monday, September 12, 2011

UTM | First Day of Third Sem :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari nie, hari pertama bagi sem ketiga aku kat utm nie. 3 tahun lagi disini. InsyaAllah :)

Reunited balik dengan budak2 forecast kdse yang dah macam family sendiri kat sini, selepas hampir 5 bulan tak berjumpa, memang macam2 cerita lah.

Perempuan. Bergosip tu biasalah kan? ;)

Dinner, Restoran Pinang kat Taman U :)
Dah lah kami semua kena duduk bilik single sem nie, sebab semua bilik kat KDSE kolej 13 nie telah ditukar jd bilik single . Memang agak seram lah nak tido malam-malam tu. kesianlah kat orang tu kena call kan. :)

Bilik single KDSE. Sumpah luas gilerrr! :D



Sekarang aku dah bergelar pelajar tahun 2 fakulti sains. Terasa lawak pulak tengok dak2 first year kat fakulti tadi. 

Bak kata Dayad,

Nak carik yg first year senang je, seluar slack tali kad matrik kuning! LOL

Pas tu tergerak plak dalam hati aku mase gelak-gelak tu,

Agaknya senior aku dulu kutuk mcm mane pulak kan -.-

Ala, junior first year nie same umur k. kami 19 tahun! ngehehehe :D

Subjek2 yang aku amik sem nie, dengar nama pun dah agak seram..

Discrete Mathematics
Vector Calculus
Mathematical Statistics
Permodelan Matematik
Numerical Methods
Institusi-institusi Islam (subjek universiti)

Total sume 17 jam kredit. memang terbaik dari ladang. Kalau-kalau ade mane2 senior yg terbaca entry nie, boleh2 la pas nota ye. hehe ape kata Sis Acha, Abg Azrin, Bro khud? :)

Azam baru, semangat baru, kawan baru, bilik baru, segalanya serba baru.

Moga Dipermudahkan-Nya

Amin 

:)

P/S : Suke gambar nie------->


Sebab satu : suka orangnya :)
Sebab dua : aku yang snap. sumpah aku noob gile pasal camera. huhu

Sunday, September 4, 2011

Long journey | Senyumlah setiap kali :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari nie dah hari raya yg ke-6, masih belum terlambat kot nak cakap,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Ye la, aku nie kadang-kadang kalau wat silap tu tak perasan, so maafkan aku ye. klw rase nk aku mintak maaf secara personal, bolehlah pm aku or emel aku, nanti aku mintak maaf k. well, maaf aku tak lah mahal mane :)

Setelah sekian lama aku biarkan blog nie bersawang dan biarkan tikus-tikus riang berkejar-kejaran bersama lipas-lipas *LOL bahasa aku -.-*, akhirnya aku rasa nak menaip pagi nie. hehe

++++..Iklan kejap..++++

Kalau blogwalking, lawatlah blog-blog mereka nie, Uzair, Kero, Syaimzhebats, Farah..
*blogger best, segan dgn mereka. hehe*

Blog yang amat menarik bagi aku:
They're great :)

++++..Abis Iklan..++++

Its sunday, dan masih dalam bulan syawal. yang masih belum bangun macam syaimzhebat tuu, bawak bawaklah bangun! segan dekat ayam tu dah puas berkokok smpai serak-serak suara dy, tak nak bangun jugak -.-

Habiskan masa anda bersama keluarga tersayang! :D

Mulakan hari dengan senyuman. Walaupun cuti raya dah abis, dah nak masuk u balik, atau  tak dapat duit raya tahun nie *aku dapat banyak, LOL* senyum itu perlu! Teruskan tersenyum, kerana mungkin tanpa kamu ketahui, senyuman kamu itu menjadi inspirasi bagi seseorang. sape tau? :)

..Smile is the best Make-up a girl could wear..

So keep smiling! :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++




Harus cari pasal bersungguh-sungguh dgn budak nie hari nie, sebab dia nak balik
sekolah dah. Nanti rindu. huhu

P/S : Cuti dah habis bro-Malik. -.-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...