Para pengunjung

Tuesday, June 11, 2013

XPDC Kinabalu, A journey to Everest 2014.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Dah lama aku peram log ni. haha. Jadi byk gak yg aku dah terlupa, so kira halal la eh. Dan semua penceritaan adalah berdasarkan pengalaman aku semata. ^^

Cuti midsem ritu, aku join Team Everest UTM nye trening ke kinabalu ni, memula aku nak p CUS sebenarnya time nie, tp tetiba murah rezeki ke kinabalu pulak, Alhmdulillah. XPDC ni gak bolehlah dikata satu xpdc yg mana akhirnya membawa kpd satu keputusan besar dlm hidup aku. jeng jeng jeng.

Ni sebenarnya trening bg team everest, utk handle sejuk n altitude.

Tarikh : 5-11 April 2013
Line Up : En Sabri & Dr Firdausi sbgai pengiring,
 manakala climber pula abg Azim, Kak Anis, Syafiq, Asma, Sabri, Akuu
Guider : Tai seng & Julius

Let the journey begin!
Flight ke kota kinabalu jam 6.30 pagi. Kami sampai ke LCCT tu dalam area 2.30 pagi. setelkan pasal beg sume, lepas solat subuh terus boarding. Sabah here i come :3

Lepak lepak sblm nek flight. :D

Selamat pagi sabah! selamat sampai ke Kota Kinabalu International Airport area pukul 8.30 pagi. Setelah settle pasal beg sume, so ktorg naik van untuk ke bandar KK and singgah ke shopping cmplex city central klw x silap aku, utk beli mana2 brg yg msh x lgkap dan juga utk amankan perut yang bergendang kelaparan.Boleh pulak time ni aku jmpa lect partial diff equation aku, Prof Md Nor. Sembang pasal test 2 pulak tu.Sampai ke sabah partial differential equation mengejar aku. isk isk. haha

Pukul 12 tgh hari, kami bergerak ke kundasang guna van gak. 2 jam gak la dari KK nk ke kundasang ni. Untuk hari ni kami akan stay kat homestay dulu. Ptg tu En sabri, Dr firdausi, Asma n Syafiq sempat p jenjalan ke kundasang n beli buah tampoi. haha kenmain g Dr cite pasal buah tampoi ni. aku pun x pernah jumpa buah tampoi ni seumur hidup aku. walaupun utm tu dekat je dgn tampoi. haha

Malamnya tu selepas wt meeting briefing ringkas mengenai perjalanan esok hari, then sambil sambil memasing repack bag sume sambil dgr manifesto Barisan Nasional kat TV3. Then masing masing tido awal sbb esok nak bangun awal. Dah la sabah ni siang awal sejam dari kita kan. pukul 4 lebih dah masuk subuh. ngeh ngeh.


 7 April 2013 : Mesilau

Selamat pagi kundasang! amboi segarnya udara. sedapnya katil kat homestay ni rasa x nak bangun dah. haha. pukul 4 pagi memasing dah bangun, gilir2 mandi n solat. Then breakfast. misi pagi ni ialah memulakan treking ke kinabalu, ikut trail mesilau.

Kundasang :D

 Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri 
naik kinabalu hati saya rindu

Seawal jam 7 pagi kami dah checkout homestay. naik van lagi utk ke mesilau. Singgah dulu pekan kundasang untuk amik guider kami iaitu Mr Tai Seng n Mr Julius. Sempat la pekene teh tarik barang secawan dua. Then sempat lah aku ke pasar kundasang yang memang banyaaaaaaaak gila sayur segar2, buah buahan yg sedap sedap dan bungaaaaaaaaaaaaaaaa! heh boleh gila aku tgk bunga2 kat sini. Ingat g aku suka sgt ada satu pokok bunga lily tu, cantik gila. tp harganya seratus lebih. heee x pe lah mak cik.....

Kemudian kami pun teruskan prjalanan ke mesilau. sepanjang perjalanan tu kami disajikan dgn pemandangan yg sangat menyegarkan mata dan suara zamani. haha. radio tu pasang lagu2 zamani. tu je aku nk ckp. haha

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu 
tengok dari jauh hati saya rindu

Pukul 9 pagi lbh kurang, selepas setel timbang berat beg sume2, kami pun mulakan treking. Berat beg aku kali ni 13 kg. dlm beg tu baju semata je.sbb ration n brg2 climb sume porter bwk.  ni first time sbnrnye aku timbang beg sblm treking. jd cm aku trtanya tanya gak la agak2 bape la berat beg aku bwk slame ni kan. hee 

Baru 0.5 km. masih ceria.hehe
Trek mesilau ni panjang sebenarnya. lebih 4 km dari trek timpohon. tapi pemandangan lagi cantik. sepanjang panjang perjalanan ni duk kira ke papan km tu. haha. sbb gunung len yg x under taman negara mana ada papan km tu. jakun la sikit aku. haha. mcm bese nyanyi2 la bagai nk elak mental. tp stgh prjalanan tetiba hujan lak. sejukk burrrrrrr

Cacing gunung.

 Aku sememangnya geli dgn cacing. masa ni aku treking dgn asma. ngaa geli nya jumpa cacing ni. da la besar gila da mcm anak ular. tgk gamba ni pun nak kembang dah tekak aku. ngaa.

Kami berhenti solat n take 5 di pondok sblm laban rata. lupa nama pondok tu. kat sini dah mula pakai fleech sbb dah mula sejuk gila. n da stand head lamp sbb dah nak senja.

Senja di laban rata


Otw tu laban rata

 Masa dah nk sampai laban rata tu, view lawa sangatttt. ada bunga2 yg mmg lawa gile. tp syg aku tak snap gmba sbb klw dlm gamba x lawa sgt. nk tgk lawa tak lawa jom p kinabalu lagi. hehe. Sampai laban rata, makan, kemas2 barang, amik bacaan nadi memasing pastu tido lah. penat dah sehari treking. Sejuk jgn ckp ah. nak kencing pun duk termenung tgk air. haha.

Ada sorg perempuan cina dari singapore yg hypo time ni. kesian aku tengok. teringat masa aku hypo dulu. :(

8 April 2013 : Sayat-sayat

Selamat pagi Laban rata! hari ni misi ke sayat sayat n bina kondo. Pukul 7 pagi gerak dari sayat sayat gerak ke sayat sayat. suhu pagi tu bila tgk kat thermometer besar kat laban rata tu, 4 darjah celcius.

Sabri brsama akar kayu bentuk ular

Abg azim di gunting lagadan.
Masa kat gunting lagadan ni kenmain berebut p toilet sbb toilet sini ada heater. aman sikit nak membuang. hihihi.

Masa sampai ke satu cerun nak naik ke sayat-sayat tu, jem kejap sbb pendaki2 yg ke puncak sume dah mula turun. kami je yg nak naik masa tu, jadi kami bagi la laluan dulu kat dorang. So boleh la nak amik gamba sikit2. haha. sikit keeeee

Bersama Asma. dan sabri yg mnyibuk. haha
Laluan nk ke sayat sayat tu sumpah gayat. n kena super berhati hati la. jgn ambil sambil lewa je arahan taman negara utk suruh pegang kat tali tu. view mmg lawa la kat sini gayat gayat pun. tapi x dpt amik gamba sbb phone jauhhh dalam beg. hehe.

Sampai ke sayat sayat, bentang kondo. Kondo dpt diri je, terus hujan. so trperangkap la dlm kondo smbil men Uno. hoho. sejukkkk

Khemah atas awan. hikhik

Kat sini dah nampak dah view puncak. nampak dah donkey ears sume tu. nmpak cam dekat. nampak la kan. haha. view mmg lawa, tp sayang kabus datang tutup. huu.

Tudia kak anis masak dgn bergayaaaaa! haha

 Sepanjang hari layan sejuk. Brrrrrr

9 April 2013 : Oyayubi Iwu's Peak, Low's Peak, South's Peak

Tidur yg lena sbb sejuk, ke tak lena? haha yang penting sejuk la. Bangun seawal 3 pagi. 3 pagi kat sabah sama la macam 4 pagi kat semenanjung. Brrrrrr. siap2 utk treking, ada yg siap2 pakai harness terus, masa ni byk brg2 dah tinggal kat khemah. yang dibawa alat2 utk climb, dan juga kudap kudapan n air. karang lapar cemana ye dok.Baju masa ni dah 5 lapis dah. hahaha

Trek nak naik ni memang canak la. Nampak cam dah dekat tp jauh g. haha. Berenti sat solat subuh. Amboi sejuknya air. suhu dah drop bape dah waktu tu. isk.

Bersama sabri berlatar belakang kan south's peak

South peak ni ada dlm duit singgit lama. tp masa ni sume org x de duit singit lama tu. sedih aku. haha

Kami terus menuju ke Oyayubi Iwu's Peak. Luasnya puncak kinabalu ni, saujana mata memandang. Takjub aku dgn kebesaran Nya. Allahuakbar! dan aku yang first timer ni rasa cam, syukur alhamdulillah pada usia 20 tahun dah jejak kinabalu. tak pernah sangka sebenarnya. :D

Oyayubi Iwu peak ni bermaksud ibu jari dalam bahasa jepun. sebab puncak Oyayubi ni macam ibu jari. Dalam treking  nak ke sana ni lalu gurkha hut. Aku rasa cam takjub sangat dengan satu jnis bunga yg bertaburan kat puncak kinabalu ni, warna merah. lawa gila. cemana la dia boleh tahan sejuk, aku pun da pakai baju 5 lapis. isk.

Syafiq buat cerita seram masa ni sbb dia kata dia nampak aku kat depan dia, rupanya aku kat belakang dia. dah la malam sblm tu dorg cite cite seram. adeh. seram aku. 

Maka kami pun mula la climb ke puncak oyayubi. mkn sneakers lu, lapar ni. haha

Oyayubi Iwu's Peak

 Lepas climb oyayubi, terdapat sedikit prbincangan. Dalam xpdc kali ni, cuma aku n asma je yg first time sampai kinabalu ni. Jadi kami teringin la gak nk p low's peak kan. Low's peak ni puncak tertinggi kinabalu. Yg lain dah p. Makanya masa ni aku dan asma ditemani Tai seng naik ke Low's peak. malangnya kamera aku bateri out masa ni dan lupa nk pnjm kamera dak2 ni. Jadi x de gamba. Aku cam

" Gilaaaaaa apaaaaaa naik puncak tertinggi malaysia pastu x amik gamba. mana bolehhhhhh!" 

 Tp nak wat cemana. Redha je la. kt sini aku n asma habiskan terus air kemenangan yg aku dok angkut dari bawah tu iaitu twister! hehehe

Selepas tu, ahli xpdc yg len dah menuju ke South's peak sementara kami ke Low's peak tu. Jadi pastu aku n asma pun menuju ke South's peak pulak utk climb. Tai seng bwk ikut short cut, 15 mnt je dari Low's peak nk ke South's peak dibuatnya. Berjoging kot. adehhh.

Masa kat South's peak ni elok2 sampai atas je, kabus pun naik. so gamba dalam kabus la. hihihi

Berempat je sbb sabri dah AMS masa ni. hukhuk

Kemudian turun ke sayat sayat yg memang tersayat la sejuknya. dan dlm prjalanan tu dah mula nampak nk hujan. jarak penglihatan dgn org depan pun sgt terhad sbb kabus. Jadi berpandukan tali semata. Masa turun ni laju gila memasing sbb nk hujan.

Hujan. Jd khemah diantara Air terjun.

 Suka sangat air terjun kan? ha berkhemah lah kat air terjun! hahahaha

Masa ni nak solat tu, mcm berperang. nak amik air semayang duk termenung punya lah lama. solat dalam hujan. pehhh rasa cm berjihad pun ada. Jihad lawan sejuk demi menunaikan tanggungjawab terhadap Nya.

10 April 2013 : Low's Peak, Ugly Sister Peak.

Hari ni gerak lambat siki dari semalam. Lepas subuh baru gerak. hihi

Misi ari ni ialah climb smpai lebam kat puncak ugly sister. maksud aku sampai lebam ialah bila sampai turun balik, dan naik balik, dan turun balik. sampai lebam. hihi.Ugly sister ni dibagi nama sedemikian sbb kt puncak tu boleh nmpak mcm muka perempuan yg agak kurang cantik. mgkin ada kisah disebaliknya, lupa nk korek.

Masa ni aku ngn julius kat depan. Sbb nk control mental so aku jalan depan. Sempat borak2 dgn pelbagai pendaki dari pelbagai negara. Borak2 dgn julius. Dia kata dulu first time dia naik kinabalu masa umur dia 20 tahun. Dalam hati aku, " eh sama lah kita. boleh lah saya jd guider jugak nanti? hihihi" 

Masa ni ada mende lawak jadi bila ada sorg guider yg nak turun bertembung dgn aku n julius yg nak naik, pastu terus salam aku dgn muka yng berseri seri sambil berkata

"wahhh team everest. sgt femes, banyak masuk tv.sangat kuat! All the best! all the best!"

 katanya sambil genggam tangan aku kuat kuat. aku ckp terima kasih dan senyum, pdahal dalam hati aku dah gelak, "saya baru je masuk team la uncle. tak pernah g masuk tv. hihihi"

Kali ni byk sikit amik gamba. sbb semalam x byk amik gmba so ari ni balas dendam. haha

Syafiq

Sabri dan lakonannya. haha

Berlatar belakangkan St John yg keemasan :D

South's Peak

 Kemudian sabri n syafiq ke Low's peak, yg lain terus g setup brg2 climb kat Ugly Sister. Aku yg semalam x puas hati sebab x dapat amik gamba kat Low's peak haruslah naik lagi. Seksa tak seksa belakang cite. hihihi.

 Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu
 tengok dari jauh hati saya rinduu

2nd time being at Low's Peak at the age of 20. Alhamdulillah :D
Sebenarnya sejuk. aku saja je bukak segala fleech down jacket sume sbb nak amik gambar dengan baju SRM tu. Semangat rakan muda yg tebal. :D

With sabri & Syafiq

 Hamik gamba memang best, pusing belakang tu mengucap habis. amboi ni kalau jatuh cemana ni. gayatnyaaaa...

Selesai itu ini, kami ke Ugly sister, join dak2 ni yg len climb. sampai2 pakai harness bagai terus climb. diumpan dgn roti di puncak. hihi. Puncak Ugly sister ni cantik dan panjanggggg.

Ugly Sister's Peak

YEAHHHHHHH!

 Kat ugly sister ni je yg aku dapat amik gambar sorg n berdiri cam ni, sbb yg puncak2 len tak cukup ruang n kurang selamat utk berbuat demikian. hihi. Dann lihat muka aku dah bengkak waktu ni. sebab AMS jugak la lebih kurang. aku tak betul2 acclimatise.Waktu turun ni kabus dah mula naik. jarak penglihatan sangatlah terhad.

Kabusss

Kemudian kami turun ke sayat sayat, pack barang dan terus ke laban rata. Finally makan nasi! yeayyyy! hehe. sampai laban rata, makan tgh hari kemudian main uno sampai lebam. nak mandi tp still x sanggup, so main main je la smpai petang. haha

Petang di Laban Rata

Senja di Laban Rata. SubhanAllah.


11 April 2013 : Balik!

Selamat pagi! Hari ni treking balik. Via Timpohon. syukurlah. Kalau lalu Mesilau lambatlah sampai. isk isk

Do keep in mind.

Perjalanan keluar ni lebih laju, biasalah nak balik dah kan. Lalu timpohon pulak tu, lagi laju memasing. Jumpa tupai tupai gunung yg comel2, yang asma paggil adik. haha. comel je. Dan jumpa juga banyak air terjun yang lawa lawa tapi x sanggup nak terjun. :D

Air terjunnnn!

Pukul 12 lebih kurang, semua selamat sampai di gate timpohon. ada yg sempat tukar baju, yg busuk mcm aku malas nk tukar. biarlah busuk. nanti mandi terus je. haha

XPDC Berjaya :) abg azim yg amik gamba ni jd dia x de dlm gamba. hihi

Setel sume mende dgn Kinabalu park, area pukul 2 lebih mula gerak ke bandar KK semula. Mandi mandi dan tukar baju bersih, solat semua di youth hostel, kemudia perut yg dah buat konsert rock ni mestilah dilayan kan? maka kami ke medan selera di blkg pasar filipina. Best wooooooo! tp x de gmba. sory :(

Pastu shoping2 sket kat pasar filipina, pehhhhhh mutiara sumpah lawa. Bersinar mata aku, tp sayangnya wallet nipis jd x dpt nk bersinar sangatlah. hahaha. pastu packing2 baling dan pkul 9 gerak semula ke airport naik van. Flight pukul 11 malam.

Ada delay, jadi pkul 12 lebih kurang baru nek flight. Pukul 2 lebih sampai LCCT. Alhamdulillah. Misi berjaya. :D

Cerita belakang cerita :
  • AMS  (Acute mountain sickness) atau mabuk gunung sbnrnya bahaya. Baru2 ni pun kita dikejutkan dengan seorang pendaki yg meninggal dunia disebabkan ams. jadi jgn ambil ringan tntg ams.
  • Ada satu malam yg aku sakit kepala. aku expect migrain. tp aku tahan diri dari makan ponstan. tp abg azim kata tu sbnrnya ams. aku tak betul2 acclimatise. Antara cara terbaik utk acclimatise ialah kena minum air byk2 n buang air kecil sekerap mungkin. tp aku malas nk buang air sbb sejuk sangat, tu yg muka smpai bengkak bengkak tu. tobat x nak buat dah lagi malas malas ni. isk
  • Kinabalu sgt byk air. In fact, kat puncak pun masih ada air. tapiii sangat sejuk. mmg x kuasa la nak mandi. klw sblm ni naik gunung pantang jumpa air msti nk tiruk, kat sni sgt berbeza. beku
  • Org jawa mcm aku mmg x tahan sejuk. haha. tp mengada je lebih sebenarnya aku rasa. dgn pakai proper attire insyaAllah tahan. :D
  • Line telefon kat kinabalu memang superb!  3G gitu. cuma bateri phone la kena save. hihi

Akhir kata, berbanyak banyak terima kasih buat semua ahli xpdc, Dr Firdausi, En sabri dan tak lupa juga pada guider2 Uncle Taiseng dan Uncle Julius atas segala tunjuk ajar.Terutama dalam ilmu tali in advance. Terima kasih buat abg azim sbb byk ajar ilmu baru berkaitan tali. Juga pada syafiq sbb sudi jd buddy. Juga buat tok guru Uncle ayieen sbb byk bg semangat. terima kasih banyak banyak. :D

P/S : 

 Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu
 tengok dari jauh hati saya rinduuu…

)

Friday, June 7, 2013

Liang 2.0 : Pacat version

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

XPDC ke liang kali ni merupakan revisit programme bg Sekretariat Rakan Muda UTMJB, sbb dah pernah g liang ni tahun 2011. Liang ni gak merupakan gunung pertama aku secara rasmi dalam arena prgunungan ni, sbb ni gunung pertama yg aku betul2 blaja hiking n camping dari segi pakaian, makanan, packing2 n segalanyaaaa. sblum tu aku naik gunung daypack jeww. hehe

Xpdc Liang 2011. Dalam gmba ni skg ada yg dah kwin n de anak dah pun, ada yg dah tunang. hehe

Masa Liang ni gak aku injured gilabeng masa turun. sebab gunung first kann. manja gila la. aku turun smbil menangis kott. haha nasib la ade abg yo, along, abg alen dll yg rajin nak layan aku time ni. Bila fikir fikir balik, rasa cam mengada nyewwwww injured pn nak nangis2. haha

2011. lihat kuku ku. smpai skg x nak tumbuh. haha
Cukup dah kot flasback. Ok XPDC Liang kali ni merupakan event adhoc SRM, yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku n ramdan, sebagai memenuhi permintaan adik2 junior srm yg nak merasa keindahan bergunung. hamek kau ayat aku. haha

Tempat : Kg Sg Dara, Tg Malim Perak
Tarikh : 10-12 Mei 2013
Guider : Uncle Ayieen & Abg Leng
Line Up : Ramdan, Nizam, Abg Syakur, Abg Ady, Acap,Zairye, Faiz,
 Hakim, Ikmal, Nazrin, Ujang, Ayam, Teddy, Pia, Nad, Huda, Fasha, Nina, Amal, Aku

Kami gerak dari UTM jam 10 malam. Sampai kat Kg Sg Dara tu area pkul 4.30 pagi. Then uncle angkut ktorg naik powil sampai ke empangan. Dedulu kena jalan kaki, hmpir sejam gak la membetis bru sampai ke empangan tu. skg nek powil, dalm 15 min sampai dah. Sampai kat empangan, setelah berbincang dgn ramdan n uncle, maka setuju untuk terus shoot ke lubuk hantu. karang senang, boleh lepak mandi manda kat sana lama sikit. ye dok?

Siap-siap tukar baju treking, repack, panaskn badan n bacaan doa, maka kami pun mula la treking jam 5.30 pagi. nak ke lubuk hantu dari empangan ni ambil masa 2 jam. klw laju sejam, sejam setengah leh sampai dah. Alkisah, aku senang hati gila masuk liang ni dgn tight yg half je, sbb aku yakin gila x de pacat. kepala dia banyaaaaaaaaak gila pacat time tu! maybe sbb ktorg masuk awal pagi, lepas hujan n kwsn tu lembah pulak. hamikkkkkkk!

Pacat! 
Aku suka sweep time treking, tp oleh sebab aku menyampah tgk pacat byk gila so aku menonong je laju kt depan. haha. aku x de la geli dgn pacat ni, stakat 3-4 ekor nak hisap darah aku ok g. Ni sampai 3 ekor berbelit belit hisap darah kt lubang yg sama geli la aku! ngaaa ngeri betul pacat ni. da la brtambah parut2 aku. cis!

Last take 5. 20 min kemudian smpai lubuk hantu!
Sebelum sampai ke lubuk hantu ni akan lalu 3 sungai. sungai last tu ktorg brenti semayang subuh. Fuh semayang subuh dgn nmpak pacat melentik lentik kt hujung ground. kepala diaaaaaa!

Jam 7.30, smpai la kat lubuk hantu. Yes! masa ni la bru nk check kaki kan, hamik kau pacat melambak. redha je la. tu belum kt part part yg errr agak sulit nk diceritakan. haha. lepas breakfast, lepak lepak golek golek membuang terjun tiruk dan apaper lagi la, area pkul 10 lebih tu gerak dah. target seterusnya ialah Kem 7E. Area 4 jam gak ah nak sampai 7E ni.

Oleh sebab aku da rasa secure dari pacat2 durjana itu semua, maka treking duk blkg la. Cm bese nyanyi2, lawak kentut bodo2, take 5 sikit2 maka x la rasa penat sangat, padahal trek leh tahan canak gak. Aku klw dlm hutan ni aku bising sket, suka nk tye uncle, " Apa nama pokok ni?" "cam ne nak tau umur dia?" "Buah ni leh makan tak?" "Ehhh ni akar yang ada air tu kan?" dan macam macam lagi. Jakun. bese la. haha

Melalui walkie talkie, dak dak depan yg diketuai abg ady n abg syakur dah sampai kem 7E pkul 3 lebih. Kami yg kat blkg ni, bese le pelan pelan kayuh, sampai ke 7E area pkul 4 ptg. Lunch seround dua, then bncg2 kami decide nk ke puncak terus. so uncle kata pkul 5 kita p puncak. oriteee! Dak2 yg sampai awal dah siap pasang fly sume. Oh ye, Kem 7E ni kat permatang, klw salah setting hala fly mau beku tido malam. hahaha

Pkul 5.30 lebih kurang start treking ke puncak. Amik masa 2 jam gak ke puncak, n trek makin pangok. Masa ni free body, tp cm bese headlamp, air, mknn ringan kene la bawak kan. Dalm syok2 karaoke kt blkg ni, tetibe walkie talkie uncle brbunyi lalu lapor abg ady,

"Uncle, ada ular depan ni"

Heh. aku,uncle,zam ngn abg leng sweep masa ni. cuak gak la dak2 depan ok tak. nasib ular tu dok dendiam kan.




Uncle kata ni spesies ular kapak. Bila aku tanya nape kaler hijau, dia kata sebab tak bertukar lagi. "Ular ni ikut warna keliling dia mira, kalau bawah pasu dia warna coklat" smbil gelak gelak. Malas nk tanya dah. haha

Area 6 suku, geng sweep pun sampai puncak liang barat. yeayyy! laju pulak kali ni, Takut ular kot. haha

Selamat petang Liang :)


Yg aku pulak tak menyempat-nyempat terus nk p liang east. sbb aku risau terlepas gmba kat sana. sbb pd aku liang east lagi cantik. haha. masa ni dak2 yg dah pewai gila malas dah nk p liang east. Duk je liang west diam diam. Liang east n west ni ada la 5 minit kot jarak masa nye. haha

Liang East!
Kemudian kami kembali ke liang west n amik gamba bersama sunset smpai lebam. kali ni rezeki view lawa n cuaca cantik, alhamdulillah. :)

Baju liang 2011(oren) n 2013(kuning). hehe

Sifuuuuuu! Otai maaa! haha



XPDC Liang 2013, berlatar belakang kn sunset di Liang West.


Kami mula gerak turun ke Kem 7E semula area pkul 7. Masa turun ni memacam perkara jadi, ada lawak sesat yg tak bape nk serius, tp still x bpe nk lawak, nasib bek gua dok blkg so x de la gua nk sesat kan. hehe. Pastu ktorg lak leh nyanyi2 gelak gelak, smpai la ade salah sorg peserta ni collapse. Sbb tekanan darah rendah. selepas rehat beberapa ketika, gerak la pelan pelan kayuh. sampai 7E area pukul 9.30. syukur selamat semua. :)

Malam da makan, solat, membuang, bagi yg rajin p mandi. Oh lupa nk ckp water point ade kt 7E ni, tp sayup gak la nk kebawah. x kuasa aku nk turun dah memalam buta kan. haha. sume tido dgn aman damai, tp ada gak la yg muntah memalam buta, ada yg sejuk gigil2 sbb fly ikut flow angin. kihkihkih nasib ler

Uncle ayieen haha

Selamat pagi liang! syok betul tido dengan sweater (down jacket) baru ni hihihi. Pagi ni sumpah sempoi sempoi je sume, sbb byk masa g, x de mende nak kejar so mkn puas2, bahan org puas2. haha. Berkajang kajang cite uncle bukak time ni. haha lawak gila, time menaip ni pn aku sengih2 sndiri. nak tau cite kne la treking skali. cite bawah fly bru best. hehehe

Dak2 depan dah gerak pkul 11 or 10 lebih, kami team sweep pkul 12 bru gerak. Dak2 depan pkul 12 da smpai lubuk hantu. haha. Kami yg dok treking smbil gelak2, layankan mental dak2 yg dah injured, pkul 3 bru smpai. Sampai lubuk hantu aku da tak heran sgt kebajikan perut aku, aku duk tergoda dgn air terjun je. ape g, tiruk la sedas dua. haha. Gamba tiruk aku saja x nak letak sbb aku sbnrnye tak reti berenang, asik kene bahan je ngn nazrin sbb men tepi tepi yg x dalam tu. stress aku. ahaha. nnt la aku blaja berenang. haha

Lepas tiruk tu, aku saja nk sidai dulu seluar treking aku yg dah lencun tu n pakai kain batik. skali timbul lak idea nk turun tu pakai kain batik. yg jd calon aku n nina, sbb ktorg brdua la yg brkain batik waktu tu. aku x tau la idea bengong sapa tu, tp kami yg ikut je idea ni pun sengal gak. hahaha




Pkul 4 dak2 ni mula gerak. aku sebat je lauk group len n lunch. haha. Nina gerak depan, aku sweep. aku tight da la half, karang selak2 kain free show plak, bek aku treking blkg. haha. Uncle jln depan time ni, dia ngn abg leng duk bahan kami yg brkain baik ni guna walkie talkie. siap bet kain sapa yg lucut dulu. cis. haha

Masa ni aku treking ngn ayam, ujang, nazrin. aku blkg skali. tetiba ayam laju. kami pn ikut laju la. pastu terus jog. pastu brlari. heh pesen aku yg x reti ngalah tu brlari gak la dgn kain batik pun. gila, haha. maka berlari lah kami dgn haversack n berkain batik smpai dapat potong uncle. dari sweeper jd shooter. terbaik. hahaha gila.

Area pkul 5 da selamat sampai empangan. hehe.

Selamat keluar hutan. da rupa beruk. haha

Sampai je empangan kami sume terus mandi2 n tukar baju brsih. org last kluar hutan dah pkul 6, maka mereka mandi kt surau Kg Dara je terus. Siap siap sume, salam salam ngn uncle maka bertolak lah kami untuk balik ke UTM. Time kasih uncle,abg leng sbb byk tolong. :')

Gay gay yg menyertai xpdc kali ni. haha
 Gambar2 spnjng xpdc boleh diview di SINI dan SANA

Cerita balik cerita :


  • Liang ada 2 puncak. Liang timur dan Liang barat. :)
  • Line telefon ada dari lubuk hantu dan keatas. tp x de la 3G, n ada pun se bar dua je. x la semeriah line kat Irau. haha
  • Liang 2011 adalah sgt meriah. First time jmpa kak mira, Pak syeikh, Kak nini, dll. Tp bak kata pia lak, Liang 2013 lagi meriah. smpai super super senior cm abg syakur pn join. hehe
  • Liang memang dlm list gunung yg akan aku repeat. klw pas ni de org ajak repeat lg pun aku akan g lagi. sbb Liang best, byk air, cantik. n de sentimental value. gunung first kan. zaman zaman nk kenal haversack, layan mental, pewai pangok segala. haha
  • Ni log dari blog pak syeikh masa liang 2011. :) LOG
  • Aku de test partial differential equation ari isnin turun liang ni. mmg terbaik la. study atas bas, atas gunung. Balik sampai utm pkul 2,bgn pagi terus g kelas amik test. terbaikk.

Ni, gambar terbaik masa liang 2011. John kentut berapi kot!!! haha



P/S : Next event SRM UTM, XPDC Gunung Batu puteh, 20-24 Jun 2013. RM 100 (powil ration guider). Jom jom ke batu puteh. ada air terjun terbunuh. Berminat sila pm :D

Juga good luck pada sahabat2 yg nak ke V2 n batu puteh sume, maaflah x dpt join. ilmu intern pun kena amik gak, x leh ilmu gunung je. haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...