Para pengunjung

Friday, June 7, 2013

Liang 2.0 : Pacat version

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

XPDC ke liang kali ni merupakan revisit programme bg Sekretariat Rakan Muda UTMJB, sbb dah pernah g liang ni tahun 2011. Liang ni gak merupakan gunung pertama aku secara rasmi dalam arena prgunungan ni, sbb ni gunung pertama yg aku betul2 blaja hiking n camping dari segi pakaian, makanan, packing2 n segalanyaaaa. sblum tu aku naik gunung daypack jeww. hehe

Xpdc Liang 2011. Dalam gmba ni skg ada yg dah kwin n de anak dah pun, ada yg dah tunang. hehe

Masa Liang ni gak aku injured gilabeng masa turun. sebab gunung first kann. manja gila la. aku turun smbil menangis kott. haha nasib la ade abg yo, along, abg alen dll yg rajin nak layan aku time ni. Bila fikir fikir balik, rasa cam mengada nyewwwww injured pn nak nangis2. haha

2011. lihat kuku ku. smpai skg x nak tumbuh. haha
Cukup dah kot flasback. Ok XPDC Liang kali ni merupakan event adhoc SRM, yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku n ramdan, sebagai memenuhi permintaan adik2 junior srm yg nak merasa keindahan bergunung. hamek kau ayat aku. haha

Tempat : Kg Sg Dara, Tg Malim Perak
Tarikh : 10-12 Mei 2013
Guider : Uncle Ayieen & Abg Leng
Line Up : Ramdan, Nizam, Abg Syakur, Abg Ady, Acap,Zairye, Faiz,
 Hakim, Ikmal, Nazrin, Ujang, Ayam, Teddy, Pia, Nad, Huda, Fasha, Nina, Amal, Aku

Kami gerak dari UTM jam 10 malam. Sampai kat Kg Sg Dara tu area pkul 4.30 pagi. Then uncle angkut ktorg naik powil sampai ke empangan. Dedulu kena jalan kaki, hmpir sejam gak la membetis bru sampai ke empangan tu. skg nek powil, dalm 15 min sampai dah. Sampai kat empangan, setelah berbincang dgn ramdan n uncle, maka setuju untuk terus shoot ke lubuk hantu. karang senang, boleh lepak mandi manda kat sana lama sikit. ye dok?

Siap-siap tukar baju treking, repack, panaskn badan n bacaan doa, maka kami pun mula la treking jam 5.30 pagi. nak ke lubuk hantu dari empangan ni ambil masa 2 jam. klw laju sejam, sejam setengah leh sampai dah. Alkisah, aku senang hati gila masuk liang ni dgn tight yg half je, sbb aku yakin gila x de pacat. kepala dia banyaaaaaaaaak gila pacat time tu! maybe sbb ktorg masuk awal pagi, lepas hujan n kwsn tu lembah pulak. hamikkkkkkk!

Pacat! 
Aku suka sweep time treking, tp oleh sebab aku menyampah tgk pacat byk gila so aku menonong je laju kt depan. haha. aku x de la geli dgn pacat ni, stakat 3-4 ekor nak hisap darah aku ok g. Ni sampai 3 ekor berbelit belit hisap darah kt lubang yg sama geli la aku! ngaaa ngeri betul pacat ni. da la brtambah parut2 aku. cis!

Last take 5. 20 min kemudian smpai lubuk hantu!
Sebelum sampai ke lubuk hantu ni akan lalu 3 sungai. sungai last tu ktorg brenti semayang subuh. Fuh semayang subuh dgn nmpak pacat melentik lentik kt hujung ground. kepala diaaaaaa!

Jam 7.30, smpai la kat lubuk hantu. Yes! masa ni la bru nk check kaki kan, hamik kau pacat melambak. redha je la. tu belum kt part part yg errr agak sulit nk diceritakan. haha. lepas breakfast, lepak lepak golek golek membuang terjun tiruk dan apaper lagi la, area pkul 10 lebih tu gerak dah. target seterusnya ialah Kem 7E. Area 4 jam gak ah nak sampai 7E ni.

Oleh sebab aku da rasa secure dari pacat2 durjana itu semua, maka treking duk blkg la. Cm bese nyanyi2, lawak kentut bodo2, take 5 sikit2 maka x la rasa penat sangat, padahal trek leh tahan canak gak. Aku klw dlm hutan ni aku bising sket, suka nk tye uncle, " Apa nama pokok ni?" "cam ne nak tau umur dia?" "Buah ni leh makan tak?" "Ehhh ni akar yang ada air tu kan?" dan macam macam lagi. Jakun. bese la. haha

Melalui walkie talkie, dak dak depan yg diketuai abg ady n abg syakur dah sampai kem 7E pkul 3 lebih. Kami yg kat blkg ni, bese le pelan pelan kayuh, sampai ke 7E area pkul 4 ptg. Lunch seround dua, then bncg2 kami decide nk ke puncak terus. so uncle kata pkul 5 kita p puncak. oriteee! Dak2 yg sampai awal dah siap pasang fly sume. Oh ye, Kem 7E ni kat permatang, klw salah setting hala fly mau beku tido malam. hahaha

Pkul 5.30 lebih kurang start treking ke puncak. Amik masa 2 jam gak ke puncak, n trek makin pangok. Masa ni free body, tp cm bese headlamp, air, mknn ringan kene la bawak kan. Dalm syok2 karaoke kt blkg ni, tetibe walkie talkie uncle brbunyi lalu lapor abg ady,

"Uncle, ada ular depan ni"

Heh. aku,uncle,zam ngn abg leng sweep masa ni. cuak gak la dak2 depan ok tak. nasib ular tu dok dendiam kan.




Uncle kata ni spesies ular kapak. Bila aku tanya nape kaler hijau, dia kata sebab tak bertukar lagi. "Ular ni ikut warna keliling dia mira, kalau bawah pasu dia warna coklat" smbil gelak gelak. Malas nk tanya dah. haha

Area 6 suku, geng sweep pun sampai puncak liang barat. yeayyy! laju pulak kali ni, Takut ular kot. haha

Selamat petang Liang :)


Yg aku pulak tak menyempat-nyempat terus nk p liang east. sbb aku risau terlepas gmba kat sana. sbb pd aku liang east lagi cantik. haha. masa ni dak2 yg dah pewai gila malas dah nk p liang east. Duk je liang west diam diam. Liang east n west ni ada la 5 minit kot jarak masa nye. haha

Liang East!
Kemudian kami kembali ke liang west n amik gamba bersama sunset smpai lebam. kali ni rezeki view lawa n cuaca cantik, alhamdulillah. :)

Baju liang 2011(oren) n 2013(kuning). hehe

Sifuuuuuu! Otai maaa! haha



XPDC Liang 2013, berlatar belakang kn sunset di Liang West.


Kami mula gerak turun ke Kem 7E semula area pkul 7. Masa turun ni memacam perkara jadi, ada lawak sesat yg tak bape nk serius, tp still x bpe nk lawak, nasib bek gua dok blkg so x de la gua nk sesat kan. hehe. Pastu ktorg lak leh nyanyi2 gelak gelak, smpai la ade salah sorg peserta ni collapse. Sbb tekanan darah rendah. selepas rehat beberapa ketika, gerak la pelan pelan kayuh. sampai 7E area pukul 9.30. syukur selamat semua. :)

Malam da makan, solat, membuang, bagi yg rajin p mandi. Oh lupa nk ckp water point ade kt 7E ni, tp sayup gak la nk kebawah. x kuasa aku nk turun dah memalam buta kan. haha. sume tido dgn aman damai, tp ada gak la yg muntah memalam buta, ada yg sejuk gigil2 sbb fly ikut flow angin. kihkihkih nasib ler

Uncle ayieen haha

Selamat pagi liang! syok betul tido dengan sweater (down jacket) baru ni hihihi. Pagi ni sumpah sempoi sempoi je sume, sbb byk masa g, x de mende nak kejar so mkn puas2, bahan org puas2. haha. Berkajang kajang cite uncle bukak time ni. haha lawak gila, time menaip ni pn aku sengih2 sndiri. nak tau cite kne la treking skali. cite bawah fly bru best. hehehe

Dak2 depan dah gerak pkul 11 or 10 lebih, kami team sweep pkul 12 bru gerak. Dak2 depan pkul 12 da smpai lubuk hantu. haha. Kami yg dok treking smbil gelak2, layankan mental dak2 yg dah injured, pkul 3 bru smpai. Sampai lubuk hantu aku da tak heran sgt kebajikan perut aku, aku duk tergoda dgn air terjun je. ape g, tiruk la sedas dua. haha. Gamba tiruk aku saja x nak letak sbb aku sbnrnye tak reti berenang, asik kene bahan je ngn nazrin sbb men tepi tepi yg x dalam tu. stress aku. ahaha. nnt la aku blaja berenang. haha

Lepas tiruk tu, aku saja nk sidai dulu seluar treking aku yg dah lencun tu n pakai kain batik. skali timbul lak idea nk turun tu pakai kain batik. yg jd calon aku n nina, sbb ktorg brdua la yg brkain batik waktu tu. aku x tau la idea bengong sapa tu, tp kami yg ikut je idea ni pun sengal gak. hahaha




Pkul 4 dak2 ni mula gerak. aku sebat je lauk group len n lunch. haha. Nina gerak depan, aku sweep. aku tight da la half, karang selak2 kain free show plak, bek aku treking blkg. haha. Uncle jln depan time ni, dia ngn abg leng duk bahan kami yg brkain baik ni guna walkie talkie. siap bet kain sapa yg lucut dulu. cis. haha

Masa ni aku treking ngn ayam, ujang, nazrin. aku blkg skali. tetiba ayam laju. kami pn ikut laju la. pastu terus jog. pastu brlari. heh pesen aku yg x reti ngalah tu brlari gak la dgn kain batik pun. gila, haha. maka berlari lah kami dgn haversack n berkain batik smpai dapat potong uncle. dari sweeper jd shooter. terbaik. hahaha gila.

Area pkul 5 da selamat sampai empangan. hehe.

Selamat keluar hutan. da rupa beruk. haha

Sampai je empangan kami sume terus mandi2 n tukar baju brsih. org last kluar hutan dah pkul 6, maka mereka mandi kt surau Kg Dara je terus. Siap siap sume, salam salam ngn uncle maka bertolak lah kami untuk balik ke UTM. Time kasih uncle,abg leng sbb byk tolong. :')

Gay gay yg menyertai xpdc kali ni. haha
 Gambar2 spnjng xpdc boleh diview di SINI dan SANA

Cerita balik cerita :


  • Liang ada 2 puncak. Liang timur dan Liang barat. :)
  • Line telefon ada dari lubuk hantu dan keatas. tp x de la 3G, n ada pun se bar dua je. x la semeriah line kat Irau. haha
  • Liang 2011 adalah sgt meriah. First time jmpa kak mira, Pak syeikh, Kak nini, dll. Tp bak kata pia lak, Liang 2013 lagi meriah. smpai super super senior cm abg syakur pn join. hehe
  • Liang memang dlm list gunung yg akan aku repeat. klw pas ni de org ajak repeat lg pun aku akan g lagi. sbb Liang best, byk air, cantik. n de sentimental value. gunung first kan. zaman zaman nk kenal haversack, layan mental, pewai pangok segala. haha
  • Ni log dari blog pak syeikh masa liang 2011. :) LOG
  • Aku de test partial differential equation ari isnin turun liang ni. mmg terbaik la. study atas bas, atas gunung. Balik sampai utm pkul 2,bgn pagi terus g kelas amik test. terbaikk.

Ni, gambar terbaik masa liang 2011. John kentut berapi kot!!! haha



P/S : Next event SRM UTM, XPDC Gunung Batu puteh, 20-24 Jun 2013. RM 100 (powil ration guider). Jom jom ke batu puteh. ada air terjun terbunuh. Berminat sila pm :D

Juga good luck pada sahabat2 yg nak ke V2 n batu puteh sume, maaflah x dpt join. ilmu intern pun kena amik gak, x leh ilmu gunung je. haha



2 comments:

Green White said...

Sedih. Xde gmbr kat puncak utk xpdc ni. Wuuu.

Green White said...

Sedih. Xde gmbr kat puncak utk xpdc ni. Wuuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...