Para pengunjung

Saturday, October 1, 2011

Sepi 2008. :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Amaran!
Ini entry yang agak geli-geli.
Segala isi adalah pendapat aku semata-mata, tiada kene-mengena  dgn pak abu, kak senah, kak bedah atau sape2 lah :D

Aku bukanlah penggemar filem tempatan, korea , amerika latin mahupun sinetron dari seberang. Tapi bila aku cuba layan filem sepi arahan Khabir Bhatia nie, aku rase cerita ini sangat menarik, baik dari plot, cara penyampaian dan latar belakang. serius menarik. 
Walaupun agak loser lah aku sebab filem nie keluar tahun 2008, tapi aku tengok tahun 2011, aku tetap teruja tengok filem nie :)

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

(TRANSLATION more or less)

I whisper to the moon
Return my love to me
My heart, My heaven

I am left in the silent night
Without you my love
Loneliness clouds over me

Do not allow the day looses its light
As i am left alone

-Khalil Gibran-


Dari 3 cerita dalam SEPI nie, aku tertarik dengan kisah sufi, yang kehilangan isteri dalam satu kemalangan tragis.Dan kemudiannya jatuh cinta dengan marya, isteri orang yang hidupnya sepi tanpa anak.


Aku cuma agak pelik, betapa lah mula-mula tengok sufi nie menderita habis sebab kematian isteri, then bila recover sibuk pulak nak kejar isteri orang. Eh? senang betul nak jatuh cinta? lupa terus ke dengan arwah isteri tu? ape adekah kubur itu dapat membataskan antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati?


"Cinta datang sekali dalam hidup, tapi saya dianugerahkan dengan cinta kedua"- sufi (min 0.55)

Pendapat aku, cinta tu macam pokok. Once bila suatu pokok tu dah melabuhkan akarnya, adalah amat sukar sekali untuk mencabutnya. Kalaupun pokok itu dicabut , tetap akan ada akar-akar yang tertinggal. Betapalah setianya pokok tu :)

Masa depan memang tak dapat nak dijangka, namun pertahankanlah ape yang kita ade sekarang dengan sehabis daya. :)

++++++++++++++++++++

Tetiba aku teringat quote nie,

"Semua orang akan mati, namun tak akan ada cinta yang mati. Kerana tiada kubur yang dapat membataskan antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup" - unknown.


P/S : Walaupun aku suka tengok cita nie, tak bermakna aku sepi. Selagi bersama insan-insan tersayang, pasti gembira. Lumrah alam kan? :)

2 comments:

emy|farid said...

tak bape nak faham cite ni sbnrnya, pernah tengok. kena ada feel mendalam baru kita faham

Uzair said...

hahaha. LAMBAT!

memang best cerita ni. agak pening. tapi plot cerita dia disusun dengan menarik. aku tgk time form 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...