Para pengunjung

Tuesday, November 12, 2013

XPDC Stong Baha Ayam | Team5 UTM ;) : Part one!




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Saja nak bagi ehsan famous. haha

Yaaa tudia. Mggu lepas, merupakan minggu syurga bagi student2 UTM dan IPT yg sewaktu dengannya, sebab cuti midsem. Cuti midsem ni seminggu, tu yg syurga tu. haha. Aku plak dah sem 7, dah tak berani sgt nak asik masuk hutan je. Jadinya bila cuti midsem ni memang gatal kaki la nak masuk hutan. Memula nk join xpdc V2 compress by wild junction tp ade halangan presentation pulak. Nak g batu puteh, xpdc batal pulak. Tetiba member ajak g stong baha ayam, layan je la. Santai katanya, ta yah trening. ok we'll see santai tak santai. haha

Tarikh : 3-8 Nov 2013
Tempat : Dabong, Kelantan
Guider : Abg man

 Line up :

Fahmi, Amira, Ehsan, Syafiq, Badeq, Aetek, Atie, Dayat

Yaa line up 8 org sahaja. Hentam sajalah labuuuuuuu~

 Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Day first (3 Nov 2013) : Layan mental dok dalam train 12 jam. mihmihmih

Train gerak dari stesen kempas pukul 6.45 pagi. Sabtu malam ahad tu ktorg lepak lepak wat packing ration sume sama2, dan janjinya kata pukul 5.30 pagi kumpul kat ktdi. dalam hati aku, 

"kalau SRM mmg harapan je la nk kmpul 5.30 pagi ni"

To be honest, aku tak kenal sesapa pun dlm line up ni kecuali syafiq. yg lain tu first time jumpa. mmg gila aci redah la kan. so bila kata nk kumpul 5.30 pagi, boleh la kottt. kotttt. kotttt. haha

Paginya, hahaha hampeh. aku pun samai 5.45 pagi, yg ada hanya aetek dgn ehsan. ha sume kelam kabut. Pukul 6.30 baru gerak dari ktdi ke kempas. hahahaha lampu traffic light time tu hijau ka merah ka oren ka tak heran dah. pakat langgar je. hahaha. nasib sempat naik train. fuhhhh lega!

Dah naik train lain pulak dugaannya. tak sempat nak beli makanan kan. memang best la. perut memasing dah masuk album ketiga metal dah. tak dan dah dondang sayang. lapar gilabeng. makanan mahal lak atas train tu. Sampai kuala lipis jam 3 petang la lbh kurang, sume kalut cari makanan. tu pun mahal gak! haih nasib la. hahaha

Jam 6.45 petang jugak lebih kurang, sampai lah kami kat stesen KTM dabong. Masa tu sunset, nampak sayup gunung stong baha ayam. aku cam 

"whooo lawa gilaaaaaa"

Sbb dari jauh dah nampak air terjun stong tu. terbias pulak dengan cahaya keemasan matahari terbenam, umpama gunung atas kayangan tahu? ;)

Bola luuuuu!

Sampai kat ktm dabong, pusing2 ktm cari port nk tido malam tu, pak cik kedai makan sblh dtg tepuk bahu, ajak lepak kedai dia malam tu. Kebetulan malam tu final piala malaysia, Kelantan vs Pahang. pehhh memang meriah ah! Makan free! dah la ktorg menang cabutan bertuah sampai 3 hamper. hihihi time kasih org kelate semuaaa. Ktorg ni ramainya sokong pahang, tp dah siap bg mkn free tak smpai hati lak nk sokong kuat2. jadi bila gol tu senyap2 je la "yeay" tu. hihi

Malam tu tiba2 ada pakcik dtg kata kt ktorg suruh tdo kat pejabat YB. katanya "ni kelantan nak, tak manis perempuan tidur di masjid" haaa ternganga gak la tgk bilik yg dorg bagi. Katil empuk siap comforter dan aircond bagai. Terharu gak ah masa tu. tsk tsk thanks pak cik! :D

Day 2 (4th Nov 2013) : Caving dan Kem baha

Selamat pagi dabong! yaaa pagi ni yg lelaki sume dah mula memasak, yg perempuan tak mandi lagi. hihihi ape boleh buat. bilik best sgt. hahaha


Pagi ni ktorg breakfast meehun goreng. baru nak kenal kenal dgn sume org masa ni. aku duk panggil aetek ni etek la, itik la, badeq jadi beduk la, memacam. teruk betul aku ni. haha

The only gegerl in the line up!

Selesai sume masak2 packing2 bagai, jumpa abg guide ktorg, abg man kat kedai makan sebelah stesen dabong tu. barang2 yg ktorg tak nak bawak naik gunung ktorg tggal kat kedai outdoor dkt2 dgn stesen ktm tu. akak kedai tu baik gilaaaaaa. :D

Happy time!

Kami mulakan aktiviti pagi tu dgn caving ke 3 gua, iaitu gua gelap, gua keris dan gua pagar. Masa gua yg pertama tu tak silap aku Gua gelap, ktorg kena menyusup bawah satu lubang kecik. mak datuk basah teruk. belum apa2 memasing dah comot. haha

Gua Gelap

Gua Keris. nampak tak keris nampak tak nampak tak

Selesai caving, ktorg gerak ke resort. masa tu awal lagi, dalam pukul 10. Bincang punya bincang dgn guide, kata ktorg nak shoot masuk terus. lepak lunch kat air terjun. Bila telek telek cuaca, akhirnya abg man setuju. Yes! 

So dalam pukul 11 pagi ktorg mula treking masuk dalam. Dalam setengah jam kemudian sampai la kat air terjun stong. Aku bila nampak air trjun ni mmg hilang pedoman sket. Tak heran dah perut. tp sbb dorg masak dulu so aku pun srba salah la nk trjun kan. so masak dlu. hehe

Air trjun Stong

Sosej, Ikan kerisi masak kicap, sup sayur

Dengan janji yg aku akan masak utk dinner, aku tak masak utk lunch ni. hehe. Chef masa ni atie, syafiq dgn badeq kalau tak silap :D

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Jam 2.30 petang ktorg mula kemas2, pukul 3 start treking balik utk naik ke kem baha. Mak aih masa ni kena meniti batu2 yg licin tu, kasut getah memang champion la. Karrimor? boleh gantung dah. Aku trgelincir teruk kat batu tu sampai 2 kali, rabak lutut. rabak. dah la baru first day lutut dah rabak dah. -___-"

Baru pas trgolek tp tak tau bakpo muka happy sgt haha




Sambung balik treking, masa ni aku mental. fuh memang lama tak trening. Last naik bukit kutu sebulan lepas, pastu tak de jog langsung. Mmg best ah. Layan mental sensorang, tak tau la yg lain mental ke tak. Trek biasa je padahal. haha. Selepas dlm setengah jam, sampai lah kat kem baha. wuuuu lawa sgt kem baha ni weh! 

Lepas setup kondo, abg man bwk ktorg p port mandi best. slide slide!

Hewhewhew


Best baq ang! Tp masa ni tak tiruk sgt lagi, kejap je mandi sbb nk malam dah. 

Oleh sebab td dah janji nak masak utk dinner, so malam tu aku ngn badeq jd chef. Badeq ni masak, mak aih sedap gila. serious sedap gila! aku yg perempuan ni kalah teruk la dgn dia. haha

Chef Badeq!

Malam tu menu nasi putih, sup sayur dan ayam paprik. aku masak nasi dan sayur jek. badeq wt paprik. seriusly, sedap! haha. 

Habis makan, pillow talk kat tepi sungai sambil kira bintang. Sejuk sangat tapi still best sgt. :'D

Pillow talk smbil kira bintang

Malam tu hujan pukul 3 pagi. Kesian fahmi basah. haha

Day 3 (5th Nov 2013) : Gunung Baha & Gunung Ayam


Selamat pagi kem baha! yaaaa semua org bangun awal sbb gelabah nk tengok sunrise. kem baha ni mmg femes dgn sunrise pun. tapi sayangnya sunrise tak menjadi pagi tu. matahari segan2 nak naik :(

Pagi tu setel breakfast dalam pukul 9. Sekali hujan pulak. pakat2 sume masuk fly balik lah kan. Sejuk sejuk gitu memang mental la nak pakai baju treking. haha. Akhirnya, pukul 11 gak la bru mula treking utk ke puncak Baha dan Ayam. Matlamat hari ni ialah utk tdo kat puncak Gunung Ayam :D

Mula treking, dan kena melintas 3 sungai yang rasanya kalau air besar, mungkin maut menanti. Sungai pertama, anak baha. Agak kecik. Sungai kedua, sungai rantai. yg ni agak besar dan deras. Seram gak la. Sungai ketiga, Sg Baha ktorg sampai dalam jam 1 tgh hari. Lunch time.Sg ni bapak licinya. Bukak kasut pun licin gak. bape ramai slide trduduk time ni. hahaha

 Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Akhirnya setelah banyak melepak dan lek lek, pukul 4,30 petang ktorg sampai ke puncak gunung baha. Menurut guider, nama gunung baha ni sempena rekod yg dicipta oleh Pak cik Baha yg tidur dgn tidak berbaju di puncak baha ni. sejuk gilaaaa la gilaaaaaaa! 


Alhamdulillah :D

Air kemenangan di sini ialah air gas strawberi tak igt jenama apa yg ktorg dpt dlm hamper cabutan bertuah semalam. haha

Selepas lepak lepak, mula treking utk ke puncak Ayam pulak. dalam setengah jam treking, sampai la kat ayam. Suasana sejuk, penuh kabus. Abg man bawak ktorg ke kemsite dan bina kondo cambese. Sejukkk . Line tepon pun tade kat sini. Nk tgk sunset pun, tak nampak. Kabus teruk sgt. Wuuuu. 

Malam tu, menu dinner ialah tomyam ayam. Chef terhormat ialah syafiq dan aetek. Tom yam aetek versi tomyam pantai timur. manis! haha

Takde pillow talk sbb sume org penat lalu tidur nyenyak sampai ke pagi ;)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

To be continued

p/s : Lagu tema xpdc ni ialah tragedi oktober. Sebab sepanjang2 jaan sume org pun duk ulang lagu tuuuuuu je! haha

1 comment:

Time Traveller said...

Assalamualaikum.. Tgh cari info pasal gunung yong yap... terjumpa blog nie.. Tabik spring la kat kamu sbb semua gunung ganas dah tawan.. Bagus la.. Saya baru nak berjinak2 dengan gunung2 nie.. Nanti ada masa sila lah ke blog kita pulak yer :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...