Para pengunjung

Friday, October 11, 2013

XPDC Bukit Kutu ATeam : Nurturing The Soul

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Sepatutnya aku buat nota topology sekarang tapi hmmm malas. Hahaha

Bukit kutu 2.0


Hari tu aku pegi join event dak dak ATeam ni. Act event ni untuk dak2 baru diorang. Pelapis baru utk ATeam la kiranya. Nama program pun ATeam Trial. Kira aku pegi sebagai senior la kengkononnya. Padahal aku pun Ateam celup. Haha


Tarikh : 20-22 Sept 2013
Tempat : Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu
Line up : Total peserta 79. Termasuk sorg guider sorg sweeper. nak suruh aku 
tulis nama sensorang? memang tak ahhhhhh.

Gerak dari utm sepatutnya pukul 3 petang. 2 bas tuu. Sedikit kekecohan berlaku menyebabkan 4 org daripada kami, termasuklah aku terpaksa naik kereta. Kecoh punya kecoh, bas gerak area pukul 4 petang gak la. Ktorg plak gerak hampir pukul 5 petang. Gitu gini singgah RnR situ sini, pukul 12 gak la sampai starting point Kg Pertak tu. Ktorg yang berkereta sempat la solat kat Masjid besar KKB. Oh hai memori nya masjid nie~ 

Nak cari tempat buat 81 org tido tu tak la senang sgt kan, jd kitorang treking masuk dalam (aku drive kete hehe) n jumpa satu tempat lapang sikit, so kira orait la ni. Siap parking kete dan bentang ground sume, dah pukul 1. Fly tak yah la pasang, langit terang benderang Alhamdulillah. Dak2 ni pukul 1 sibuk lagi nak masak bagai, aku dah siap2 amik seliping bag dan parking kt dalam kete. haha syok woo tido dalam kete. yang kt luar sibuk berperang dgn nyamuk gua steady je dalam kete. kehkehkeh

Selamat pagi Kg Pertak!

Selamat pagi semuaaaa! Ya lawa sungguh sungai tempat kitaorg parking tido tu. Syahdu sangat pagi tu pukul 5.30 pagi lebih kurang aku terjaga sebab terdengar alunan Azan subuh oleh khairin. Fuh syahdu lak. Lepas subuh bantai g tido seround hekhekehk. 

Lepas breakfast yang diselang selikan dengan sesi-campak-org-dalam-sungai, dorang sume mulakan sesi ice breaking dulu sebelum treking. Aku, Jaa, kak long, emi dan hairul amik kesempatan pegi bandar kkb, hantar nama ke balai polis. Yang hantar nama sorang je, yang lain sume ikut sebab nak cari toilet yang bertamadun. haha

Sesi pecahkan ais!
Selesai sesi pecahkan ais, maka sesi panaskan badan pun dimulakan dengan diketuai oleh abam ikhwan kita yang gagah perkasa.

Panaih!

Maka pukul 12.30, sesi treking pun bermula dengan diketuai oleh Jaa. Dalam xpdc kali ni yg pernah pergi ialah aku, jaa dan emi. Aku tak bape yakin nak duk depan sbb takut lupa jalan. So Jaa depan, emi tengah dan aku belakang. Heh aku belakang, memang betul2 belakang la. Haha

Yang jadi sweep dari mula sampai akhir ialah aku, khairin dan syahier. Tahap sweep memang lenggang kangkung suara org depan tak dengar langsung dah. Lepas cross sungai ketiga, kitaorg off track kejap pastu ingat nak lepak lepak dulu kat sungai tu sambil wonder org depan dah jauh ke. Sekali tetiba Jaa jerit, "Mira!". hahaha rupanya dorang sesat. Jadi ada 78 orang kat belakang kitaorg masa tu. haha nasib bek ktorg lepak2 kat sungai tu. Kalau tak yg belakang pulak jadi depan.

Bila dah bagi laluan kat yg lain kedepan, line up da betul, so ktorg mula balik treking. Yang belakang ni kenmain suka ria ha, si khairin siap sempat berkebun, pastu jumpa nazrin yg brmuka mental dan radzi. Maka kami berlima pun jalan belakang, sangatlah relax nya ha treking. Seingat aku nak sampi ke puncak ni ada 9 check point. Tp tak jumpa dah papan tanda check point tu ha.

Dah la jalan rilek rilek, sampai kat check point 5, iaitu last water point yang sangat awesome tu, kitaorg lepak 40 minit. Solat jamak takdim kat situ, minum2 bagai. Hampir nk bukak dapur haram tp malas nk bukak beg. Haha. Kenapa aku kata check point ni awesome? sebab airnya mengalir kat bawah gua. lawa baq ang!

Water point dalam gua!

Pastu ktorang sambung lagi perjalanan rilek rilek ktorg, sampai dekat check point batu besar gila tu, lepak lagi 40 minit. haha tak pernah treking sesantai ni aku rasa. Terjumpa group KRPHS (Kelab Rekreasi Pelancongan Hulu Selangor) masa ni, pastu sembang pasal Lata Medang yang awesome tu panjang lebar dan plan utk next trip. pun boleh. haha.


Puncak Bukit Kutu

Jam 6.20 petang lebih kurang, kami berlima yang juga last men ni, sampai puncak. Heh org depan 3.30 da sampai puncak kot. Punya la santai jalan 6 jam kot ktorg treking. Haha. Tapi eloklah jugak sampai lambat. Dorang da siap pasang kondo dah. Pastu kat puncak yg paling tinggi, kapasiti org leh duduk kat batu tu max aku rasa 4 orang je. Jadi waktu ktorg sampai, ngam ngam nak sunset dan batu dah clear tak de orang. yeay!

We're waiting for the sunset
Matahari terbenam. Mix feeling..
Because it's there. Segalanya bermula dan berakhir di puncak ni.

Entah. Sayu. Sbb dah keluar team. Betul2 sehari sebelum naik ni. Tapi malas nak kenang.

Malamnya, ktorg buat sesi story mory bawah fly cam bese. tapi since ramai sangat, dan ramai da penat, ramai gak yg tertidur awal. Tapi memacam cerita lawak gak ade masa ni haha

Sunrise~

Selamat pagi bukit kutu! Sekali lagi dikejutkan dengan laungan azan dan dikejutkan subuh dgn suara khairin. Pas breakfast sume aku, syahier, qah har, kak long n etc naik tengok sunrise. Ek eleh tak bape nak sunrise la. Dah pukul bape dah time tu. haha.

Kerana kain batik itu lambang gadis melayu sejati. leulz

Selepas amik gambar dan sesi kantoi mengkantoi, pukul 11.30 ktorg mula gerak turun. Kali ni aku tak sanggup dok belakang, tukar tempat ngn Jaa. Aku ngn emi lak guide depan, Jaa sweep. Punyalah berlari turun, pukul 1 sampai bawah dah. Aku dah tak leh tahan tgk godaan air sungai, tiruk laluh. Lapar tak lapar belakang cite la haha.

Gay gay dalam air. hahaha
Since bas utm akan amik pukul 6 petang, maka kami ada masa sampai pukul 5 petang utk melakukan aksi aksi tiruk terjun. haha. 4 jam bhai! memang burn muka aku. hahaha. Terjumpa pulak junior2 kak lin, dak dak KRESMA (Kelab Rekreasi UiTM Malaysia). Pastu dorang promote event rock climb mggu depan. Ha bg sesiapa yang berminat leh la join. Leh view SINI

Balik tu, yang naik kete bertukar org. Memula pegi aku, hairul, nazrin dan ujang. Balik, aku pinat, radzi dan amran pulak. Sampai UTM pukul 2 pagi. Aaaaa ngantuk baq ang. Nasib la esoknya kelas pukul 10. haha

Event ni pada aku sangatlah berjaya, happening dan meriah! Kalau aku jadi bebudak baru tu pun aku akan happy dgn trip ni, sebab para senior sume masuk air. haha. Not typical orientation trip la pada aku. Oh aku tak bagi lagi gambar full kan, ni diaaaa

Meriah kan? :)

Dan brtambah meriah lagi sebab qah har baru je angkat Go Pro, so gambar gambar memang superb ah! haha. Nak tengok gambar gambar lain boleh tengok SINI dan SINIIIIIIIIIII.

Dan yang best, video utk event ni gak dah disiapkan oleh qah har. Leh view dekat SANAAAAA

Tengok video tu dan korang akan dapat rasa betapa happeningnya event ni :)

Cerita balik cerita :

  • Cukup 8 hari lepas balik bukit kutu ni, aku kena demam panas yang panas sungguh. Aku memang sangat cuak takut kencing tikus je masa tu, sekali rupanya demam campak. Syukur Alhamdulillah bukan kencing tikus. Cuak sekejap aku haha
  • Scene paling lawak jadi masa de 8 org dak yg dah smpai ke puncak kena troll ngn ktorg berlima kengkonon khairin injured, padahal saja je. Tp Troll ni sangat menjadi, dan bagus sgt dak2 tu sbb volunteer nak tolong. Nampak dah semangat berpasukan dan bantu membantu tu :)
  • Line telefon ada je sepanjang trek. tp internet edge je lah. (aku pengguna celcom)
  • Thanks dak2 Ateam sebab jemput aku join event korang nie! :D
  • Tahniah pada pinat selaku pengarah program :)

P/S : It's almost november, and i really wish i could sing november rain song at the peak of Mt. Tok Nenek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...