Para pengunjung

Friday, November 29, 2013

XPDC Stong Baha Ayam | Team5 UTM ;) : Part two!


 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Jam 4:29 pagi, aku baru je berjaya siapkan project fuzzy part aku. hooyeah! so sementara tggu subuh ni ayuh sambung part one hari tu. mhihihi


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Day 4 ( 6th Nov 2013) : Gunung Stong & Kem Baha

Selamat pagi ayam! yaaaa bukan ayam dak ateam tu, Gunung Ayam maksud aku. tibbah haha.

Malam tadi semua org tido awal kan? penat katanya. Ha sekali pukul 5 pagi hujan lebat bha. Hujan pastu reda. Hujan lagi pastu reda. Pukul 7 pagi kondo ktorg dah jadi kapal layar. Badeq masa ni dah jadi JKR buat longkang tepi fly tp sayangnya bhagian aku ngn atie tido dah tak dapat diselamatkan. karam ditengah lautan gituuu. habis basah tsk.

Ehsan jadi chef pagi ni. Bapak bangganya ehsan pagi tu sbb meehun goreng yg dia goreng sedap. (ye la badeq kat sebelah dia kan, hehe). Dalam pukul 10 tu hujan reda dah, memasing mula klua fly. Nak salin baju pun dah termenung tgk baju tu dekat 10 minit, belum sarung lagi baju basah tu kan. ha layan je la. Last last gitu gini pukul 11.30 pagi gak start treking . mihihi

Bye bye ayamm~
   
Misi hari ni ialah Ke puncak stong, dan balik lepak kem baha mandi terjun puas puas. hehe. 

Masa turun nak ke Gunung Stong plak nie ktorg lalu balik puncak Gunung Ayam dan baru sempat nk brgambar, sbb semalam sume org pun keja nk jamak takhir zohor asar kan :)

Ape tah masalah si aetek ni. muka dia sorg je ketat.org len kenmain lebar senyum. haha
 
 Then menurun setengah jam, then pasang gear panjat bukit setengah jam utk ke puncak Stong. ha time ni aku slow. layan perasaan. hahahaha. 

Dan kedatangan kami ke puncak stong disambut olehhhhhhhhh


Tupai! hihi

Teori atie waktu ni : tupai2 tu hanya nak pada org yg hensem sahaja. so tu tangan aku dan aku jd org first yg brjaya bagi makan kat tupai tupai tu, so kira aku hensem la ni? hihi malu kita. hahahaha

(Ehsan pulak menang besar time ni sebab dia ada choki choki dan tupai tu suka la kt dia. hahaha)

Kira sejam gak la lepak puncak stong ni. pikat tupai lagi. posing lagi. haha


Puncak stong my dear ;)


Sebenarnya ic aku -01- hmmm
   
 Then area pukul 2 ktorg mula gerak dengan target nak lunch kat Gua Bogo. betulkan aku kalau aku silap sbb aku rasa nama gua tu gua bogo. haha. Masa take 5 otw ke gua bogo ni ada satu part tu ehsan tergolek memang padu gila la. sampai skg rasa nak gelak lagi. hahahahaha


 Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith


Sampai ke gua bogo area pukul 3.30 petang. Kat sini ada satu isu sama ada nk berhenti makan atau teruskan berjalan ke kem baha sebab risau kalau kepala air jatuh, memandangkan hujan dah mula turun dan ktorg kena lintas sungai rantai sebelum sampai ke kem baha. Lalu akhirnya abg man berkeputusan utk masak megi je bagi alas perut dan terus gerak. layannnnnn~ 
(kat gua ni waterfall dia lawa gila, tp aku mls nk attach gamba. haha)

Makanya selepas mengalas perut, kami mula gerak ke kem baha. Ikutkan dari gua ni nak ke kem baha tu sejam je, tp takut tak lepas jenak seberang sungai rantai tu klw air besar. Masa kami sampai tu pun, air da mula deras. Dengan kasut aku yg maha licin tu, mengucap panjang gak la. Alhamdulillah semua selamat seberang dan jam 6 kami sampai ke kem baha. weeeee yeay best mandi mandi!

Petang tu dapat la tiruk barang seterjun dua, malam pulak mcm bese masak masak lapar ni. Tema cerita malam tu bawah fly, " cerita cerita sedih". Habis segala one litre of tears, miracle in cell num 7 , 7 petala cinta semua klua. hahaha

Lepas makan dan basuh periuk semua, ktorg brsidai kat batu luar tu. langit masa tu, SubhanAllah lawa sangat sangat. Bintang sangat banyak, view kelantan jelas depan mata. tapi sejuk takleh nk cite lah kan. haha.  Malam tu pada aku, best sangat. entah bila lah kan nak dapat balik suasana mcm tu. hmmm

Day 5 (7th Nov 2013) : Kem baha dan balikkkkkkkkkkkkkk!


Selamat pagi kem baha :)
 

Kami semua tersedar jam 6.30 pagi. Dak2 ni kalut nk solat subuh, aku yg tgh mc ni sedap tarik sliping bag smbil pesan kat atie kang view lawa kejut. Heh tak sempat nk tarik sliping beg, dorg klua fly je memasing dah menjerit. Gelabah terus memasing nk tgk sunrise. hahaha

Sunrise ni sumpah padu. Kalah kenderong. haha. mcm mcm aksi lah kan klua masa ni ;)




Aetek dan Dayat
Badeq
Syafiq
Atie

Gambar ehsan dan fahmi aku tak jumpa. maaf . haha


Di sebalik tabir kejar sunrise. muka2 teruja. haha



Kemudian, selesai sesi memuji kebesaranNya, kami mulakan pagi kami yg indah itu dengan memasak nasi lemak padu kem baha! hahaha. masa ni semua org jadi chef. semua org masak, termasuk abg man. :)


Aku masak woi! weweweeeee
Dan hasilnya? tadaaaaaa!


Tak tau nak cakap cemana.

Lapar pulak rasa bila tgk gambar ni. hahaha. bestnya alahai makan nasi lemak tepi sungai depan air tejun view lawa. susah nak describe perasaan tu. rindu plak. haha


muka badeq,syafiq ngn ehsan sumpah lawak. hahaha

Lepas makan makan, basuh basuh dan kemas kemas, maka bebudak ni pun mulakan episod terjun tiruk memasing. aku lek luu. aku ngntuk sbnrnya so aku smbung tidur. pkul 10.30 baru semua org gerak ke air trjun best dan slideeeeeee! hahaha


Kakakaka

Aku tak pandai berenang so haruslah takut nak slide. tapi cane pun kena gak slide so menjerit la kan haha. Adrenaline rush yg membunuh tp sangat seronok! haha

Memacam ragam masa ni. yg duk kat atas tu cuak nk turun sampai setengah jam pun ada, yg dah duduk tggal slide pastu patah balik pastu slide jugak pun ada. hahaha memacam.

Selepas puas iruk bagai, ktorg wat lunch. pastu lepak lepak gelak gelak bahan org sume sana sini, pukul 4 setengah baru sume siap packing. Pastuuu mestilah ada sesi brgambar kan? haha


Line up best!


Selamat tinggal kem baha. :')

Kem baha ni, serius best. Entah, best gila aku rasa. haha. Masa last ni, ada pelangi. aku punyalah excited cite kat dak2 ni ada pelangi tp dorg tak layan pun. atie je yg layan. dang sedih aku. pelangi kottt! kamon lah! knape aku sorg je yg jakun ni haha

Jam 5 petang kami tinggalkan kem baha dengan pelbagai kenangan best. turun ni aku skor gak, bese la kan licin. haha. Pukul 5.30 kami sampai resort bawah tu. ngam ngam sampai bawah bumbung parking beg je, hujan pun turun dengan selebat lebatnya. Apa pun alhamdulillah, xpdc berjaya dengan jayanya!


Stong - Baha - Ayam : DONE ;)


"Climb mountains not so the world can see you, but so you can see the world."

Selesai mandi manda kt toilet awam kat situ, ktorg pun gerak balik ke KTM Dabong. SalinBajuCasHPAmikSijilPegiATMMakanMakanMakanBorakBorakEELamanyaNasiNakSampaiLawaLaAnakMakcikNiKataEhsanGituGiniLalala  maka jam 8.50 malam kami bergerak pulang ke Johor. Terima kasih dabong, selamat jalan kelantan, moga kita bertemu lagi suatu hari nanti!

Gambar gambar event boleh diview di SINI

Pada aku xpdc ni best sgt, line up best, view mantap, cuaca cantik, makan best, alhamdulillah semua ok. Adatlah ada flaw sikit sini sana kan tp best gila lah tentatif ni. melepak tenung air terjun je keje. haha. Thanks warga team 5 bagi aku join event korang :)


Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir

Sejak balik event ni sampai la hari ni, tak prnh trjumpa lagi ngn dak2 ni. haha

Ok dah subuh dah pun. eloklah lelap barang seround dua :)

P/S : Sem ni aku rasa penat gila. penat la. psm lagi, project itu la proving ni la. penangan sem 7. Final in one month. Due date PSM lagi. zzzzzz

2 comments:

jenanese said...

makan atas daun pisang memang terbaikkk!!

jenanese said...

makan atas daun pisang memang terbaikkk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...