Para pengunjung

Friday, September 24, 2010

Doa itu wireless, dan coveragenye sentiasa penuh..;)

post kali nie nak berkongsi beberapa potong doa yang elok dibaca sebelum mula belajar.. renung-renungkan, dan selamat beramal~   ;)

Doa Nabi Musa slps Baginda balik drpd berbicara dgn Allah s.w.t dan menerima perintah.

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan Engkau adalah Maha Penyayang antara Para Penyayang." (Al A'raaf : 151)
Ini pula doa pemuda-pemuda dlm kisah Ashhabul Kahfi semasa melarikan diri drpd raja yg zalim.

.....Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Al Kahfi: 10)
Ini pula doa Nabi musa, yg dibaca apabila baginda terbunuh seorang Qibti yg brgaduh dgn seorg bangsa Israel di tgh pasar. yg dibaca utk memohon ampun.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku. "   (Al- Qashash: 16) 

Ini pula Doa Nabi Musa alaihissalam memohon kpd Allah s.w.t agar dadanya dilapangkn utk menghaapi Firaun yg terkenal selaku raja yg kejam.

".......Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaahaa : 144)
 " Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku."         (Al-Mu'minuun: 97-98)
"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.Dan mudahkanlah untukku urusanku.Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku.Supaya mereka mengerti perkataanku. (Thaahaa: 25-28)
lagi...
"Maha Suci Engkau,tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "          (Al Baqarah :32)
"Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Ali'imran:173)
Ini pula Ayat Seribu Dinar:

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) -Nya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq:2-3)
dan..
Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.an segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. (Ash Shaaffat:2-3)

Dan diakhiri dgn penutup doa ini juga selawat. sebab selawat itu umpama setem yg membawa doa ke langit. Jd buka n tutuplah doa dgn selawat. agar berkat.

Moga kita semua berjaya. :)

Tunas - Hlovate.



   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...