Para pengunjung

Sunday, March 28, 2010

Wahai lelaki!

Urm,sje je nak tulis nie..hanya sekadar coretan..sy akan mmberi text nie kpda shbt2 sy yg akn brkhwin(satu hari t..hehe)..n of course,pada bakal suami(tp lama lg la..huhu)


Jangan lah hipokrit!
Semua lelaki perlukan wanita.Tanpa wanita hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya.Apa yang tidak ada di Syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri ataupun puteri.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi kalau lelaki sendiri tak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki,luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH S.W.T.Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada ALLAH S.W.T,zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu.Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.Hiasilah ia dengan akhlak.Bisikkan ke telingan mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.Bila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara.Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan,tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri sendiri kepada-Nya.Jinakkanlah diri pada ALLAH S.W.T,nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu wajhah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...