Para pengunjung

Wednesday, August 24, 2011

Pelita | Zaman kanak-kanak :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Hari Raya Aidilfitri ialah hari meraikan kemenangan umat islam, selepas sebulan berpuasa. Memang best gila lah smbut hari raya nie, tapi siapa yang paling gembira sambut hari raya?

Mestilah kanak-kanak!

Anak2 sedara kesayangan aku. Aiman, adam, amin. Suka ketuk aku. -.-


Aku mase zaman kanak2 dulu pun, serius suka gila hari raya nie. berkonvoi ramai2 naik basikal, senyum kat pak cik mak cik yg ada semata-mata nak duit raya. hehe semua pun sama cam tu aku rasa. :)

Tapi sebelum raya, akan ade satu minggu terakhir yg meriah, iaitu:

Malam Tujuh Likur!

Seminggu terakhir di bulan ramadhan, di mana kat kampung kampung 
akan mula pasang pelita n mercun2 akan mula kedengaran. :)

 Dulu-dulu mase kecik, aku sempat berada di tahun-tahun yang mercun belum diharamkan, meriah memang x hengat la mase tu.:)

Aku la insan yang paling eksited bab nak pasang pelita kat umah nie, dulu-dulu nak pasang pelita kena carik kayu pelita, x de dah pelita cam zaman sekarang yang tinggal cacak je RM2.50 sebatang tuuuuuu..

Pelita zaman dulu-dulu *comot sikit, hehe*

Tapi bab nak cari kayu tu yang payah tu T________T

Serius, mmg payah nak cari kayu pelita dulu-dulu. nak guna rotan, hutan mane plak yg nak diredah? maka ape kami buat?

Curik kayu. Hehe 

Aku zaman kecik-kecik dulu agak nakal.Dan mungkin faktor persekitaran kot, sebab mase tu jiran-jiran aku semuanya lelaki, so tu yg nakal tu. poning pale mak aku. hehe

Sekeliling umah aku banyak kebun bunga, or nursery kate orang puteh. tempat bunga-bunga disemai sebelum dijual .

nurseryyyyyyyy~

 Name pun tempat semai bunga, confirm la banyak kayu kayu yg digunakan untuk menegakkan pokok pokok yang ada. So, kayu kayu tu lah yg kami rembat. hehe


Tapi ade satu tahun tu kami dapat pengajaran yg sangat best. Padan Muka kami!

Mase tu, kami dalam perjalanan nak merembat kayu tu. name je puasa, tp mencurik. haish budak budak. stok capacity otak pun ala ala ikan emas je. mane aku paham sgt dosa pahala mase tu. hehe


Mase kami dok mengendap nak usha kayu mane paling sesuai nak dirembat, (mase tu ktorg ade la dlm 8 orang, aku ngn akak aku je prmpuan -.-), bos nursery tu perasan, lalu dia hambat kami dengan anjing dia!


Memang lari tak cukup tanah la kitaorang mase tu kena kejar dgn anjing. Nasib baik terlepas. Phewww~

Tapi kami tak mudah putus asa, hehe

Selepas duduk menyorok selama aku rase sejam lebih lah, kami rembat jugak kayu kayu tu. memang nakal kan? T________T

Dalam kegembiraan kami kerana dapat merembat kayu-kayu tu, kami pun plan nak balik ikut jalan dalam. maknanye redah kebun kelapa sawitlah. aku yg baru bape tahun mase tu, ikut je lah mereka2 tuuuu~

Then mase balik tu, tibe-tibe je jiran aku, abg iwan cakap,

Weh mira, ape tepi kau tu, tali ke?

Aku pun toleh ketepi aku, tapi aku tak nampak ape ape. aku tanye balik.

Mane? tak de pun!!!!

Sekali benda yang macam tali tu menjalar, hambik kau ular tedung! 


Dekat gila ular tu dgn aku mase tu. memang muka aku kalau kena toreh masa tu memang confirm tak berdarah lah. Pucat habis.

Nasib baik mase tu kami berlapan, dan jiran jiran lelaki aku tu berani orangnya. Aku jangan cakaplah, kaki memang dah lembik dah mase tu.

Ular tu berjaya kami bunuh, dengan kayu kayu yang kami rembat tu.

Ye! dengan kayu kayu tu!

Lepas tu kami linttang pukang lari.Habis kayu kayu semua tertinggal kat situ. Habis baju muka sume kena libas duri, tapi aku tak kesah dah. Janji tak kena kejar ngan geng-geng ular tadi.

Sampai umah, kena bebel dengan mak sebab comot sangat dan muka berdarah sikit kena libas duri. huhu

Dan tahun tu, kami semua tak pasang pelita. hehe

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila dah besar panjang nie, aku jumpa balik tokeh nursery yang hambat aku
kecik-kecik dulu, sambil senyum-senyum mintak maaf.

Dia pun tergelak bila ingat balik, dan tak sangka aku yg sekarang nie lah budak
nakal yang dia hambat dulu. hehe

Mak ayah aku tak pernah tau cite nie. Jangan kantoikan. hehe

P/S:

Terima kasih kawan. Doakan kami. :)

1 comment:

Unknown said...

yang last kali tu paling...ahem <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...