Para pengunjung

Tuesday, March 26, 2013

Kenderong yang terpanas, terlebah, tertipu, terbatu, tergolek, dan terbaek!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Ade log yang aku tak sempat sempat nk buat, tp yg kenderong ni aku rasa rajin lak nk buat, so publish yg ni dulu la. kira aci la ek. :D

XPDC Kenderong ni ialah merupakan XPDC yang menggabungkan 2 kelab rekreasi iaitu dari Sekretariat Rakan Muda UTM dan Kelab Kembara dan Rekreasi UTP. Idea asal penggabungan ni aku rasa asalnya dari sembang kosong antara aku, acap, abg yo n mike masa trans YYBTN yg lepas, then disokong oleh zubir, uncle ayieen n abg alen. kalau tak silap le. kalau silap mohon betulkan :)



Tarikh : 22-24 Mac 2013
Guider : Uncle Ayieen, Abg Yo, Abg Leng, Pak cik burn dan lain lain 
(dll sbb aku tak igt nama yg len tu. hu maafkan saya)

Utk line up ramai sangat. so aku tak larat nk taip. Tgk dari gambar je la ye. haha

Line up ^^
Kami peserta dari UTM ni bergerak dari UTM pada pukul 10.30 pagi tu naik bas utm. Sampai kt kl tukar bas naik bas Transnasional utk ke Gerik pada jam 4 petang. Sampai kat Hentian Gerik tu jam 9.30 malam. Dalam hati aku " Gilaaaaaaaa apaaaaaaaaaa perjalanan 11 jam. ni kena berbaloi naik kenderong nie". 

Lepak lu kat mamak sebelah hentian gerik tu sejam. Pastu lari ke kedai keaw tiaw sedap depan hentian gerik. Jam 12 malam baru kitaorg gerak dari Hentian gerik ke masjid gerik, utk menunggu guider, peserta dari UTP, serta peserta peserta len dari KL. 

Kat masjid, aku baru nk lelap 10 min uncle pun sampai. terus lepak kat kedai keaw tiaw td smpai 3 pagi. Balik ke masjid, dak2 UTP pun smpai. terus uncle wat meeting tergempar pukul 3 pagi tu dengan mata aku pn dah macam panda. haha

Habis meeting tergempar baru nk lelap kene kejut ngn pak imam masjid, suruh tido dalam. memula masjid tu kunci. pastu along n kak nini pun sampai. borak2 ngn along tak jadi tido. pastu kak lin pun sampai. pastu pastu pastuuuu azan. tak dapat den nak tido :(

Pagi g breakfast dulu, memang la aku tak selera nak makan. tak cukup tido, tak breakfast, da la knderong ni ikut log log yg aku jumpa katanya tough. matilah aku treking tak cukup tido tak cukup makan sume -.-. 

Senyum la puas puas. karang kat trek tak sempat senyum dah. haha

Pagi lepas repack, bagi2 ration n peralatan antara utm-utp, kami pun angkat la sauh. Area pukul 9.30 gerak dari masjid naik powil n carpool utk ke kg pahat. Kat kg pahat, kami diturunkan kat hujung kampung n kene treking ke starting point dalam 40 min. Selepas sume urusan memulangkan kereta ke masjid selesai, Area pkul 11 pagi kami pun mula treking.

Starting point


Mula treking
Oleh sebab kali ni abg alen tak join, busy katanya. Aku pulak memang mengantuk n sakit prmpuan sikit pagi tu, maka aku pun decide nk sweep je. Lepak sikit duk belakang. Trek memula ni bak kata member kak lin, "menoreh". agak la. trek memang menoreh sb lalu kebun getah. aku pelik gak cemana la org ni menoreh.Gigihnyaaa ari2 kena hiking dulu bru menoreh kot. urghhh tak kuasa. haha

with spoket. blkg tu kerunai, bukan kenderong. haha
Lepas treking dlm 2 jam, kami jumpa satu tempat lapang yg sepanas panas alam. aku da cuak je kalau migrain time tu sebab sumpah panas terik kot kat situ. tp view kat situ lawa dah. leh nampak puncak kenderong yang sayup kat atas. n jumpa gak banyaaaaak gila tahi gajah.

Tahi gajah

Pukul 2 petang, kami sampai ke last water point. Berhenti tapau air, lunch dan solat kat sini. Kat sini, lebah mula menghurung. Banyaaaaaak gila lebah. sumpah rimas. Tp dia hurung je tak gigit. Ada gak la sorg dua yg kurang bernasib baik tu kena gigit. hehe

Aku suka gmbar ni sbb nmpak cm aku pandai masak gittew. padahal zzzz
Lepas lunch, area pukul 3 suku kami mula gerak. Matahari terik atas kepala, ada la yg dah mula keluarkan payung. tapi trek lepas lunch ni memang pacak la. Pacak pacak pacak, pastu pangok, pastu pacak lagi, pastu pangok lagi. Bak kata kak lin, "pacak tak de diskaun". Nasiblah. Sapa suruh nak sangat naik kenderong kan. Layan je la hazabnye

Jalan sikit take 5. Take 10. Jalan lagi. Layankan je la mental. Trek kat sini belum kaw lagi. Bila da sampai part nak panjat tu mmg payah la. Nak paut kayu, kayu rapuh. nak paut batu, batu tu tak lekat. guna la apa daya yg dapat. Batu plak memang rapuh. kena naik sorang sorang. Sorang naik, yg len tggu dulu. sbb nanti ada batu akan runtuh. Kami dah la hmpir 40 org. mmg jem habis le.

Take 5.
Masa ni aku treking ngn uncle. Uncle pun sweep gak. sampai area pukul 5 lebih tu, tetibe hujan pulak. hujan selebat lebat hujan pulak tu. masa tu depan aku leman. Si leman ni nak panjat satu part berbatu n licin tu yg kena guna tali. pastu tetibe si leman ni tertiarap atas batu smbil jerit "cramp cramp". aku dah panik. Leman kata kaki kiri dia cramp. aku try urut sket tp tak reti. Nasib uncle blkg aku je. Uncle pun urut. Dah ok, leman try nek . Pastu dia jerit lagi ahhh "cramp cramp, belah kanan". hahaha aku kesian, tapi aku gelak gak. si zubir, abg yo n pet kt blkg snggup lari nk tgk leman tertiarap tu. haha sumpah lawak. Nasib bek la time tu hujan, kalau tak memang terbaik la gmbar leman time tu. Ayat leman time time tu, "habislah aku kena bahan" hahahaha

Hari dah nak gelap. Memasing dah keluarkan headlamp. masa ni dah trjumpa along n spoket. spoket pun da injured so pelan pelan kayuh le. treking ngn along memang terbaik la. karok sepanjang jalan. haha. Lepas maghrib tu aku tak berani dah nk nyanyi. Jup plak dah bukak radio zikir. cantik lah tu. Masa ni ramai dah mental. Mana la puncak tak smpai sampi lagi nieeeee!

Tibe2 spoket terduduk, kata nak pitam. ahh sudah cemana ni.Bull amik beg spoket, uncle suruh ktorg jalan dulu. Bull dah la tk de head lamp. ahh payah. smpai satu part take 5, aku bawak beg spoket, mail bawak beg aku. Aku memang mengelat dari awal, beg ringan sbb tapau air sikit je. (groupmate aku zubir, JB, Hisham, Nazrin, Bino sume tanker, mhihi). Ha pas bawak beg spoket ni aku mental. aku mentaaaaaaaaal! Beg dia berat, aku adjust2 ikut badan aku tak leh. pastu aku tak leh nk tengok trek yg pacak sbb beg dia tinggi. so memang aku mental la. nasib aku treking ngn uncle masa ni. sepanjang panjang jalan aku mengomel haha.

Masa mental mental ni, sampai la puncak tipu. aku igt da smpai puncak betul, skali tgk atas ada lagi lampu2 headlamp. Arghhhh sabar yo la. Ada satu masa tu aku ngn bull treking, pastu dgr bunyik gajah. Cuak kebebeh le. Pas uncle smpai, dia suruh ktorg jalan dulu. Hmm jalan je la. Masa ni uncle da keluar ayat dah, "mira, bull, set mental". Aku dah tak sweep masa ni. tak kuasa dah nk tggu. shoot terus. Akhirnya pukul 10.30 smpai kat puncak. Yeayyyyyyy!

Ayat nazrin paling aku tak leh lupa time ni " mira kau dah salah bawak ktorg ni. ni bukan knderong, Ni PCP (putrajaya challenge park) aku rasa cm wall climbing bwk haversack dah ni" haha
Malam tu pas siap makan sume, men kad jap pastu tido. esok nk tgk sunrise! sunset dah terlepas. cis.

Selamat pagi Kenderong!


View sunrise dia memang superb! rugi spe terlepas tu. hahaha padan muka. Lepas tgk sunrise, sume mula la kumpul ration wat breakfast. Group aku siap masak utk lunch skali. Lepas lunch, sesi photogedik. Bukan senang nk smpai puncak ni, hazabbbb! da smpai maka kena la bergambar sakan! yeeeeha!








Jambu tak baju program? hahaha idea asal nk pedajal ni dari aku, n disokong oleh zubir. baru rare kaler pink yedok? jambu gittew haha

Team UTM

Team UTP


Lepas siap sesi bergmbar, sikit2 mula turun dari puncak. aku antara org last turun, pukul 12 tgh hari. Masa turun ni mak aih bru nampak gayatnyaaaa. cemana aku leh naik semalam ni. pehhh. Dengan lebah yg kembali menghurung, panas terik, nak layan trek batu lagi. memang aku rasa nk cmpak je beg tu kebawah n bergolek smpai starting point. puas hati. haha

Masa turun ni pelbagai adegan ngeri slide, tergolek , dihempap batu n etc etc. Pekikan n jeritan tu perkara biasa. "wei tepi tepi batu besar jatuh weiiii!" layankan je lah. sabo yo lahhh.

Group sweeper sampai LWP jam 4 petang. masa ni gori wat lawak sesat yg tak bape nk lawak. fuhhhh. ada yg injured so ktorg pelan2 kayuh la. Masa ni ktorg yg kt blkg ni tak tau dah cite org depan. Org depan ramai wat lawak sesat.nak tau lebih lanjut sila hubungi dorg. hoho.

Twin peak of Hulu Perak.
Jam 6.30 petang lebih kurang, kami selamat keluar ke starting point. Pak cik umah tu siap bagi air asam n teh penas yg sedap. thnks pakcik. XPDC Berjaya. Alhamdulillah.

Balik masjid, mandi manda n tukar2 barang, salam2 ngn kak lin n the gang then pkul 9 cau g hentian gerik makan makan. sume da rupa org kebulur. Pukul 10 bas kami smpai. Naik bas n balik lah ke JB. Entah bila nk smpai Gerik ni lagi. tunggu Zubir kawin kot  bru smpai. haha

Cerita di balik cerita :

  • Gunung ni pernah terbakar 2 kali. so faham faham je lah kan cemana kalau gunung tu terbakar. memang panas.
  • Aku tak sangka lak leh treking ngn kak lin skali masa ni. sbb ak prnh jumpa dia kat log GBB ni n kagum kt dia sbb pakai proper time treking n tak tggl solat. hu. so aku dlm diam cm kagum dan contohi la dia hihi ( kak lin sila bangga)
  • Line telefon ada. aku siap leh gayut ngn pak cik bas lagi on trek. si bull siap leh jadi mayor of mt kenderong lagi (foursquare).
  • Puncak tak sejuk mana pun. acap n nazrin siap tido bawah bintang lagi. tade hal katenye. layankan je la
  • XPDC ni sumpah meriah. last aku g xpdc semeriah ni ialah masa naik liang time 2011. hehe
  • Mindset aku awal awal sblm hike ni ialah, " ni la first n last aku nek knderong ni. pas ni tak kuasa dah!" sbb ikut log log yg aku jmpa menakutkan aku. tp skg aku rasa, leh la nk repeat kenderong. sbb dia rare n terbaik!
  • Semua gambar dalam log ni n gmbar2 xpdc boleh la dilihat di Sini, sinun, sinut, siput, siputtt, siput sedut dannn di sanaaaa

P/S : Baru dapat call dari office UTP td, InsyaAllah aku dpt wt research training kat UTP dari jun hingga sept ni. Doakan lah agar dipermudahkan urusan aku utk intern ni :)







Monday, January 28, 2013

Membajak di Tran cameron ^^ Part 2

Sambungan dari part 1:

Day 4 : 24 Jan 2012 , Gunung Brinchang - Irau

Seawal pukul 6 pagi ayam dah berkicau. sebab plan pukul 9 pg nak gerak. Dalam hati aku, " bagus dak2 ni, punctual". kalau dak2 srm, hmm kelaut nk bgun pagi masing2. da la sejuk. aku pun tarik g sleepg bag, da bgun tp still nk brmalas malas. pukul 6.30 baru aku betul betul bangun.

After stretching, n khairin baca doa , maka mulalah jalan kaki dari forest camp nk ke starting point brinchang. sempat la singgah kedai runcit jap beli apaper yg patut. kali ni aku bawak 3.5 liter air dlm beg yg berat tu. perghh. kalau ngn dak srm mmg aku main ngelat je selalu, rembat air abg yo. ni g ngn team lain cm segan lak tak bwk air. maka aku hangkut la jugak 3.5 air. tanker cm si nazrin ujang qah har bwk sampai 6 liter setiap sorg. ala dorg lelaki, boleh ahh (ayat ngelat) ^^

Beg baru woiiiiiii hahaha XD

Presiden ATeam, mrangkap pngarah program, Nazrin. :)
View otw puncak brinchang


Dalam line up, aku first man msa ni. blkg abg alen. jalan punya jalan, pacak n pacak. nk naik brinchang ni, dari starting point dia pacak, then landai sikit, then pacak lagi. lepas pacak, pacak lagi. heh. sampai da dekat nk puncak tu main akar kayu pulak. panjat la guna gaya apa pun. haha. masa ni da mula membajak. tp belum hazab sangat. tungguuuuuuu~

Syahir ^^

Perhatikan seluar aku. hahaha


Ktorg berenti lunch kat puncak brinchang. ada menara pandang kat sini tp aku lupa nk g naik. -.-. masa ni pun aku da comot dah. well, si comot kan. haha. masa dari starting point nk smpai puncak area 3 jam.

After lunch, area 2.30 ktorg mula gerak nk ke Gunung Irau pulak.masa ni aku jadi sweeper temankn abg yo sbb rasa nk bermalas malas. nk masuk irau ni memula ada tangga kayu. khelasss kau jah!. trek main sempadan perak pahang. sepanjang panjang jalan la jumpa batu sempadan tu. dalam 5-10 min main tangga kayu, pastu jumpa la trek hutan. yeay membajak!!

Starting point Irau


Gila bapak selut n lumpur irau ni, serupa kerbau dah aku. kerbau kalau tgk aku dari jauh dah tau dah ni kembar dia.punyalah comot  -_________________- . Ja'a la top scorer membajak masa ni. dia je yg termasuk selut parat paha. kakaka. ktorg pun syok gelakkan ja'a, tp pastu memasing dapat habuan.aku sendiri bape kali termasuk lumpur.  memang trek utk berkubang la org kata. hewhew.

Abg alen n geng geng org depan da sampai puncak irau area pukul 6.30. 4 jam dari starting point. aku plak oleh sebab sweeper, pukul 6.30 tu baru sampai anak irau. teruskan membajak, jangan mudah putus asa kengkawan! bajak punya bajak, layan trek kayu panjat sana sini,jumpa puncak tipu satu,  sampai la puncak irau pukul 7.30. yeay tak OT! tahniah tahniah semua :D

malam nya aku tido awal. penat membajak la katakan. pas tukar baju kering, makan sume tido lah. malas nk layan sembang dah. penat. haha

Day 5 : 25 Jan 2013, Turun Irau- Brinchang, balik woiiiiiii! XD

Selamat pagi Irau ^^


macam bese, pukul 6 dak2 ni da mula berkokok kejut subuh. pastu kua layan view. SubhanAllah lawa gila. nampak la yong belar, charlie n tiga negeri. n nmpak gak la sayuppp puncak yong yap. terimbau kenangan kejap. hihi.




Gambar feveret aku. ATeam + SRM. Thanks guys :)

Tudia abg alen. haha


after makan bergmbar streatching n baca doa, maka brlepas la kami sume nk turun irau. beg guwa da ringan masa ni. air da takde, ration pn tinggal apa je. kalau semalam naik irau 4 jam, turun ni aku rasa 2 jam pun tak sampai. memasing xcited nk balik kot. area kol 12 tu memasing da sampai puncak brinchang. layan megi n air panas seround dua, then terus gerak turun brinchang. sejuk tak yah cakap lah. dah la hujan time tu. turun memasing berjoging aku rasa. laju gila. aku pun sempat wat slide 3-4 kali. kekeke.

time nk smpai si pika lak jatuh n trseliuh. adoi aku da cuak. nasib dia leh jln lagi. si ujang memang lawak ah time ni. turun pakai kain pelikat. terbaikkk. haha.

ujang stylee. hahaha


selamat turun semua, then lepak forest camp mndi manda tukar baju solat semua, pkul 6 gerak balik dari cameron. syukur selamat semua. 5 puncak dah berjaya ditawan. mission accomplished! :D

++++++++++++++++++++++++++++

Pada aku, trans cameron ni berjalan dengan jayanya. Adatlah wt prgram ada sikit isu sana sini. Tp overall, aku enjoy gila join xpdc ni. Dengan dak2 ATeam yg memasing masuk air, seronok gila. enjoy la membajak ramai ramai. haha. semoga kita bertemu lagi next trip. terima kasih semua sebab bg aku join trip korang ni hehe :)

Trek irau berembun ni sederhana hakko la kot. selut n lumpur tu yg melecehkan sebenarnya. tp on the other side, lumpur n selut tu yg wt makin enjoy. hehe. tp kalau org ajak repeat irau brinchang ni aku malas ah. malas nk jadi kerbau lagi. nak gak jadi puteri pulak. kakaka tak masal. ^^

Info Tambahan :
  • Kesemua 5 gunung ni ada line tepon. 3G lagi uolssss. khelasssss gittuwww
  • kesemua 5 gunung tak de waterpoint. kena hangkut dari bawah. utk irau brinchang, klw nk tdo kt puncak, memang kena angkut sesiap.
  • sejukkkkkk. sumpah sejukkkkkkkk. memang la puncak gunung sejuk kan tp aku rasa ni brganda ganda sejuk. phewwww
  • trek irau brinchang mmg sgt brlumpur n brselut. mgkin wktu aku g tu hujan. tp esoknya tak hujan pn brselut gak. elok set mental elok2 la
Aku minat betul bunga warna kuning. lawa betul. time ni baru turun perdah jasar. tak comot g. bru first day. haha


P/S: aku kan tak kenal sesapa dlm Ateam ni kcuali kak long n mel. Then mula knl dorg time xpdc, kenal dengan nama ayam la, ujang la, ja'a la, tua la. haha. bila blik xpdc n mula add kt fb, bru knl nama betul memasing. sedap kot nama memasing. culture shock kejap aku dibuatnya. haha

aku teringin nk mnggapai bintang kat trans bintang. n p stong baha ayam. 2 trans ni, trans idaman. jom g! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...