Para pengunjung

Friday, October 21, 2011

Aku cuma nak cerita walaupun korang tak faham.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Situasi normal kat kelas aku:


Tertarik dengan ayat fara nabila petang tadi mase modelling maths:

"Kenapa lah suka nak bagi kita method yang susah pas tu cakap,
this is easier way!"

Ayat Farah Izzati pulak mase kelas discrete maths:

"nie kelas maths ke kelas bahasa sanskrit?"

Dan maths memang tak semudah ini:


Modelling maths: kelas yang memang aku tak faham ape yg prof tu ajar, datang kelas sekadar utk salin nota, balik bilik kena study sendiri. 

Discrete Maths: Kelas yang penuh dengan segala macam proving maths dan notation, yang wat kitaorg rase macam tengah blaja bahasa sanskrit, tak pun korea.

Dan ape motif aku cerita semua nie? saje. suka suka. rase macam nak bercerita.meluahkan. walaupun aku tau korang tak faham. :)

Minggu depan dua test menakutkan menunggu. cepatlah mid sem. sumpah rindu gila kat ayah, mak, kak long, zizi.

P/S: Murah rezeki dua tiga hari nie, Alhamdulillah. :D

Sunday, October 16, 2011

Sepi :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
 Biar ia sepi sepertiku

-Khalil Gibran-

P/S: Teruskan menari dan ketawa, kerana dunia masih belum berakhir. :)

Friday, October 7, 2011

Cermin Ajaib! :D

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Sape sape yang kenal aku, memang tau aku dengan cermin memang tak boleh dipisahkan. ala, aku rase semua perempuan pun macam tu kan? ke tak? -.-

Function cermin?

Memastikan tahap keteguhan tudung! :D


Or kalau yang free hair, utk pastikan rambut maintain. :)

Aku ade satu cermin nie, pemberian akak aku dari vietnam. Cermin nie la yang aku usung ke hulu ke hilir. 

Dan tadi mase modelling maths, mungkin kerana terlampau bosan, classmate aku pinjam cermin tuuu.

SEBELUM

SELEPAS
Korang nampak tak ape yang dorang tampal tu? Dorang tulis,

"JGN TGK CERMIN NIE... Jika ingkar akan bertukar menjadi katak betina yang hodoh. huhuhu"

Haha sumpah sengal -.- 

P/S: Then tadi mase pilih warna baju utk buat jersey kelas, macam macam warna lah keluar. Merah, biru, kuning, transparent pun ade! haha :D 
 
Tapi paling best bile tibe tibe sorang clasmate aku cakap,

"Aku nak warna cam jerawat mike!"

Mike tu aku lah. Double sengal. Nasib tak de orang kene hempuk dengan cermin tadi. haha


Saturday, October 1, 2011

Sepi 2008. :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Amaran!
Ini entry yang agak geli-geli.
Segala isi adalah pendapat aku semata-mata, tiada kene-mengena  dgn pak abu, kak senah, kak bedah atau sape2 lah :D

Aku bukanlah penggemar filem tempatan, korea , amerika latin mahupun sinetron dari seberang. Tapi bila aku cuba layan filem sepi arahan Khabir Bhatia nie, aku rase cerita ini sangat menarik, baik dari plot, cara penyampaian dan latar belakang. serius menarik. 
Walaupun agak loser lah aku sebab filem nie keluar tahun 2008, tapi aku tengok tahun 2011, aku tetap teruja tengok filem nie :)

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

(TRANSLATION more or less)

I whisper to the moon
Return my love to me
My heart, My heaven

I am left in the silent night
Without you my love
Loneliness clouds over me

Do not allow the day looses its light
As i am left alone

-Khalil Gibran-


Dari 3 cerita dalam SEPI nie, aku tertarik dengan kisah sufi, yang kehilangan isteri dalam satu kemalangan tragis.Dan kemudiannya jatuh cinta dengan marya, isteri orang yang hidupnya sepi tanpa anak.


Aku cuma agak pelik, betapa lah mula-mula tengok sufi nie menderita habis sebab kematian isteri, then bila recover sibuk pulak nak kejar isteri orang. Eh? senang betul nak jatuh cinta? lupa terus ke dengan arwah isteri tu? ape adekah kubur itu dapat membataskan antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati?


"Cinta datang sekali dalam hidup, tapi saya dianugerahkan dengan cinta kedua"- sufi (min 0.55)

Pendapat aku, cinta tu macam pokok. Once bila suatu pokok tu dah melabuhkan akarnya, adalah amat sukar sekali untuk mencabutnya. Kalaupun pokok itu dicabut , tetap akan ada akar-akar yang tertinggal. Betapalah setianya pokok tu :)

Masa depan memang tak dapat nak dijangka, namun pertahankanlah ape yang kita ade sekarang dengan sehabis daya. :)

++++++++++++++++++++

Tetiba aku teringat quote nie,

"Semua orang akan mati, namun tak akan ada cinta yang mati. Kerana tiada kubur yang dapat membataskan antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup" - unknown.


P/S : Walaupun aku suka tengok cita nie, tak bermakna aku sepi. Selagi bersama insan-insan tersayang, pasti gembira. Lumrah alam kan? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...